Followers

Rabu, 12 Disember 2012

.. indah di pandangan mata


Baru balik dari berjalan-jalan turun naik bukit di Jalan Bukit Pilah. Indah cuaca pagi ni, setelah petang semalam sepanjang petang hujan turun dengan lebatnya.  Suasana yang dingin dan berkabus menjadikan perjalanan naik dan turun bukit tidak terasa penatnya... namun peluh tetap membertih keluarnya.

Gabungan angka yang menarik hari ni....12.12.12...  namun rutin perjalanan hidup harian tetap berjalan seperti biasa.  Moga perjalanan hidup kita semua dipenuhi dengan keberkatan dan kedamaian buat selamanya.


nyarap yuk!! ... kata bibik sebelah rumah







14 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Macamana cantik pun tarikh, kehidupan tetap perlu diteruskan... :)

Unknown berkata...[Reply]

gambar tasik kat mana tu ?

atuk berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibuintan

...indah dipandang mata
moga begitulah hidup ibuintan sekeluarga

Pn Kartini berkata...[Reply]

Tenang jeee nengok tasik..
Cantik sekali!
:)
Dan yang lagi cantik..gambar kat atas meja tuu haaa...my feveret!
hehe..

azi berkata...[Reply]

Salam Ibu Intan...
cantikkan tarikh 12.12.12 tu, tapi saya lebih berminat dengan cucuq kat atas meja tu...:)

inazamri berkata...[Reply]

baru lepas makan nasi lunch td..ptg2 dpt kopok cicah sos tu sedapnye

sal berkata...[Reply]

12.12.12 menarik..
kata2 hikmah tu pun menarik..
menghargai apa yg kita ada dan mensyukuri apa yg telah dimiliki..

ibuintan berkata...[Reply]

@Kakcik Nur

betul tu kakcik... selagi bernafas life must go on, takkan terhenti hanya sebab tarikh yng cantik

ibuintan berkata...[Reply]

@al-lavendari

gambar tasik dr gugel... manatah toboh ea

ibuintan berkata...[Reply]

@atuk


Mualaikumsalam Atuk... insyaallah itulah yg diharapkan

ibuintan berkata...[Reply]

@Pn Kartini

akak pun terpesona dgn tasik tu... tenang je kan, kalaulah dapat ngadapnya setap hari... tenang jiwa

ibuintan berkata...[Reply]

@azi

salam Azie...hehehe cucuq nasi ikan bilis tu... sarapan pagi td

ibuintan berkata...[Reply]

@inazamri

iza... musim hujan ni perut lapa je kan, memang best makan kopok ngan sos sambil dengar bunyi hujan

ibuintan berkata...[Reply]

@sal

betul tu Sal... syukurlah dengan apa yg kita ada dan miliki sekarang, sebab apa yg kita ada mungkin orang lain tidak ada