Followers

Rabu, 19 Disember 2012

Drama semalam yang kecoh.


Hari Jumaat minggu lepas terima sms dari Pembantu Tadbir sekolah memaklumkan hari Selasa (semalam) Mesyuarat Guru untuk sesi tahun hadapan. " Mesyuarat mula pukul 9 pagi tapi cikgu mesti datang setengah jam awal, pakaian rasmi." tulis sms yang diterima. "okey, mesej diterima dan faham"

Jadi pagi semalam seawal pukul lapan dah bersiap untuk ke sekolah dengan berpakaian rasmi. Baju kurung biasa je... tak pernah lak berangan nak datang sekolah berseluar pendek... kojo gilo tu! Disebabkan rumah taklah jauh dari sekolah, 4km je.. maka taklah keluar seawal pukul lapan tu. Jalan pun bukannya jem, jem pun setakat ngan lembu atau taik lembu je ... bab ni memang tensen jadinya kalau lalu jalan kampung di waktu pagi.  Setakat setahun berulang-alik ke sekolah setiap pagi dah pandai 'cilok mencilok,' dah mencari laluan yang tak ada 'jerangkap samar' tu... kalau terlanggar sikit... huh mak semerbak baunya.  orang-orang kampung ni, entah apa-apa.... bela lembu nak tapi jaga tak berapa nak... lembu banyak terbiar dan tidur atas jalan je.  ..

Tengok jam  lima minit lagi pukul lapan setengah.  Ambil beg tangan dan sandang kat bahu.  Pergi kat tempat sangkut kunci, tak ada.  Cari atas meja juga tak ada...  tanya anak-anak nampak tak kunci kete mak.  Tiga-tiga kata tak nampak.  Kerah suruh cari, tak jumpa jugak.  Telefon abahintan, dia kata 'kat rumah lah'.  Aduih.. darah dah mula naik. Jam dah 8.45 kunci kete tak jumpa lagi.  Mulut pun dah mula membising, yang jadi mangsa ialah Along sebab Along saja yang dah ada lesen dan ke hulu ke hilir dengan kete ibunya.

 "tolong, ibu dah lambek ni, meting dah nak mulo" tensen amek-amek ibunya dah tu.  Anak-anak pun dah tensen sama.  Akhirnya...

 'ibu dalam henbeg ibu tu tak de ke' tanya Azim.

 "takde, mana ada ibu simpan dalam henbeg, ibu dah lama tak bawak henbeg ni' kasar tul jawapan ibu Azim.

'ibu tengok ye la' kata Azim lagi.

Dengan panas hatinya (belagak tul ibu yang sorang ni)... aduiiih mati den, memang sah ada dalam beg tangan. Padahal beg tu dah berminit-minit dah tersangkut di bahu sendiri kenapalah boleh tak teringat nak tengok dalam henbeg tu.

Kena berdas-das... 'tu lah ibu, asyik nyalahkan Along' selamba je keluar dari mulut Along.  Dengan senyum-senyum malu ibunya pun 'okey, ibu salah, ibu minta maaf" terus start enjin dan pecut ke sekolah.  Kali ni dah tak peduli dah dengan taik lembu ke, lembu ke, kambing ke... pecut terus.  Nasib baik jalan clear, tak ada mangsa-mangsa yang perlu dielak... terus parking kete betul-betul depan bangunan bilik sidang.  Berlari naik tangga, nasib baik tingkat satu je. Taklah mencunggap. Sampai , ketuk pintu, masuk, beri salam dan duduk. Sempat je duduk, guru besar terus beri ucapan mulakan mesyuarat. Buat muka bodo je...la.  Tak tahulah dia cakap apa dalam hati.  Memang salah sendiri tapi yang penting sampai tepat waktunya mesyuarat bermula.  Datang setengah jam awal tu pun bukan buat apa-apa pun, ingatkan ada sarapan pagi dulu. Yang buat rasa bersalah dan malu tu sebab boss yang ini memang seorang yang amat menepati masa... tepat masa yang tertulis, apa-apa program mesti ON.

Balik dari mesyuarat nak je rasanya tanya siapa yang masukkan kunci dalam henbeg tu, Tapi malu pula... entah-entah diri sendiri yang masukkan. Jadi diamkan je lah.  Takut nanti abahintan lagi bising sebab dia pantang betul kunci diletak merata-rata.  Dia dah siapkan pemegang kunci di dua tempat... belakang pintu dan dalam bilik.  Mesti gantung antara dua tempat tu saja.  Kalau tak... siaplah dengar dia blablablabla


 Ni lah tempat yang sepatutnya... senang dilihat dan diambil.



Semalam juga, selepas mesyuarat.

"cikgu, kelas tu tunggang-langgang lagi nampaknye" tegur seseorang.

Hari ini.

Ya... nak ke sekolah lah ni, nak menyusun atur semula kelas yang dah ditunggang-langgangkan hari tu.  Hari ini hari ke lima operasi pembersihan.














13 ulasan:

atuk berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibuintan

sepatut hari gaji tak boleh darah naik....he he

Dr K berkata...[Reply]

Hihihihi...
Tergelak baca komen Atuk...walaupun terkejar kejar sampai hampir langgar tahu lembu tu semua, tapi semalam hari gaji dan BONUS...ekekekekeke..

Saya pun jenis macam Abahintan...sgt particular dan pentingkan kunci diletak setempat...senang nak cari..

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Bila kecoh mesti anak-anak kena kerah sama. Dapat tahu silap memang malu kan cikgu. Tapi anak-anak selalu kalau kita yg silap ok aje jgn mereka yg silap.

ieda_nms berkata...[Reply]

opss..baru je berlaku kat ieda..lepas balik dr khatan anak hari tu..kelam kabut..tah mana campak kunci rumah..tmpt biasa letak pun samalah, kat belakang pintu..tapi takde pula kat sana...2hari mencarinya..rupanya,kat dlm handbeg juga letaknya..hehee

Zaitun berkata...[Reply]

Kak Zai pun selalu menyalahkan anak2 kalau ada barang yang tak diletak ditempat asal.

azi berkata...[Reply]

Saya pun kadangkadang macam tu jugak, letak tempat lainb, cari tempat lain, anak-anak selalu kena marah..bila tahu silap sendiri..mulalah tunjuk baik kat depa..he..he..

Cheq Sue berkata...[Reply]

awalnya sekolah akak dah miting, kami 29 baru stat, tp 26 dah mula g sek dah... :)

sal berkata...[Reply]

selamat kembali ke sekolah...
moga bermotivasi menjelang 2013..

zaza berkata...[Reply]

SELAMAT MENGAJORR KAK :-)

ummiross berkata...[Reply]

hehe..sekolah dah nak buka, siren perang dah nak bermula ibuintan, apapun sekali-sekala ummi tetap rindu suasana begitu..kecoh tapi tetap meriah.

MulutPayau berkata...[Reply]

Hehehe...senyum sorang2 baca citer akak..saya pun kadang2 macam tu jugalah...selalu salahkan anak kalau terlupa letak sesuatu barang..
Wah..dah mesyuarat ya..sekolah saya minggu depan..

pena rozie berkata...[Reply]

Hehehe.... Memang tu temp yg paling sesuai temp letak kunci

Ibuhani berkata...[Reply]

Hai.....pelupa jugak ibuintan ni.....ingatkn k.ani jer pelupa.....hehehe.....biasalh tu!