Followers

Sabtu, 15 Disember 2012

Bila musimnya.

Buah durian belanda ni masaknya bersaing dengan musim durian sekarang ni, maka memanglah buah durian belanda ni langsung tidak dipandang, masaknya juga di atas pokok tidak dipedulikan. Tau-tau saje dah terlalu masak ranum. Bila di belah isinya dah menjadi lembik.

Tak sorang pun yang berminat nak memakannya tambahan pula rasanya yang sedikit masam.  Ibuintan pun sekarang dah tak berapa suka dengan buah durian belanda ini sedangkan masa kecil dulu amat menggemarinya.  Buah durian ni ada dua jenis, yang ini ialah jenis yang masam walaupun telah masak.  Bila dah masam langsunglah tiada siapa yang nak. Akhirnya jadi makanan ayam saja. 


Buah yang sedang masak ranum juga di halaman rumah.  Sepokok lagi buahnya masih muda, nampak gayanya hingga awal tahun depan puas makan buah rambutan.  Tapi itupun kalau tak dicuri sang kera yang dah asyik mengintai-intai je sekarang ni.

Yang ini pulak belum masak lagi tapi dahannya sekah.  Kalau tak di dengki oleh sang kera, rasanya puas jugak makannya bila dah masak dan gugur nanti.  Isi buah yang muda ini ibuintan buat masak gulai lemak.  Lemak manis je rasanya. 

Buah cempedak ni pula dah sampai ke penghujung musimnya.  Tinggal beberapa biji saja lagi di atas pokok.  Tapi kali ni buahnya tidak berapa menjadi, kebanyakkan buahnya dirosakkan serangga perosak sebab buahnya tidak berbalut.  Buahnya menjadi bertompok hitam dan berulat. Yang ini pagi tadi gugurnya... dah selamat digoreng dan dimakan begitu saja. Manis isinya.









8 ulasan:

azi berkata...[Reply]

Salam Ibuintan..
seronoknya rumah dikelilingi pokok buah-buahan...untungnya Ibu intan tak payah nak beli. Semua buah tu kesukaan saya tau....


p/s. Buah durian belanda tu bagus untuk pesakit barahkan. kakak saya yang sakit tu jadikan buah tu sebagai makanan harian....untung ibu intan ada tanam....

makchaq berkata...[Reply]

Seronoknya kalau rumah dikelilingi pokok buah2an..

Makchaq amat minat durian belanda, susah nak dapat sekarang ni.. kalau yang dah ranum boleh buat jus..

ibuintan berkata...[Reply]

@azi


salam Azi.. adalah sikit-sikit pokok buah-buahan tu... taklah macam dusun, kebanyakan pokok tu tanaman arwah abah dulu

ibuintan berkata...[Reply]

@makchaq

buah durian belanda yg ni jenis masam la makchaq... sy suka lagi yang jenis manis tu memang sedap dibuat jus

Cheq Sue berkata...[Reply]

teringin sangat nak makan durian belanda tapi payah nak jumpa

ibuintan berkata...[Reply]

@Cheq Sue

memang pun tak banyak gerai buah yg ada menjual buah durian belanda ni


di laluan jalan Kuala Pilah Seremban ada gerai buah yang menjual buah durian belanda ni

Tanpa Nama berkata...[Reply]

bagus buat jus elok utk cegah cancer dan cholestrol

inazamri berkata...[Reply]

byk2 buah tu..durian belanda la paling susah nak cari