Followers

Sabtu, 29 Disember 2012

Akhirnya selesai juga.

Sepanjang minggu ni juga setiap hari berada di sekolah.... Isnin dan Rabu bermesyuarat. 


Setelah lima hari mengerjakannya namun tidak juga siap ditambah pula dengan kisah 'ditegur' maka hari Khamis lalu dengan rasminya ibuintan terpaksa mengerah dan meminta bantuan tenaga dua anak bujang juga.  Selain masa makin suntuk kerja pula makin banyak, ibuintan juga masih terasa seram sejuk bila menjejakkan kaki ke dalam kelas ini.  Suasana yang sunyi sepi tu yang terasa seram sikit tu. Dari rumah lagi kami semua telah beringat dan berdoa minta perlindungan dariNya agar kami semua terlepas dari sebarang gangguan yang tidak diingini.  Syukur.... semuanya berjalan dengan baik.


Along dan Azim diminta menampal dan menghias papan kenyataan di bahagian belakang kelas.  Carta dan nota-nota lama dibuang dan  di ganti dengan yang baru. Nasib baik dua anak bujang ni datang menolong dengan suka hatinya.   Maka semalam dengan khidmat tiga kaki tangan maka kerja-kerja operasi menyusun atur kelas pun berjalan dengan lancar.

Ibunya  mengarah, menyusun, membantu dan memantau mana yang sesuai dan perlu mengikut kategorinya. Kalau tak dipantau mereka main tembak dan tampal saja sesuka hati mereka.


Dah siap bahagian mereka berdua, sempat pulak dua beradik ni mengerjakan lego yang ada di dalam kelas.  Tengok tu Azim sampai buka baju kepanasan.  Intan  dan ibunya masih sibuk menyusun atur barang-barang yang lain.  Mereka berdua dah boring la tu, takpun tak puas main masa kekecik dulu.

Inilah hasil gubahan lego yang disusun oleh Along dan Azim.  Hasil susunan murid tua.



Setelah enam hari dan diduga dengan badan yang tidak sihat, akhirnya kelas ini berjaya juga di kemas dan di susun atur semula.  Dah nampak rupa kelas yang sebenar.  Tinggal menunggu kedatangan ahli baru saja yang akan mendaftar pada 31hari bulan nanti.  Disini juga akan diadakan taklimat untuk murid dan penjaga tahun satu nanti.

Kalau ikutkan dalam kepala banyak juga yang nak dibuat lagi tapi kesuntukan masa.  Insyaallah akan ditambahbaik dari masa ke masa.  Nak mengouter langsir pun tak sempat.


Intan yang paling setia dan rajin menemankan ibunya selama enam hari menjalankan operasi mengemas dan mengecat bilik ini.  Terima kasih Intan!





Sebagai ganjaran atas bantuan mereka tiga beradik, malamnya ibuintan belanja makan-makan di sebuah restoren di bandar Bahau... tiada menu khas, memasing pilih ikut kehendak selera sendiri.

Semalam pula Jumaat dengan ditemani Intan juga...  ibuintan membuat pula operasi di bilik kedai buku sekolah.  Membungkus buku-buku mengikut pakej yang telah disediakan dalam list agar memudahkan proses penjualan hari Isnin nanti.




Selesai semua kerja-kerja pembungkusan menjelang tengah hari.  Nak minta bantuan AJK, masing-masing tak dapat dihubungi jadi terpaksalah buat sendiri.  Patah pinggang rasanya.... balik ke rumah terpaksa baring golek gelantang dulu depan tv... bak kata orang tetua 'luruskan pinggang dulu' baru masuk dapur pulak untuk masak makan tengah hari.  Dapatlah meluruskan pinggang dalam setengah jam.


.. nasib baik  makan lepas solat Jumaat, sempatlah masak kari kepala ikan merah

juga goreng tempe bersama togeh.... alhamdulillah!.


Hari ni dan esok juga masih ada jemputan kahwin... tengah pikir nak pergi ke tak? Dah naik penat lak rasanya asyik ke kenduri je!




9 ulasan:

NzA berkata...[Reply]

wah cantik berseri2 kelas akak..TAHNIAH...bagusnya anak2 rajin membantu...

citarasa rinduan berkata...[Reply]

bestnya budak2 dpt belajar dgn selesa,dgn aturan y cantik dihias sempurna. pasti tiada tangisan sedih sbb dpt kelas warna warni.
thanks bt intan dan anak2 y lain..

baik hati kalian...

ummiross berkata...[Reply]

Allahuakbar, hebatnya komitmen guru, anak2 turut membantu, terharu ummi. Kelas dah cantik tu ibuintan, bersih dan dihias cantik.Good job dear!

Izan Ishak berkata...[Reply]

alhamdulillah... dpt juga siapkan kelas tu ye ibuintan. mujurlah ada anak2 yg rajin tolong. cepatlah sikit siap semuanya.

ibuintan berkata...[Reply]

@NzA


tq Nza... siap juga akhirnya dengan bantuan anak-anak, terpaksa minta bantuan mereka sebenarnya... masa dah suntuk, esok pendaftaran

ibuintan berkata...[Reply]

@citarasa rinduan


Sebagai semangat kpd murid2 yg baru... bia mereka seronok dan tdk rasa takut ke sekolah.. tq Ayu

ibuintan berkata...[Reply]

@ummiross

tq Ummi... tempat baru, kelas baru... jd suasana pun nak yg baru juga

ibuintan berkata...[Reply]

@Izan Ishak


tq Izan... rajin sebab diminta juga tu, syukur alhamdulillah

Nur-nba berkata...[Reply]

Cantik dan kemas kelas akak hasil sentuhan akak dan anak2 bujang akak tu. Bertuah akak dapat anak2 yang rajin membantu..

Selamat bertugas ye kak dan Selamat Tahun Baru 2013..