Followers

Selasa, 26 Julai 2011

Modem Streamyx Terbakar - hati pun terbakar sama

Sudah dua hari wifi di rumah down, modemnya mungkin  dipanah petir semasa hujan lebat malam kelmarin, maknanya sudah dua hari juga tiada talian internet di rumah.  Abahintan sudah menelefon pihak TM tapi masih belum ada tindakan.  Harap-harap hari ini mereka akan datang menukar modem yang baru, Along dan azim sudah mula merungut, tidak dapat berfb dan main game, ibunya pula tak dapat berblog tapi abahnya cool saja..  abahintan tak kesah sebab dia hanya minat baca akhbar on-line saja, dia tak kesah bila modem itu terbakar. 


Malam semalam pun beberapa orang anak jiran yang datang membawa laptop hampa sebab tiada wifi, mereka tidak dapat mengakses internet.  Setiap malam beberapa kawan Along dan Azim datang ke rumah  menumpang menggunakan wifi kami.  Biasanya mereka melayari internet di kawasan luar pagar rumah kami saja.... mereka duduk berkumpul sambil berborak-borak.


Ni tumpang wifi PKG  Tanjung, maaf belum sempat melawat ke blog sahabat., buat entri ni pun menyorok-nyorok saja.  Kami tidak digalakkan mengakses internet di waktu persekolahan, tambahan untuk tujuan personal.  Tu sebab jarang muncul di waktu pagi kecuali hari cuti... kekadang jeles juga dengan sahabat yang sentiasa beron-line ....


Jumpa lagi bila wifi di rumah sudah pulih nanti.












Sabtu, 23 Julai 2011

Bila PTD naik pelamin... semua wajib ada pengenalan diri.

Selamat petang semua, dah makan tentunya.  Hari ini saya sekeluarga menghadiri majlis kenduri kahwin anak kakak sepupu  di Kg Rembang Panas.  Perkahwinan anak perempuan sulungnya, majlis berlangsung dengan penuh meriahnya.



                           Girang menyambut pengantin lelaki.


                                          Pengantin di arak dengan paluan kompang.



                                                Pengantin sedang bersanding.


                    Yang speselnya pengantin siap pakai name tage ... pengenalan diri

                       malah seluruh ahli keluarga memakai 'pengenalan diri'... uwan (bertudung merah .. emak sedara ibuintan) dan 'mother of the bride' yang sedang sibuk menunjuk arah..... dan namanya pun kak Arah







SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan kepada  DIRA dan FIRDAUS.... 
moga kekal bahagia  selamanya.




                     gudis beg yang didapati... paling best dapat tambah lagi koleksi cup yg kecil comel tu!! 




Jumaat, 22 Julai 2011

Ujian darah


Pagi tadi seawal pukul 7.30 telah berada di klinik kesihatan berhampiran, berdasarkan keputusan ujian gula dalam darah tempoh hari, maka hari ini saya dimestikan menjalani pula tiga ujian sekaligus. Sampel darah diperlukan untuk ujian saringan darah tinggi, diabetes dan kolesterol. Tak tahulah bagaimana keputusannya kerana ianya hanya akan diketahui seminggu lagi..

Ujian darah ini diambil ekoran keputusan ujian gula dalam darah serta tekanan darah yang berada di atas sempadan sebelum ini.  Harap-harap keputusannya menyebelahi dan berada di sempadan yang sihat.  Faktor umur serta keturunan menjadi faktor utama ujian ini dilakukan.  Memang pun saya ambil berat tentangnya, hampir setiap tahun saya dengan rela menyerahkan darah saya untuk diuji, dan setakat pemeriksaan terakhir tahun lepas hanya kolesterol yang sangkut. Itupun okey semula setelah mengambil ubat yang diberi oleh doktor.


Sementara menunggu untuk mengambil sampel darah sekali lagi , selepas meminum semug besar air gula (rasa nak termuntah dan terpaksa menelannya dengan siksa sekali) yang tersangat manis, maka saya dan beberapa (bakal)pesakit yang lain mendengar penerangan khas tentang pencegahan awal ketiga-tiga penyakit tersebut.  Kesimpulan daripada ceramah yang di dengar hampir sejam itu ialah makanan.... makananlah punca segala penyakit ini, makananlah musuh utama kita sekarang.  Nasihat akhir si penceramah ialah 'cekalkanlah hati untuk makan hanya mengikut keperluan tubuh badan bukan mengikut nafsu makan'....jangan jadikan perut sebagai tong untuk disumbat semua aneka makanan yang terhidang depan mata.


Selepas sampel darah ke dua diambil pada jam 10. pagi tadi, saya bergegas ke sekolah, sempat mengajar tiga masa akhir sebelum tamat waktu persekolahan pagi tadi.  Harapnya keputusannya nanti suatu keputusan yang menggembirakan.




//Hairan juga melihat kesemuanya yang membuat ujian saringan tadi ialah kaum wanita, apakah kaum wanita saja yang berisiko mendapat penyakit2 ini??









Rabu, 20 Julai 2011

Tension.



Kenapa setiap kali berurusan di sini......

tak setengah hari tak sah!!!

mesti berjam-jam.........berjam-jam.......!!!!




 kerusi lebih 'banyak' daripada pesakit


mana tak tensen!!!!












Selasa, 19 Julai 2011

Kini..... aku kembali






Syukur... bertemu kembali, setelah beberapa hari menyepikan diri.  Ada sedikit ujian kesihatan yang diberikanNya, kecil sangat rasanya berbanding orang lain yang diuji dengan ujian yang lebih besar dan berat. Syukur sangat dengan berkat  usaha dan doa yang sentiasa dipanjatkan akhirnya dimakbulkanNya..... .  Namun maaf tidak dapat berkongsinya di sini mungkin belum masanya lagi.

Semoga semua sahabat berada dalam keadaan sihat sejahtera dan ceria dalam  menjalankan tugas seharian.  Ibuintan bercuti hari ni, semalam terpaksa mengisi borang cuti rehat khas lagi....  ada urusan  yang perlu diuruskan, doakan urusan ini berjalan lancar juga.



///sekali dah start enjin, nak merempit ke blog sahabat2 pula..... mungkin hanya beberapa blog saja dulu pagi ini, yang tak sempat dijenguk.. insyaallah malam nanti akan dijengah.






Khamis, 14 Julai 2011

99 langkah plus 1 sebab

 




99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN
                                         IMAN

01.   Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02.   Sabar apabila mendapat kesulitan;
03.   Tawakal apabila mempunyai rencana / rancangan ;
04.   Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05.   Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06.   Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07.   Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08.   Jangan usil dengan kekayaan orang;
09.   Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;
10.   Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan ;
11.   Jangan tamak kepada harta;
12.   Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu
                   kedudukan; 
13.   Jangan hancur kerana kezaliman;
14.   Jangan goyah kerana fitnah;
15.   Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi 
       kemampuan diri;
 
16.   Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17.   Jangan sakiti ayah dan ibu;
18.   Jangan usir orang yang meminta-minta;
19.   Jangan sakiti anak yatim;
20.   Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21.   Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22.   Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23.   Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
24.   Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah
       di masjid;
    
25.   Biasakan shalat malam;





26.   Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27.   Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28.   Sayangi dan santuni fakir miskin;
29.   Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30.   Jangan marah berlebih-lebihan;
31.   Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32.   Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah
        kerana Allah;
33.   Berlatihlah untuk banyak berfikir ;      
34.   Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah
       maaf apabila  sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35.   Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan
       iblis/syaitan;
36.  Jangan percaya ramalan manusia;
37.  Jangan terlampau takut miskin;
38.  Hormatilah setiap orang;
39.  Jangan terlampau takut kepada manusia;
40.  Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41.  Berlakulah adil dalam segala urusan;
42.  Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43.  Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44.  Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45.  Perbanyakkan silaturrahim;
46.  Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47.  Bicaralah secukupnya;
48.  Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49.  Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50.  Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51.  Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52.  Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53.  Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan
      tidak berlebihan;
54.  Hormatilah kepada guru dan ulama;



55.  Sering-sering berselawat kepada nabi;
56.  Cintai keluarga Nabi saw;
57.  Jangan terlalu banyak hutang;
58.  Jangan terlampau mudah berjanji;
59.  Selalu ingat akan saat kematian dan sedar  bahawa            
       
kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60.  Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak
       bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidakberguna;
61.  Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62.  Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan      
      beristighfar;
63.  Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64.  Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65.  Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas
      kejahatan dengan kejahatan lagi;

66.  Jangan membenci seseorang kerana pahaman dan
      pendiriannya;
67.  Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68.  Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan
      sesuatu pilihan
69.  Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang
      mendapatkan kesulitan.       
70.  Jangan melukai hati orang lain;
71.  Jangan membiasakan berkata dusta;
72.  Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan
      mendapatkan kerugian;
73.  Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74.  Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan
      dan kesungguhan;
75.  Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76.  Jangan membuka aib orang lain;
77.  Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,
       lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita;
78.  Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang
       arif dan bijaksana;
79.  Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah
      dilakukan;
80.  Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong
      kerana kaya;
81.  Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk
      agama,bangsa dan negara;
82.  Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan
      orang lain;
83.  Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84.  Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkataapa-apa;
85.  Hargai kejayaan dan pemberian orang;
86.  Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan 
dan
       kesenangan;  
87.  Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang
      bersangkutan tidak menyenangkan.
88.  Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai
      dengan norma-norma agama dan kemamapuan diri kita;
89.  Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani
      atau fikiran kita menjadi terganggu;
90.  Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91.  Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang
      dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92.  Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang
      lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat
      menyebabkan orang lain terhina;
93.  Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang
      menyangkut teman kita sebelum dipastikan   
      kebenarannya;
94.  Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan
      kewajiban;
95.  Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan
      aurat) 
dengan penuh keakraban dan keramahan dan
      tidak berlebihan;    
96.  Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang
      diluar kemampuan diri;
97.  Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan
      tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98.  Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan
      kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan
      kerosakan;
99.  Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan
       jangan kaya dengan memiskinkan orang.




............. dan  kerana sebab ..
*
*
*
*
*


100. tolong lah share kat kawan-kawan kita untuk kebaikan bersama.




//dikongsikan  daripada laman facebook Abu Zarr






Rabu, 13 Julai 2011

Ehh.... WW jugak!!!




" Belajarlah memanah dan menunggang kuda" ( Hadith Muslim)












Isnin, 11 Julai 2011

Lu Pikirlah Sendiri.


Dah fikir?


Dah renong-renong?


Termasuk dalam senarai tak?







Sabtu, 9 Julai 2011

Lain ditembak, lain yang kena.



Target  utama yang di depan, yang berkalerful.





Sama jugak dengan yang ini.

emmmm....memang sah, lambat nangkap,  walau dah di ajar beberapa kali

asyik lupa,.. .... lupa...... lupa.....

dah tua ke  atau dah banyak makan makanan bersemut

kan.......... semut juga yang salah!!


Jumaat, 8 Julai 2011

Tempat tu keras.....abang jangan buat perkara tak senonoh!


Horeeyyy!!.. Komputer dah sihat, lanun-lanun pembawa virus  telah dapat ditumpaskan....namun ciss, rabak jugak dompet den!  Nasib baik teknisen di sekolah tu mahu menolong, upahnya 'kira sedaro' katanya... maknanya sendiri berilah berapa yang patut.... patut tak patut, takkan duoposen lak ...kan.  


Nasib baik ianya tidak mengganggu semua fail dan gambar-gambar yang tersimpan,  kalau tak meraung sekali lagi. 

Hari ini nak kongsi gambar dan cerita tentang pantai ini lagi.  Hujung minggu lepas kami sekeluarga ke Mersing lagi,  Melawat 'siputeri' nan seorang itu.  Tidur semalaman di sana.  Kami sampai pada pukul lima petang sebab bertolak lewat, pagi ke sekolah dahulu kerana program larian 1MSM pagi Sabtu lepas. 



Kami daftar keluar dari hotel pada pukul 12 stengah tengah hari Ahad.  Seperti biasa kami akan ke Mersing Kanan sebelum menghantar Intan balik asramanya semula.  Ke Mersing Kanan untuk membeli keropok dan makan tengah hari.





Setelah beberapa kali ke pantai ini, inilah kali pertama kami dapat bermain air di tepi pantai.  Airnya yang sangat jernih.  Nampak dengan jelas anak-anak ikan berenang dengan bebas malah ala-ala jinak merpati pula .....  mengerumuni kaki kami.  Along sangat teruja cuba menangkap anak-anak ikan tersebut, namun gagal... ..mustahil dapat menangkap begitu sahaja.  Bot nelayan yang ditambat di situ juga menjadi tempat permainan dan tempat sesi bergambar mereka bertiga.  Termasuk ibunya juga.....


Satu keistimewaan lain juga, airnya tenang dan tidak berombak sangat.  Hampir setengah jam kami leka bermain air di sini, sehinggalah abahintan mengingatkan kami......


Kalau sebelum ini kami pernah ke tempat ini dan waktu yang hampir sama...  ceritanya di sini
Malah beberapa kali selepasnya juga berkeadaan begini, ...airnya jauh ke tengah.   Kami suka ke sini kerana selain tempatnya yang cantik, tempat ini juga berhampiran Mersing Kanan di mana kami selalu singgah untuk membeli keropok dan ikan masin.  Malah tempat makan kegemaran kami juga terletak berhampiran sini... makanan sedap dan murah pastinya.

Beberapa minggu lepas heboh diperkatakan Mersing di landa puting beliung, di sini jugalah tumpuannya.  Berhampiran pulau yang kelihatan dalam gambar di atas.


                         Gambar ini (kredit kepada aidiryatim)  gambar puting beliung ini juga di ambil dari tepi pantai yang sering kami kunjungi ini.  Abahintan juga suka ke sini  kerana dia selalunya akan berbaring untuk melelapkan mata sebentar  atau menghilangkan penat  sebelum menempuh perjalanan balik  selama 4 jam ke Kuala Pilah.....di pondok yang beratap biru tu.... pondok itu berlantaikan marmar puith dan berketinggian lebih kurang satu kaki, memang di sediakan untuk pengunjung berehat dan makan-makan. Selalunya abahintan akan terlelap di sini, tambahan pula dibuai angin nyaman dari laut.... segar dan tidak panas sangat.


Biasanya sementara menunggu abahnya tidur, anak-anak dan ibunya bersantai di sini.... tapi ibunya taklah berani nak berbuai sama,, takut menyembah bumi...hahaha.




Malam Ahad, seperti biasa juga jika bermalam di sana, si abah yang suka memancing, walau tidak memancing tetap akan ke sini, mengadap kaki pancing yang menghabiskan masa memancing di muara Sg Mersing ini.  Yang hebatnya juga kebanyakkan mereka datang memancing bersama keluarga, ada yang membawa anak kecil bersama.  Muara sungai ini ditengah bandar, di belakang mereka ialah supermarket.  Ibuintan selalu memancing kat belakang tu je..!!


Semasa abahintan menemankan seorang pemancing dan dua anaknya, mereka sempat berbual-bual. Pemancing itu berasal dari Rembau dan telah menetap di sana selepas berkahwin dengan seorang wanita yang berasal dari Kg. Tenglu , Mersing.  Pemancing itu memberitahu bahawa pantai yang sering kami kunjungi itu 'agak keras', menurutnya banyak kejadian pelik telah berlaku di sana... 'abang kalau ke sana, janganlah buat perkara tak senonoh' katanya.  Tak tahulah apa maksudnya dengan perkara yang tak senonoh tu sebab abahintan tak pulak bertanya dengan lebih lanjut.


Namun kami juga perasan satu perkara, walau pantainya bersih, tempatnya cantik, banyak bangku dan tempat riadah di laluan tepi pantai itu, kami jarang melihat pasangan muda mudi... kekasih tentunya yang melepak atau duduk berduaan atau berdating di sana.  Adakah itu kesan dari 'agak keras' itu... kami tak pasti.
Yang biasa kami lihat  ialah keluarga seperti kami juga, yang datang kerana menziarahi anak-anak di asrama kerana anak mereka  memakai pakaian rasmi sekolah mereka.


Kalau betul 'agak keras' kami harap kami tidak akan mengalami apa-apa kejadian aneh sekiranya kami ke sana lagi... kami tak buat apa-apa yang tak senonoh pun..


Selasa, 5 Julai 2011

Bulan Kecergasan pula.














                                Lari keliling padang je... 4 round pada yang mampu, yang tak mampu setengah raound pun dah mencungap..... honggeh.... "Dah tetuo ni, buruk bona nampak ea 'bololah' tongah padang tu"... alasan!


Hari Sabtu lalu 2 Julai, program larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia, semua guru dan murid wajib hadir.  Dah selesai pun, pihak sekolah boleh ambil cuti mengikut pilihan sekolah...ada sekolah yang sudah bercuti semalam - isnin, ada yang bercuti Jumaat ini, ada yang ambil sempena awal Ramadhan, dan ada juga yang ambil pada Hari Raya Haji nanti... kalau tak silap sekolah ibuintan ambil cuti sempena awal Ramadhan nanti... okey jugak tambahan kalau ianya jatuh pada hari Isnin... mak mertua dah buka mulut, minta semua anak menantu dan cucu balik untuk bakar lemang pada hari Sabtu sebelum  puasa.


Pagi tadi di sekolah, dah keluar pulak satu lagi surat untuk semua "Saya Yang Menurut Perintah", hari Sabtu ni pula 9 Julai ...juga semua guru dan murid sekali lagi wajib hadir ke sekolah... satu lagi program, pelancaran Bulan Kecergasan pula....  tetiba je rasanya ni!  Lari keliling padang lagi ke!  Adohaii.... tak tahulah untuk semua negeri atau untuk nogori den ni yo.. 


Saya Yang Menurut Perintah akan hadir mencergaskan diri dengan memakai baju sukan berwarna merah sebab saya ialah guru rumah merah bukan rumah kuning, rumah biru atau rumah hijau.









Isnin, 4 Julai 2011

Nak bunuh.... nak buek camno!!


Tolong saya, bantu saya...macam mana nak buang lanun kat atas tu.....sejak semalam komputer kat  rumah ni dah kena kacau dengan si lanun tak sedar  dek untung ni......perisai keselamatan kononnya tapi taunya minta nombor kad kredit saja......hampeh betul.... mana nak ambik nombor tu kalau kadnya pun takde,  yang big problemnya langsung tak boleh nak buka-mana2 web atau donlod mana2 antivirus ,  memang sakit jiwa sejak petang tadi tak jadi kerja lain, asyik mengodek cara2 nak buang virus perisai keselamatan tu tapi tetap tak boleh.. ...semua dah dibloknya, semua sudah kena kacau.


Nasib baik ada laptop.  Masih boleh membuka blog ni.  Namun mohon maaf, masih tak dapat merewang ke blog kengkawan dengan sesuka ati, lappy pulak jadi rebutan. Nampak gayanya kena hantar juga cpu ke pakar kalau 'lanun' di atas masih tak dapek di bunuh.  Tak 'ghoti' den doh!


Ahad, 3 Julai 2011

Kita kat Mersing Ekk!


Apa khabar sahabat semua? Mohon maaf dah empat hari bercuti dari berblog, menjengah blog sahabat pun sesekali saja.  Badan tidak berapa sihat dua tiga hari lepas. Sekarang pula berada di Mersing, datang petang semalam dan menginap semalaman di sini.  Insyaallah petang ni balik Kolopilah semula.  

Terpaksa menginap semalaman di sini, sebab sampai di Mersing pada pukul lima petang semalam, semalam lambat bertolak dari rumah kerana pagi semalam ke sekolah dulu.  Semalam kan program larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia.  Maka berlari-larian lah di padang je.... empat pusingan.. anggaran 1.5km.  Murid-muridnya la...cikgu2nya ..satu pusingan pun dah semput.

Moga kita jumpa lagi.
 


///doc DZZ.... kita pun kat Johor ekk!