Selamat Petang. Maaf sahabat semua, sejak akhir-akhir ni dah macam biskut pula.. kejap muncul kejap lagi hilang semula. Alasan biasala.... banyak kerja, banyak urusan lain... sibuklah kekononnya tu. Harapnya walaupun semakin ilang-ilang timbul biarlah blog ini terus timbul. Sayang pulak nak ditenggelamkan terus.
Pagi tadi disekolah diadakan sambutan majlis hari raya, dan majlis penutupan bulan kemerdekaan sekaligus. Tu yang dinamakan sambutan Merdekaraya tu.
Wajah-wajah ceria anak-anak.
Wajah-wajah ceria guru-guru.
Persembahan anak-anak... menyanyi lagu raya dan lagu merdeka.
Kuih-muih yang dibawa anak-anak dan guru-guru..
Makan time....
Selesai satu program. Minggu depan satu program lagi.
Buat pertama kalinya juga, ibuintan lari dari tugasan biasa....mengendalikan jamuan, kali ini bertugas mengawal anak-anak murid saja di dalam dewan. Lagi best rupannya, bebas mengambil gambar keletah anak-anak yang berbagai ragam. Untuk program pagi tadi ibuintan snap 186 keping foto...
24 ulasan:
saya pun suka keje kawalan pelajar tak payah penat2 sangat..wahaha
setuju... betulla... tak penat
kalau bab jamuan.. seminggu dulu lagi dah penat
selamat petang ibu..
wah!!
memang nampak meriah..
banyak juga pic yang ibu snap..
ibu kuih yang pelajar bawa tu. yang warna pink ( kerepek rasanya ), namanya apa eik?
sekolah adeeb buat sambutan merdeka raya hari isnin haritu.....
Assalam
Klik, klik, klik... dekat 200 keping gambar? Wow, kalau pakai filem negatif, kena berapa rol dah. Juga dah berapa RM pula harga & duit cucinya.
Seronok lihat wajah-wajah ceria, terutamanya si kanak-kanak. Dan tahniah berpeluang mengambil bahagian secara langsung.
zaman mengajar dulu, selalu involve benda2 cam ni..miss lak.
assalam ibuintan sekolah anak akak pun sama..ada jamuan raya hari ni..siap panggil khairy jamaluddin lagi..
Suka tgk wajah anak2 yg ceria......Wahhh..bnyaknya ibuintan snap foto...!!!!
Program macam ni, selain makan yang best adalah gelagat budak-budak!
ibuintan dah jadi jurufoto pulak,tak berat ke mengusung kamera ke hulu ke hilir hehehe....
lepas UPSR mmg sibuk la kak.....suka tgk keceriaan diwajah anak2 didik n guru2 tu....
Sy slalu kena bahagian hadiah n fotografi...mmg syok...hi.hi.hi.....
selamat hari merdeka.. selamat hari raya~
ayu... kue warna pink tu, rasanya kue tiram
garing dan bersira ... manis
kakngah .. dah mninggu2 akhir ni kebanyakan sekolah dah buat
saja meraikan bersama anak2 murid
Pak Temuk...
klik2 memang best kan, sebab tak pakai filem yg sedap je klik2 tu, tak cuci pun.. kalau ada yg nak baru dicuci
bila dah edit banyak yg didelete semula, saja ambil buat simpanan sendiri
Yan... semuanya tinggal kenangan kan
ini kenangan yg indah
kakErna... wah, jemputannya orang besar tu
tentu lagi meriah
MP... anak2 semuanya memang ceria, seronok mereka
sebab tugas yg membolehkan pegang kamera dgn bebas, tu yg sukahati je snap gambar
azie... memang, seronok nengok gelagat mereka melaram baju raya, macam2 pesen
kakzai... takde la berat, kamera biasa2 je
kalau selalunya saya handel bab jamuan tak dapat nak bergumbira dengan acara budak2 tu, sesekali dapat bersama mereka.. lepas dendamla
nza... tu la baru tau bestnye.. selalu handel bahagian dapur je
badan pun tak penat
LadyBird.. selamat hari raya, dh ujung2 syawal ni
Seronok anak-anak tu dapat pakai baju raya ke sekolah ya....
comel2 budak ni..bnyk keletah mereka ya..biasalah budak2..
Catat Ulasan