Followers

Isnin, 26 September 2011

Sambutan Aidilfitri - PERARAKAN PANTA - Part 1.


Petang semalam JKKK kampung dan masjid  di kampung ibuintan menganjurkan majlis sambutan Aidilfitri.  Tapi sayang,. ibuintan tidak dapat hadir  bersama penduduk kg memeriahkan majlis.  Semalam ibuintan ke Mersing menghantar Intan balik asrama.  Sebab tidak dapat hadir sama maka ibuintan terpaksa menghantar (memaksa  sebenarnya) seorang jurugambar.  Azim telah dilantik untuk menjadi jurugambar semalam.  Mungkin disebabkan dia membawa kamera yang ala-ala jurugambar selalu guna maka dia mendapat kerjasama sepenuhnya.


Yang membuatkan ibuintan teruja  dan terkilan  tak dapat hadir sama ialah kerana aturcara majlisnya yang ada kelainan sikit.



Ada acara perarakan panta tu!  Kalau tak silap kali kedua dianjurkan, tahun lepas pun ibuintan miss juga majlis ini.  Jom layan gambar-gambar yang diambil oleh Azim.

                      Jalan menghala ke masjid dan balai raya.

Ketibaan YB Dato' Abdul Samad Ibrahim ADUN Seri Menanti, berbaju batik pink disambut oleh AJK  masjid.


Perarakan panta bermula dari rumah nazir masjid ke masjid sejauh lebih kurang 100 meter.


Sebanyak sepuluh buah panta yang disediakan oleh orang kampung diarak ke masjid.  Panta atau dulang, itu berisi makanan atau kuih muih yang ditutup dengan tudung saji dan kemudian dibalut dengan kain batik, kain songket atau kain tudung/selendang yang cantik.

Dulu semasa kecil setiap kali ada majlis kenduri di masjid atau surau, setiap rumah diminta membawa satu panta berisi makanan. Makanan itu akan dimakan beramai-ramai.  Sekarang tradisi itu telah dilupakan kerana setiap kali kenduri diadakan makanan dimasak bersama secara gotong-royong ataupun lebih memudahkan lagi dioder/katering sahaja.  Jadi sejak tahun lepas, JKK kampung dan JK masjid telah bersepakat untuk  cuba menghidupkan kembali tradisi tersebut.


Bergambar bersama YB, JK masjid, JKKK kg dihadapan masjid sebelum panta di bawa ke khemah dan dibuka untuk dimakan bersama-sama.

           Dua panta yang telah dibuka... atas... kemungkinan besar berisi nasi lemak sementara bawah panta yang berisi biskut raya


Menurut Azim menu utama jamuan semalam ialah sate, nasi impit, mee hoon goreng, kuih muih serta cendol yang ditempah dengan pihak katering.  "Adik tak ambik gambar masa orangramai makan sebab adik makan sama... adik takut sate habis'.... hahahaha boleh pulak gitu.


Tapi banyak juga gambar yang Azim ambil.  Jumpa lagi dibahagian ke dua.  Sebab ada juga acara selingan selepas perarakan panta.







24 ulasan:

kaklong berkata...[Reply]

kak,panta tu samo cam boko kan?

teringat kekocik maghrin....kalau poie kunduri mesti ado panta ni...

Abd Razak berkata...[Reply]

Salam...

Ohhh..gitu rupanya perarakan panta

ckLah berkata...[Reply]

Pertama kali tengok...meriah ya!

sekamar rindu berkata...[Reply]

salam..

saya tak tahu sambutan pata ni..ni baru tahu..

ibundo berkata...[Reply]

salam,
la.. lamo boto tak donga pokataan panta ni. Sojak dah jadi orang pokan ni, asek sobut dulang yo.. haha

al-lavendari berkata...[Reply]

cerita dan gambar mengingatkan saya kepada cerita 50 tahun dulu di kampung saya. sekarang org dah tak buat dah. baguslah ia dihidupkan kembali.

lucu jawapan azim tu !

Ibuhani berkata...[Reply]

Lamo x gi kg. Talang ni....kat Pilah pun x pernah buat perarakan panta cam ni!

Zaitun berkata...[Reply]

Pertama kali kak Zai tengok dan tak pernah tahu apa itu panta.

ibuintan berkata...[Reply]

yo ko Long... boko tu kan bokeh yang kocik tu, yg slalu di bawak ke rumah kenduri tu... masa dedulu la

ibuintan berkata...[Reply]

Ustaz... camtu la agaknya, masa kecik dulu takde pulak saya nengok berarak camtu

dulu mak bawak panta terus ke surau atau masjid, tak payah berkumpul camtu

ibuintan berkata...[Reply]

memang meriah CkLah... kata Azim la, ramai orang kampung datang

ibuintan berkata...[Reply]

SR... cuba menghidupkan kembali tradisi lama, nak orang muda melihat kembali tradisi yg dah dilupakan itu

ibuintan berkata...[Reply]

hahaha... yo la KakPah, dah jadi orang KeeL.. camtu la tak nyobut lae panta tu doh

ibuintan berkata...[Reply]

PakNgah.. tu la, ada pulak yg memberi idea untuk menghidupkan kembali tradisi itu, elok jugak untuk orang muda yg dah ramai tak nengok tradisi itu


jawpan bebudak camtu la PakNgah

ibuintan berkata...[Reply]

ibuhani... jemputlah datang

rumah saya tak jauh dari masjid itu

ibuintan berkata...[Reply]

kakzai... panta tu istilah nogori, nama bukunya dulang

kasihibu berkata...[Reply]

aduhai sya memulo blank apo dio panta tu
tp bilo tengok dulang tu baru teringgat panta tu dulang
ngeeeee......... (,")

kasihibu berkata...[Reply]

kalau enpakwe sya jadi GM dokek tanjung ipoh tu nanti alamat eh berjiranlah kito kan ibuintan?
bolehlah sya asah balik lidah ni cakap n9 seponoh eh
hahahahah...mesti anak anak sya marah sebab diorang tak faham cakap n9 ;p

Kakzakie berkata...[Reply]

Wah... baguslah Azim.... Auntie salute sebab gambar yg Azim ambil auntie rasa ibu pun tak boleh lawan. Cantik....

Kakak belum pernah nampak tradisi ini ibuintan. Indah dah sangat wajar dikekalkan. Macam nak tiru jugalah mana tahu usul kakak akan diterima tahun depan di tempat kakak...:)

ibuintan berkata...[Reply]

alahai sya... panta tu dulang la tu, kan baso orang nogori tu


sya.. enpakwe nak jd GM kat projek apa? okey gak tu, leh jumpo slalu


anak2 tu kojap yo tu, copek la dapek ea nanti.. sonang yo cakap nogori tu kan..

ibuintan berkata...[Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ibuintan berkata...[Reply]

kakzakie... Azim dipaksa tu, walaupun memulanya tak mahu.. segan katanya


kalau berminat elok juga ditiru, bagi saya bagus juga kita dapat bersama berkongsi juadah bila ada majlis yang dijalankan di masjid , surau atau taman2

macam port-luck juga tu

sahromnasrudin berkata...[Reply]

inilah uniknya negeri sembilan kan, ibu..

sebab itu saya selesa tinggal disini :-)

Daddy Ziyyad berkata...[Reply]

Ohhhh..itu dia perarakan panta.

1st time saya dengar ni..walaupun mak mertua saya org N9.(nilai).