Sempena peperiksaan UPSR yang akan bermula esok, pagi tadi sekolah ibuintan telah mengadakan program restu ilmu, program di mana setiap murid yang akan menduduki peperiksaan meminta maaf dan memohon doa restu daripada semua guru serta meminta guru-guru menghalalkan setiap ilmu yang telah diberi kepada mereka.
Masih tersenyum lebar seakan tiada debaran dihati. Namun tidak kurang juga yang hiba dan mengalirkan airmata.
Penolong ketua murid yang menangis tersedu sedan. Mungkin hiba dan risau.
//kali yang entah ke berapa menghadapi program seperti ini... dan seperti tahun-tahun lepas kali ini juga ibuintan turut sama mengalirkan airmata, entah mengapa hiba sangat mengenangkan anak-anak yang diasuh semasa tahun satu kini semakin hampir akan meninggalkan alam sekolah rendahnya. Doa restu sentiasa ada dalam lubuk hati ini sebagai seorang guru yang pernah mendidik mereka... tak kira anak siapa... doanya tetap sama... moga semuanya lulus dalam peperiksaan dan berjaya dalam kehidupan mereka di masa depan.
Setiap kali memberi restu, hati terus terusik mengenangkan anak sendiri.... juga mengharapkan restu daripada guru-guru mereka pula.... mengharapkan guru-guru mereka juga merestui ilmu yang dicurahkan kepada mereka. Terima kasih kepada semua guru-guru anak-anak ku yang pernah dan sedang mengajarnya.
13 ulasan:
Penting tu restu cikgu, setelah restu ibu bapa. Moga anak anak didik ibuintan berjaya semuanya.
Jiwa seorang guru kakak nampak ada pada semua kalangan guru. Kakak percaya ibuintan luruh airmata sebab kakak nampak cikgu anak kakak pun sama.
p/s: beruntungnnya jadi cikgu pahalanya berganda-ganda....
semoga anak didik ibuintan berjaya semuanya
Moga beroleh kejayaan vcemerlang. Baca yasin sepanjang anak berada di dewan peperiksaan memohon restu dari Allah jua...
mulianya tugas seorg pendidik~~~
teringat masa ambik penilaian drj 5 marin..huhuh!!
sk sy pn buat hari ni...kebyakan budak slamber je...cikgu lak over sedih...
Semoga mrk semua brjaya dgn cemerlang....
Saya juga merasa hiba setiap kali diadakan majlis restu ilmu ini. Yang terakhir semasa Afifah mahu menduduki peperiksaan SPM tahun lalu. Tanpa saya sedari airmata saya mengalir semasa murid2 lelaki berbaris utk bersalaman dgn guru2 dan para bapa.
Terima kasih kpd guru2 dan halalkan ilmu yg kalian curahkan kpd saya dan anak2 saya. Hanya Allah yg dpt membalas jasa kalian.
semoga mereka berjaya dgn cemerlang...
Semoga berjaya dengan cemerlang.
All the best kepada semua calon UPSR. Semoga kejayaan menjadi milik mereka kelak.
Saa pun pernah hadiri dan tengok Majlis Restu macam ni. Memang sebak juga, lihat para guru yang sangat ikhlas mendampingi anak murid yang akan berjuang di dewan peperiksaan.
All the best semuanya adik2
murid tak akan lupa pada guru mereka. semuga anak2 didik memperolehi kejayaan cemerlang.
Catat Ulasan