السلام عليكم
Selamat berpuasa di hari kesebelas Ramadhan hari ini. Semoga terus diberi kesihatan yang baik dan dapat melaksanakan ibadah puasa dan solat dengan sebaiknya. Hari ni tentang telatah anak-anak didik tahun satu yang belajar berpuasa. Di dalam kelas setiap hari bila ditanya ' siapa puasa hari ni?... semua angkat tangan, mengaku berpuasa dengan gembiranya. Bila ditanya lagi 'siapa tak puasa'... ada juga yang mengangkat tangan semula walau tadinya telah mengangkat tangan. Macam-macam cerita yang dapat didengar. Ada yang puasa pagi saja semasa di sekolah, bila sampai di rumah terus makan,... tak tahan lapar. Ada juga berpuasa kerana dijanjikan ganjaran hadiah oleh ibubapa dan ada juga puasa kerana nak baju raya, kalau tak puasa ibubapa tak belikan baju raya.... alasan merekalah.
Ramai juga yang masih bertahan puasa penuh setakat sepuluh hari semalam. Kebanyakkannya murid perempuan dan ada antara mereka berazam mahu berpuasa penuh sebulan. Moga hasrat anak kecil ini akan tercapai, seronok mendengar cerita mereka tentang menu berbuka masing-masing... macam-macam cerita.
Sehingga semalam belum nampak murid membawa bekal makanan dan air ke sekolah, namun mungkin ada yang membawanya tapi makan menyorok, mereka juga tahu malu untuk makan secara terang-terangan.
Lebih kurang pukul 11.45 pagi semalam, sewaktu semua murid di minta berkumpul di depan kelas untuk aktiviti membaca, tiba-tiba perasan seorang murid perempuan telah 'hilang'. Ha'ah.. hilang... jom kita cari!!
Laaaa... kat situ rupanya. Eh.. sempat main sorok-sorok lagi walhal sekarang semua rakan-rakan yang lain sedang membaca di depan gurunya. Apa dibuatnya yee... jom, kita terjah!!
Laaaaa... sedang mengadap sebuku roti rupanya.
Ketika gambar yang ini di ambil, shasa sempat menjerit.......CIKGU JAHAAAAAAAT..
Alhamdulillah... baru boleh belajar dengan tenang.. Semasa ini Shasa masih sempat berkata... SAYA TAK SAYANG CIKGU......CIKGU JAHAT' Hahahaha... Shasha memang seorang murid yang peramah, riuh becok mulutnya , semua benda kalau terlayan dek cikgunya akan diceritakannya. Alasannya semalam ialah...
Abah suruh makan roti tu kalau lapar..
Tau pulak dia menyorok mencari pot yang sesuai untuk makan. Pandai dia menghormati rakan-rakannya yang berpuasa.
22 ulasan:
kehkehkeh..budak2 memang cam tu...comel kan kak?
iyo la kaklong... dah tak tahan, lapar katanya
bagusalah kecik2 dah tahu malu .. ada tu dah jadi datuk masih mahu berjudi dlm bulan puasa .. tak tahulah cucu dia nak jadi apa ?
Noti sungguh itu cikgu...hehehehe..anak Alin Qayyum pun camtu..nak minum sorok2..nnt kawan2 nmpk..
Apa yang di lakukan shasa same dengan apa yang amy pernah lakukan kak , amy dari kecik mengidap gastrik yang teruk , so kalau x tahan bonda pesan suruh berbuka kerana risaukan amy pengsan.. cara amy makan adalah dengan memasukan muka di dalam bag sekolah dan makan... bila kena tangkap cikgu tanya kenapa perlu sorok dalam bag kenapa x berselindung di celah meja saja..huhu time tu malu gila tapi sebab cikgu dah tahu amy selalu pengsan dik kerana gastrik yang kuat dan mendapat surat pengesahan doktor... shasa betul2 mengingatkan kembali kenagan amy...
SALAM,
TERINGAT MASA BUDAK2 DULU. LA, LEBIH KURANG MACAM TU LAH !
Assalamualaikum,
Kalau kat sekolah saya....huh!,
hanya lapan orang murid sahaja yang berpuasa (daripada enrolmen keseluruhan).
Alhamdulillah...ada cahaya hidayah Allah buat mereka.
hehehe...
budak2 buat apapun comei je.
cuba bygkan ayah budak atau mak budak yg buat cenggitu, mmg pelikla w/pun byk kita jmpe
alhamdulillah..sekurang-kurangnya ada usaha anak kecil ini utk berpuasa..
kira ok la dia tak ajak rakan lain berbuka kan, ibu
hahaha.. lawaknya murid ibu. sempat pulak nyorok makan waktu kelas
hehehe..kesian budak tak tahan lah tu..
hehehe comel je
pandai dia hormat rakan2 yg puasa.
10 thn lagi kalau shasa tgk n3 nie mesti dia gelak guling2...hi..pndai pulak dia cari pot utk makan....
sangat comel. nanti esok shasa puasa tau
'Cikgu jahat' itulah nanti yang dia akan ingat bila sudah dewasa nanti...
kiutnya budak2 tuh..
memang budak drjh 1 camtu..kira ok gak dia menyorok2 krn tahu malu,
di sekolah kita..seketul botol air dibawa ke hulu ke hilir..muka selamba je....
Haha...Wo'oh..kamu ketahuaann... Lucunya.... Budak2 kan.....:D
BERTUAH PUNYA BUDAK HAHAHA!
nyorok kerana malu dan hormat pda kwan2..kira oklah tu .....Nnti kalau larat, puasa yer Shasa.....
Assalamualaikum My dear IbuIntan:)
tersenyum tgk Shasa!
cuteeeeenya dia..hehehe...
p/s:....ragam pelajar besar pula..menyorok di tangga dgn makan mempelam/maggi mentah..aduhaii.:(
sedih betul!
sekurang2nya dia menghormati orang lain yang berpuasa kan..
comelnya, cian lapar sangat tu. sempat lagi ibu ambik gambar ye.seronok gak jadi cikgu ye layan keranah anak murid, cam anak sendiri.
Catat Ulasan