Followers

Jumaat, 5 Ogos 2011

Lawa durian



  السلام عليكم
Selamat menjalani ibadah puasa di hari ke lima hari ini.  Moga semua sahabat berada dalam keadaan sihat  dan dapat beribadah dalam bulan Ramadhan ini dengan sebaiknya.

Saja nak menggoda si kaki durian.  Lawa ke isi durian tu?  Balik dari solat tarawih malam tadi, Azim membawa balik empat biji durian, "Omok sedekah' katanya.  Pemberian  akak sedara sebelah rumah.  Dalam rumah ni tak ada seorang pun yang 'kaki durian', kalau makan pun hanya setakat seulas dua saja, lebih kepada merasa... biasanya tiada permintaan untuk membeli durian.


Hanya abahintan yang suka makan itupun sebiji durian boleh tahan dua tiga hari baru habis, ambil seulas dua dan bakinya simpan dalam petiais, esok nak makan ambil lagi seulas dua. 

Sahur tadi, empat biji durian masih belum terusik,  sebab tiada mood nak menggoreng sayur sebagai tambahan lauk, ibuintan belah sebiji durian tersebut, ambil lima ulas dan bercadang untuk dibuat 'lawa durian'

 


Inilah rupanya "lawa durian', resepi mudah kegemaran arwah mak dan abah disetiap musim durian dahulu..  Tapi kalau mak yang buat, selain bubuh lada api, sedikit garam dan seulas bawang merah... mak akan letak santan pekat, tapi ibuintan ganti santan dengan air suam saja, tidak mahu terlalu berlemak.... kolesterol jahat sudah mengatasi kolesterol baik sekarang, so terpaksa la kurangkan banyak lemak dalam makanan dan dalam badan juga.........


Membuka selera bila di makan bersama nasi panas.  Kalau ada ikan masin goreng atau ikan pekasam lagi sedap..... bak kata mak mertua 'tak payah lauk lain'.  


Ringkas dan mudah, namun pastikan pedas dan masinnya terasa. 






27 ulasan:

al-lavendari berkata...[Reply]

rasanya sudah berpuluh tahun saya tak dengar perkataan "lawa" dalam konteks ini dan juga melihat rupanya.
sudah hampir terlupa. kat dalam peti ais saya pun ada dua ruang lagi durian yang belum dibuka. Tak tahulah makngahnya pandai buat 'lawa durian' ke tidak !

Abd Razak berkata...[Reply]

السلم عليكم ورحمة الله

Allahu Akhbar, mujurlah saya ni tak berapa minat dengan durian..:)

Tapi pengat kat bawah tu mengancam..

Hidayah Deiya Aledruce berkata...[Reply]

bestnye durian yg gmbr atas sekali tu..sib baik puasa kalau tak dya boleh abiskan sebijik sorang2..hihi..lawa duarian tu ape eh ibu?pengat durian eh?

Acik Erna berkata...[Reply]

Ibuintan..kalau akak tak fikir kolesterol dah.nak jugak letak santan..baru sedap..

ahmad humairi berkata...[Reply]

Belum pernah makan lawa durian....oder sepinggan. Kalau saya yang buat x jadi pnyer!

Lawa doyan satu!!!!

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Kalau kakak lawa itu cantik ibuintan. Durian itu memang cantik. Tapi 'lawa durian' yg ibuintan masak dgn cili kakak tak pernah makan...:)

kaklong berkata...[Reply]

yg pasti kaklong panggil santan durian...tapi kaklong tak suko makan bilo dah jadi macam tu..orang koba sodap..!

ibuintan berkata...[Reply]

PakNgah... dah terlanjur durian ada dalam peti ais tu, petang ni cubalah buat pulak

senang sangat komfom MakNgah boleh buat... letak santan, garam, cili api/lada hitam dan seulas bawang kalau tak nak bawang pun boleh.... sesekali buat apa salahnya ...mencuba makanan warisan nogori kito

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam Ustaz,

saya dah tak boleh minat sangat dgn durian ni, kolesterol dah naik

ni buat lauk ni Ustaz, makan bersama nasi bukan pengat

ibuintan berkata...[Reply]

Dya.. wah, ni peminat durian no satu ni,... boleh habiskan sebiji ke?


lawa durian ni sejenis lauk ringkas, dimakan bersama nasi... bolehlah cuba nanti senang sangat buatnya tak perlu di masak pun

ibuintan berkata...[Reply]

KakErna... betul tu kalau letak santan memang lagi sedap tapi 'terpaksa' jugak tahan sebab takut kolesterol ni lagi naik


buat kak jangan tak buat, sementara buah durian ada lagi ni

ibuintan berkata...[Reply]

Ciikgu AH... jauh sangat la nak nganto nye

cubalah try buat sekali, manalah tau kena pulak dengan selera tu

ibuintan berkata...[Reply]

kakzakie... ni lawa lain, ni lawa lauk orang2 lama negeri sembilan.. senang sangat tak payah masak pun, yang penting ada durian


cubalah buat sekali, buat dua tiga ulas saja ...bubuh santan dan cili api/lada hitam serta sedikit garam

ibuintan berkata...[Reply]

sodap Long...cubolah makan dulu, lauk uwan2 kito dulu tu


kek kg buah durian dah habih gugur lom?

Zaitun berkata...[Reply]

First time kak Zai dengar durian boleh dibuat lawa,nak juga mencuba kebetulan semalam kak Zai pun ada beli durian masih berbaki dalam peti ais.

ibuintan berkata...[Reply]

kakzai... cubalah buat petang ni, senang dan mudah sangat

ibundo berkata...[Reply]

maak ai.. kocur liur ni. Dah lamo tak buek. Bubuh santan lai sodap. raso lomak2 ..

sal berkata...[Reply]

sedapnya..dah beli tapi bila tenguk ,tak boleh tahan..terasa nak makan lagi.

alhamdulillah..dpt rezki durian..

Kak Amy berkata...[Reply]

Selamat selamat.. amy x berapa minat durian tapi kalau tempoyak no 1 , so x de la rasa terliur mane hehehe... ibu intan jemput join contest amy..

NzA berkata...[Reply]

nasib baik sy bkn peminat durian..ttpkan unik la mknan tu kak..xpernah tengok....

Alin Marlini berkata...[Reply]

ADOH IBU...ALIN SUKER DURIAN..TAPI BARU 1ST TIME TGK LAWA DURIAN. DURIAN LEH LTK CILI PADI?

Cik SHiNJU berkata...[Reply]

Pestaim tgk pic lawa durian..sebelum ni xtau pun ade masakan mcm ni...

insan marhaen berkata...[Reply]

jarang jumpa durian yang lawa. tak pandai cari pun..

ieda_nms berkata...[Reply]

assalamalaikum...saya pembaca senyap :) suka baca tapi tak suka komen..tapi pasal entri ini teruja nak komen..mmm tentang masakan ibu..rasanya tak ramai yg tau dan pernah cuba...namun resepi arwah nenek saya sikit berbeza...hanya isi durian shj diambil dan dihancurkan..ditambah dengan telur yg direbus..tengok gambar ibu dah tau kesedapannya..dah lama tak makan..dan teringin sangat nak makan..

Tanpa Nama berkata...[Reply]

salam, sy peminat durian..tapi slalu mkn kat tepi jln tu..

sud@is berkata...[Reply]

1st time tengok resepi ni ibuintan 'lawa duria" kalu 'serawa durian' tu tahulah (pengat) disebelah utara...sedap nmpak

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

Assalamulaikum ibu intan

Selamat berpuasa utuk ibu sekeluarga ye,

Maaf dah lama tak ke sini, biasalah bulan puasa banyak agenda.

Amboi kalau kat rumah cik ina tak dapat nak simpan lagi durian tu. habis. first time cik ina nengok lawa durian tu.