Followers

Isnin, 4 Julai 2011

Nak bunuh.... nak buek camno!!


Tolong saya, bantu saya...macam mana nak buang lanun kat atas tu.....sejak semalam komputer kat  rumah ni dah kena kacau dengan si lanun tak sedar  dek untung ni......perisai keselamatan kononnya tapi taunya minta nombor kad kredit saja......hampeh betul.... mana nak ambik nombor tu kalau kadnya pun takde,  yang big problemnya langsung tak boleh nak buka-mana2 web atau donlod mana2 antivirus ,  memang sakit jiwa sejak petang tadi tak jadi kerja lain, asyik mengodek cara2 nak buang virus perisai keselamatan tu tapi tetap tak boleh.. ...semua dah dibloknya, semua sudah kena kacau.


Nasib baik ada laptop.  Masih boleh membuka blog ni.  Namun mohon maaf, masih tak dapat merewang ke blog kengkawan dengan sesuka ati, lappy pulak jadi rebutan. Nampak gayanya kena hantar juga cpu ke pakar kalau 'lanun' di atas masih tak dapek di bunuh.  Tak 'ghoti' den doh!


25 ulasan:

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

tak dapatlah cik ina nak nolongnya sebab bab it ni memang lomah sikit.apa kata ibu intan hantar gi kedai atau panggil orang yang mahir bab komputer.

al-lavendari berkata...[Reply]

saya langsung buta huruf tentang ni ..eloklah cepat2 hantar pergi dukun komputer sebelum dia meracau. nanti komputer saya pulak dirasuknya.

Acik Erna berkata...[Reply]

Ibuintan..samo la..tak ghoti nak nolong e doh..

IMANSHAH berkata...[Reply]

ambo pun tak gheti

atuk berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibuintan

format baru ajer....

Wassalam

ibuintan berkata...[Reply]

cik ina... memang nak ke pakar juga nampaknya, sebelum parah lagi

ibuintan berkata...[Reply]

Pakngah.. memang nak anta ke dukun, mintak halau kan jembalang tanah tu.. tu la takut jugak nak ke rumah pkngah, takut berjangkit.... nyusah an pakngah lak nanti

ibuintan berkata...[Reply]

kakerna... osah ghoti berblog yo kan..

ibuintan berkata...[Reply]

iman.... mu pun tak gheti gak yo, takpo la

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam Atuk,

camtu lah rasanya, kena format semula, harapnya takde la fail2 yg ilang

sud@is berkata...[Reply]

samo yo ngan ibuintan x ghoti jugo...caghi sifu it lo gamok nyo

sal berkata...[Reply]

sya pun sesekali terkena..tak reti godeh2..semua harapkan anak2..
harap2 nanti ok semula..

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Kat rumah kakcik pun tetiba tak boleh akses internet. Tak tahu lanun mana dah masuk merompak server! :(

nurkass berkata...[Reply]

ish..lanun mana pulak tu ibuintan..risau gak kalau kena camtu..harap ada penyelesaiannya..sabar ye kak..tah apo dibuek gek eh kek sinun..

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Sekarang nie banyak lanun-lanun menyerang mana-mana saja yg dia boleh landing ibuintan....

Kakak pun tak pandai juga sebab itu bila ada masalah kakak panggil org IT tolong...

azlina berkata...[Reply]

ina dah pernah kena dulu kena hantar kt pakar le...kalau ada ank kt rmh mmg srh dia bt kalau x kena le bg kwn2 abg yg pakar psl2 benda ni ..
bermakna dia dah msk dlm dan godam semua yg ada dlm pc atau laptop kita...jahat btl..

NzA berkata...[Reply]

alahai tensinya...
rasanya dh kena serang dgn virus malware kot ibu....virus malware mmg pemusnah secara senyap cz antivirus xleh kesan ia kecuali dgn anti virus malware jerrr....anti wirus malware ada yg free n boleh di down load dr internet....

ahmad humairi berkata...[Reply]

Saya pun tak berapa reti...tapi anak saya celik ske pasal komputer...dia tahu nak bunuh, saya nak citer camana pun tak tahu...

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu...

sy pun lemah bab2 ICT nie....harap PC ibu kembali sihat hendaknya huhuhhh

Zaitun berkata...[Reply]

Kak Zai masih budak baru belajar,tak dapat nak nolong.

Bibu berkata...[Reply]

ingat nak bunuh apo.bunuh yo lanun2 tu.menyusahkan org yo.kalo somi kita mgkn dia leh tlg buat.tak kan nak tggu kita org blek.hihihi....

Unknown berkata...[Reply]

ibu intan..
rasanya, mmg kena hantar ke pakar..

ayu pun buta bab it..

Tanpa Nama berkata...[Reply]

Salam,

saya pernah kene gak.
Penyelesaian yg sy buat: FORMAT BLK.
Baru berkesan.Tak pun hantar kpd yg pakar.

Sekian, terima kasih.

SALAM

Shahrul berkata...[Reply]

leh selesai tuh ....

tools yg maybe perlu ada,

1) spybot - buang cookies, malware, spam

2) asviewer - track windows nya processing, leh remove/delete unknown startup/file

3) perhatikan kat c:\windows\system32\driver\etc .. file name hosts .. selepas no ip 127.0.0.1, sepatutnya tada apa apa .. kalau ada yg lain leh remove

4) tgk dlm add/remove progra, ... sila remove application yg tak sepatutnya ... saya rasa .. aplikasi tuh ada dlm add/remove program ...

5) kalau awak ada member yg biasa guna windows command , minta depa tgk dlm windows directory .. sure byk unknown "exe".

6) ... apa apa solution yg awak jumpa dan nak cuba laksanakan, cuba elak dr guna internet kerana virus yg sediada dlm pc awak tuh bila dia berjumpa dengan "kawan kawanya" .. antivirus yg sedia ada "lemah" ...

7) elakkan guna freeware antivirus cam avg atau avira, yg saya maksudkan bukan sbb anti virus itu tak bagus, cuma sbb dia free dan mudah download dr mana mana laman web, jd tak der integriti file tuh ... virus senang attack, even kalau pun ianya free .. elok download terus dr lamannya .. dan jgn melalui web pihak ke 3.

8) selagi pc awak tak jd "blue skrin" atau maybe "slow" .. problem yang cam gitu .. still leh solve tanpa perlu kluar duit, small matter je ... even kalau kena godam pun yg tak berapa "hardcore" masih bolej selesai ... :)

hopefully info ini boleh membantu awak ....

shameel Iskandar berkata...[Reply]

hanya boleh tumpang bersimpati sbb tak reti dlm bab ni.