Followers
Selasa, 5 Julai 2011
Bulan Kecergasan pula.
Lari keliling padang je... 4 round pada yang mampu, yang tak mampu setengah raound pun dah mencungap..... honggeh.... "Dah tetuo ni, buruk bona nampak ea 'bololah' tongah padang tu"... alasan!
Hari Sabtu lalu 2 Julai, program larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia, semua guru dan murid wajib hadir. Dah selesai pun, pihak sekolah boleh ambil cuti mengikut pilihan sekolah...ada sekolah yang sudah bercuti semalam - isnin, ada yang bercuti Jumaat ini, ada yang ambil sempena awal Ramadhan, dan ada juga yang ambil pada Hari Raya Haji nanti... kalau tak silap sekolah ibuintan ambil cuti sempena awal Ramadhan nanti... okey jugak tambahan kalau ianya jatuh pada hari Isnin... mak mertua dah buka mulut, minta semua anak menantu dan cucu balik untuk bakar lemang pada hari Sabtu sebelum puasa.
Pagi tadi di sekolah, dah keluar pulak satu lagi surat untuk semua "Saya Yang Menurut Perintah", hari Sabtu ni pula 9 Julai ...juga semua guru dan murid sekali lagi wajib hadir ke sekolah... satu lagi program, pelancaran Bulan Kecergasan pula.... tetiba je rasanya ni! Lari keliling padang lagi ke! Adohaii.... tak tahulah untuk semua negeri atau untuk nogori den ni yo..
Saya Yang Menurut Perintah akan hadir mencergaskan diri dengan memakai baju sukan berwarna merah sebab saya ialah guru rumah merah bukan rumah kuning, rumah biru atau rumah hijau.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
29 ulasan:
program lagi..seluruh ng terlibat ke..
bukannya apa..dah lama tak menikmati cuti hari sabtu..terliuq juga nak cuti pd hri tuh ..
orang tuo kalau bolaghi osah botul bughuk e hahaha.. kpah lah tu. ibu mudo lagik.
buek lomang yo. Dah lamo kpah tak ngaso bodiang topi api. osah lamo e. skang ni kalau nak makan lomang boli yo kek topi jalan. Umang... mahal e..
wahhh..
bololah kek dapur takdo ponek cam kek padang kan..hehe..
SALAM,
TUGAS GURU INI SEANIKA! MACAM2 DAN TAK KIRA MASA (CUTI ATAU TIDAK) ! BERSABAR CIKGU ! TUGAS GURU TU BEGITU MULIA ! ADA BALASAN NYA NANTI !
Assalamualaikum,
elokla tu...sekurangkurangnya ada pogrem lain yang 'wajib' hadir daripada berhimpun yang satu lagi tuh...yang 9 Julai gak kann?
Kalau ikut mata kakaklah ibuintan sebab itulah cikgu-cikgu walau usia dah 50 tahun pun masih segak dan cergas. Ada lagi badan gempal tapi stamina mereka masih tip-top lagi:)
hanya insan terpilih sahaja sanggup jadi guru.
org kata guru pilihan karier yg terakhir.
bukan pilihan terakhir sbb imbuhan sebenarnya.
imbuhan pahala tidak terkira. imbuhan gaji setara.
tak berani memikul cabaran sbg guru sebenarnya.
tahniah kpd rakan2 blogger yg bertugas sbg guru.
tak po,cikgu ea pun berpoloh ambik gambar..cergas gak tu kan...
assalamualaikum ibu..
pas nie semua cikgu2 kt ctu mesti sihat dan cergas kan
Cikgu2 sihat dan cergas,murid2 juga sihat dan cergas, minda pun bertambah geliga.
cergas badan, cergas minda dan cergas hati juga
saya suka tgk kanak kanak sekolah rendah bersenam/PJ..cute aja.. :)
itulh kita kak, seorg guru, ada je program menanti di depan..."SAYA YG MENURUT PERINTAH".....
Sy rumah Hijau...hi.hi.hi.....
sal.. tak tau la negeri lain ada program camni ke tidak, tapi kami di ns dah dapat arahan tu
memang dah cadang nak balik rumah MIL sabtu ni
kakpah... mak motuo memang buek lomang setiap kali nak mogang poso, nak makan ngan anak cucu... kata ea
sobab kono bodiang la mako lomang jadi mahal rogo ea tu
kass... belolah kek dapo konyang porut, honggeh dek makan lak
dato LF.. ada masa tu tak tahan juga, penat sangat rasanya bila ada macam2 aktiviti... rasa tak cukup rehat
cikgu Humairi... saya pakai baju merah tau...
ehh ada progrem lain ke?? hehehe
kakzakie... harapnya camtu la, kekal sihat bertenaga sampai hujung usia
riadah memang perlu untuk diri demi meningkatkan tahap kesihatan
AHP.... kerjaya ni memang pilihan pertama, bukan terakhir... namun redha Allah sentiasa dipohon moga rezeki ini berkat dan dirahmatinya
kaklong... osah mencieh poluh, dah selalu mencieh setiap potang jenjalan naik bukit
mualaikumslam Shah... mintak2 begitulah, sihat cergas dapat bekerja dengan baik
betul tu kakzai... bila semua sihat, semua berjalan lancar... result pun baik
iman... tak mencergaskan diri sekali ke?
tak aci la
doc DZZ.... memang cute tapi seksa mnjaganya, macam2 hal kalau tak dikawal dan diselia
nza... akak rumah merah..
ye... SYMP... patuhi saja kan, kalau tak surat tunjuk sebab!!
ha ha ha..kak..kot bolaghi yo tak makan tuo,yang makan tuo tu siap melompat2,yang tu tak dapet den nak nolong ha...
p/s:mano butang follow kak?nak follow ni ha..ayah sei orang Ampangan..
Penuh aktiviti sebelum posa ni.mau tak bopoloh..
Lomang ! esey suko tuu kak !
alahai. Kena tunggu balik kg suami masa raya aje baru dapat... ;0(
cikgu, cik ina masa sekolah rumah merah. banyaknya aktiviti menyihatkan badan bersama anak murid. Kerajaan sekarang dah prihatin ye tahap kesihatan budak sekolah ngan cikgu.baguslahkan
Catat Ulasan