01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana / rancangan ;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan ;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu
kedudukan;
13. Jangan hancur kerana kezaliman;
14. Jangan goyah kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi
kemampuan diri;
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah
di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah
kerana Allah;
33. Berlatihlah untuk banyak berfikir ;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah
maaf apabila sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan
iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyakkan silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan
tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering berselawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa
kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak
bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidakberguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan
beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas
kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang kerana pahaman dan
pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan
sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang
mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan
mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan
dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,
lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang
arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah
dilakukan;
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong
kerana kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk
agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan
orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkataapa-apa;
85. Hargai kejayaan dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan
kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang
bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai
dengan norma-norma agama dan kemamapuan diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani
atau fikiran kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang
dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang
lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat
menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang
menyangkut teman kita sebelum dipastikan
kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan
kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan
aurat) dengan penuh keakraban dan keramahan dan
tidak berlebihan;
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang
diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan
tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan
kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan
kerosakan;
99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan
jangan kaya dengan memiskinkan orang.
............. dan kerana sebab ..
*
*
*
*
*
*
*
*
100. tolong lah share kat kawan-kawan kita untuk kebaikan bersama.
//dikongsikan daripada laman facebook Abu Zarr
//dikongsikan daripada laman facebook Abu Zarr
25 ulasan:
Terima kasih kerana berkongsi. :)
Ya Allah ibuintan tak terjangkau kakak semuanya. Namun alangkah baiknya jika dapat melaksanakannya!!
nice sharing kak :-)
Sallam ibuintan,
Terima kasih diatas perkongsian ini.
Semuga kita sentiasa menjadi orang yang sempurna imannya.
sharing is caring...Thanks...
terima kasih ibu intan,
kita ini selalu lalai, itu sebab perlu saling ingat mengingatkan....
terima kasih di atas info
tazkirah pagi khamih mlm jumaat...tq kak..!
terima kasih ibuintan..sudi sharekan disini.
berguna dan semoga dapat dimanfaatkan.
timaseh kak..
Assalamualaikum,
Tahniah atas kejayaan melangkah, langlah-langkah meneju kesempurnaan iman itu...
sbg insan yg tak sempurna agak payah untuk melunaskan kesemuanya..tapi berusaha itu juga kesempurnaan...terima kasih kerana saling igt mengingatkan..
alamak kak..baru baca sampai yg ke 30..minta izin copy ye..nak sambung baca dan utk jd peringatan..
Nice sharing ibu intan.Thanks ye...
tq 4 sharing..sama2lah kita ambik kebaikannya kan..:)
Terima kasih kongsi info.Kak Zai C&P ya.
salam ibu...
WR rindukan ibu juga...
WR share 99 ni ye...
syukran
thanks.... nk share jugak nnt ye... hehehe
alhamdulilah perkongsian yg sangat bermanafaat..
Ibu semoga ngan perkongsian ni cik ina ngan rakan yang lain lebih mendapat manafaat.
ya Allah jauhkan aku dn keluargaku dari no 99
mekasih ibuintan..
n3 ni mengingatkan sal pd mlm nisfu syaaban..
sempena bulan baik nih..
eloklah kita ingat mengingat..
moga mendpt keredhaan Allah selalu..ameen
perkongsian yang baik di amlam hari ni sbelum masuk tido
Assalamualaikum my dear IbuIntan:)
Tksh banyak2 kak ats perkongsian dan peringatan ini yaaa...:)
Moga akak dirahmatiNya selalu..Amin..
senyap je ibu?
sihat ke ?
Catat Ulasan