Horeeyyy!!.. Komputer dah sihat, lanun-lanun pembawa virus telah dapat ditumpaskan....namun ciss, rabak jugak dompet den! Nasib baik teknisen di sekolah tu mahu menolong, upahnya 'kira sedaro' katanya... maknanya sendiri berilah berapa yang patut.... patut tak patut, takkan duoposen lak ...kan.
Nasib baik ianya tidak mengganggu semua fail dan gambar-gambar yang tersimpan, kalau tak meraung sekali lagi.
Hari ini nak kongsi gambar dan cerita tentang pantai ini lagi. Hujung minggu lepas kami sekeluarga ke Mersing lagi, Melawat 'siputeri' nan seorang itu. Tidur semalaman di sana. Kami sampai pada pukul lima petang sebab bertolak lewat, pagi ke sekolah dahulu kerana program larian 1MSM pagi Sabtu lepas.
Kami daftar keluar dari hotel pada pukul 12 stengah tengah hari Ahad. Seperti biasa kami akan ke Mersing Kanan sebelum menghantar Intan balik asramanya semula. Ke Mersing Kanan untuk membeli keropok dan makan tengah hari.
Setelah beberapa kali ke pantai ini, inilah kali pertama kami dapat bermain air di tepi pantai. Airnya yang sangat jernih. Nampak dengan jelas anak-anak ikan berenang dengan bebas malah ala-ala jinak merpati pula ..... mengerumuni kaki kami. Along sangat teruja cuba menangkap anak-anak ikan tersebut, namun gagal... ..mustahil dapat menangkap begitu sahaja. Bot nelayan yang ditambat di situ juga menjadi tempat permainan dan tempat sesi bergambar mereka bertiga. Termasuk ibunya juga.....
Satu keistimewaan lain juga, airnya tenang dan tidak berombak sangat. Hampir setengah jam kami leka bermain air di sini, sehinggalah abahintan mengingatkan kami......
Kalau sebelum ini kami pernah ke tempat ini dan waktu yang hampir sama... ceritanya di
sini
Malah beberapa kali selepasnya juga berkeadaan begini, ...airnya jauh ke tengah. Kami suka ke sini kerana selain tempatnya yang cantik, tempat ini juga berhampiran Mersing Kanan di mana kami selalu singgah untuk membeli keropok dan ikan masin. Malah tempat makan kegemaran kami juga terletak berhampiran sini... makanan sedap dan murah pastinya.
Beberapa minggu lepas heboh diperkatakan Mersing di landa puting beliung, di sini jugalah tumpuannya. Berhampiran pulau yang kelihatan dalam gambar di atas.
Gambar ini (kredit kepada aidiryatim) gambar puting beliung ini juga di ambil dari tepi pantai yang sering kami kunjungi ini. Abahintan juga suka ke sini kerana dia selalunya akan berbaring untuk melelapkan mata sebentar atau menghilangkan penat sebelum menempuh perjalanan balik selama 4 jam ke Kuala Pilah.....di pondok yang beratap biru tu.... pondok itu berlantaikan marmar puith dan berketinggian lebih kurang satu kaki, memang di sediakan untuk pengunjung berehat dan makan-makan. Selalunya abahintan akan terlelap di sini, tambahan pula dibuai angin nyaman dari laut.... segar dan tidak panas sangat.
Biasanya sementara menunggu abahnya tidur, anak-anak dan ibunya bersantai di sini.... tapi ibunya taklah berani nak berbuai sama,, takut menyembah bumi...hahaha.
Malam Ahad, seperti biasa juga jika bermalam di sana, si abah yang suka memancing, walau tidak memancing tetap akan ke sini, mengadap kaki pancing yang menghabiskan masa memancing di muara Sg Mersing ini. Yang hebatnya juga kebanyakkan mereka datang memancing bersama keluarga, ada yang membawa anak kecil bersama. Muara sungai ini ditengah bandar, di belakang mereka ialah supermarket. Ibuintan selalu memancing kat belakang tu je..!!
Semasa abahintan menemankan seorang pemancing dan dua anaknya, mereka sempat berbual-bual. Pemancing itu berasal dari Rembau dan telah menetap di sana selepas berkahwin dengan seorang wanita yang berasal dari Kg. Tenglu , Mersing. Pemancing itu memberitahu bahawa pantai yang sering kami kunjungi itu 'agak keras', menurutnya banyak kejadian pelik telah berlaku di sana... 'abang kalau ke sana, janganlah buat perkara tak senonoh' katanya. Tak tahulah apa maksudnya dengan perkara yang tak senonoh tu sebab abahintan tak pulak bertanya dengan lebih lanjut.
Namun kami juga perasan satu perkara, walau pantainya bersih, tempatnya cantik, banyak bangku dan tempat riadah di laluan tepi pantai itu, kami jarang melihat pasangan muda mudi... kekasih tentunya yang melepak atau duduk berduaan atau berdating di sana. Adakah itu kesan dari 'agak keras' itu... kami tak pasti.
Yang biasa kami lihat ialah keluarga seperti kami juga, yang datang kerana menziarahi anak-anak di asrama kerana anak mereka memakai pakaian rasmi sekolah mereka.
Kalau betul 'agak keras' kami harap kami tidak akan mengalami apa-apa kejadian aneh sekiranya kami ke sana lagi... kami tak buat apa-apa yang tak senonoh pun..