Perkelahan empat sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak perempuan berusia dua hingga lima tahun bersama kenalan wanita bapa mereka, berakhir tragedi apabila tiga kanak-kanak itu dikhuatiri lemas dihanyutkan arus deras di hutan lipurUlu Bendul petang semalam.
Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Nursyaza Alisa, 5, Nursyaza Azera, 4, Nursyaza Sakinah, 2, mandi bersama bapa mereka, Syed Ahmad Ibrahim, 28, serta seorang wanita dikenali Alwani Abu Hassan, 20-an.
Sumber: Harian Metro.
Ibuintan mengucapkan takziah kepada keluarga Wan Azleela di atas tragedi yang menimpa ketiga-tiga anaknya. Sehingga kini dimaklumkan bahawa anak bongsu beliau masih belum ditemui. Semoga urusan pencarian anak bongsu ini dipermudahkanNya. Kepada Wan Azleela juga diharapkan tabah dan redha dengan ujian dan dugaan ini. Dugaan berat buat beliau.
Al-fatihah...
40 ulasan:
Takziah utk keluarga Wan Azleela.
Saya terkejut mendengar berita itu pagi tadi. Terus saya beritahu emak Adam. Satu ujian yg besar bagi keluarga ni.
Assalamualaikum,
Takziah buat Wan Azleela dan keluarga.
Berita yang sangat menyayat hati, hilang tiga anak sekali gus. Semuga
Allah memberi ketabahan kepada Wan Azleela dalam menghadapi dugaannya ini. dan semuga Allah mencucuri rahmat buat ketiga-tiga anaknya.
Amin.
betul la YB.. saya pun amat terkejut mendengarnya, baru 2 minggu lepas anak bujang saya yg dua orang ni mandi di sana
tragedi ini mungkin terjadi sebab hujung minggu baru2 ni hujan sentiasa lebat
assalamualaikum ibu..
saya lum smpai lg tempat nie tp ia mmg popular..
takziah utk keluarganya dan al-fatihah untuk semua mangsa :-(
Takziah buat Wan Azleela dan seluruh keluarga semoga sabar menghadapi ujian yang begitu berat.
Al-Fatihah buat anak2nya.
mualaikumsalam LL,
memng dugaan besar buatnya.. tiga anak sekali menjadi mangsa
tak terbayang bagaimana dia akan menghadapinya
mualaikumsalam Shah,
tu lah, rasa takut pulak nak ke sana selepas ni
tempat ni memang popular tambahan pula kedudukannya strategik di tepi jalan utama
kak zai,
memang dugaan berat buatnya
kita hanya mampu mendoakan yang terbaik buat mereka
kaklong pun terkojut dongar berito pagi tadi....iyo la kan musm hujan..kito mano tau kepalo air tu tetibo yo dtg...risau gak ni...anak2 ghroma poie mandi sungai dokek2 sini...
Al fatiha..moga rohnya dicucuri rahmat..
simpati kpd tragedi menimpa..didoakan agar tabah menghadapi ujian getir..
Al-fatihah...
Moga diberikan kekuatan kpd keluarga Wan Azleela dalam menghadapi dugaan ini...
Sedihnya kan.,..
cam ne lah kalau jd kat kita.. boleh gila kalau kurang iman.
salam takziah..
semoga `mereka` ditempatkan dalam golongan orang2 y beriman.. amin
kalaulah di tempat ayu.... mesti ayu kurang waras,,,,,,,subhanallah.. minta dijauhkan
kaklong... musim ujan tak menentu ni janganlah mandi d sungai ataupun laut
malang tak berbau kan
Sungguh berat dugaan yang ditanggung. Mata kita hanya berat memandang. Semuga mereka tabah.
sal.. hanya itu yg mampu kita lakukan, mendoakan dari jauh
Tinie,
moga keluarga mereka tabah, lebih2 lagi Wan Azleela tu
YA ALLAH....masa tu ujan ke?semoga tabah hendaknya....
Yan...
minta dijauhkan, tiga sekaligus hilang, sekelip mata
Ayu,
sukarnya melupakan tu, dugaan besar buat Wan
moga dia benar2 tabah dan kuat iman
kakpah,
betul tu.. teramat berat dugaannya
yang bongsu masih belum dijumpai, usaha mencari masih diteruskan
anie,
tidak hujan tapi sejak dua tiga hari sebelum kejadian hujan memang sentiasa lebat
kepala air yang datang mengejut
wiii aii. sey sehari awal yo kek tompek tu. osah sampai tenggolam kolam dopan tu kan. takut eh. lenkali kono hati2 nih.
alfatihah buat anak2 itu. semoga mereka bahagia di sana...
Tijah... nasib baik kan
memang tonggolam kolam dopan tu, malah air ea melimpah ke darat
kalau hujan macam skarang ni elok la jangan ke tempat2 seperti tu
suami akak beritahu mangsa terakhir masih belum ditemui
salam takziah
ibuintan ..takziah untuk keluarga wan..
memang sedih..tapi dah ditakdirkan..
Entah mengapa naluri keibuan membuat airmata kita pun luruh sama ye ibuintan....
Sayu benar bila mengenang detik kehilangan 3 anak serentak.
Allah jua yg maha mengetahui atas segala-gala yg dikehendaki olehNya..
takziah
takziah utk keluarganya dan al-fatihah untuk semua mangsa ...
kakerna,
mungkin ada hikmahnya buat mereka kan.. hanya Dia yg mengetahuinya
kakzakie... betul tu tersentuh sangat hati rasanya
pergi sekali gus, sekelip mata
tempat terbaik buat mereka
abu Muaz...
terima kasih sudi singgah
Amy,
kita hanya mampu mendoakan mereka
Takziah..
Bahaya bila aliran air terjun tiba2 laju/mengganas.
Saya pernah mandi di sini ..rasanya tak lah merbahaya kalau waktu biasa
tkziah kt family,... klo ade anak, jgn bgi mndi sungai masa hjujan atau lepas hujan...
Takziah, inilah bahaya mandi sungai, sebab air deras tetiba, ambil iktibar, jgn pergi mandi selepas hujan atau hendak hujan, Ya Allah, sungguh besar dugaan mereka, moga aman rohnya, amin
al=fatihah
sedih..drpdnya mereka datang..kepadanya mereka pergi..al fatihah
Semoga Allah memberikan ketabahan dan kesabaran kepada Wan Azleela dan ahli keluarganya. Sesuatu yang berlaku seperti tragedi yang menimpanya itu memang tiada siapa yang menduga. Allah sahaja yang maha mengetahui akan sebab-sebab ditimpakan atau diangugerahkan sesuatu kepada kita. Salam bahagia.
dah lama tak mandi2 kt UB. kalau balik kampung pun, lalu jek la..
Al-fatihah.
takziah utk wan azleela.
Catat Ulasan