Followers

Selasa, 17 Mei 2011

Sahabatku... pergimu takkan kembali.

 DariNYa kita datang kepadaNya kita kembali.

16 Mei 2011... dalam keriangan setiap warga pendidik menyambut Hari Guru, tarikh ini pada hari ini mencatat peristiwa pilu dan kehilangan yang besar buat rakan guru Arifin Mohd Yusuf (Ipin)atas kembalinya isteri tersayang Halida Atan (Idah) ke rahmatullah selepas Maghrib tadi.

                        Gambar diambil dari fb arwah.

Kami bertiga berkawan baik sejak belajar di sebuah maktab perguruan di Hulu Kinta, Ipoh hampir 25 tahun yang lalu. Hubungan kami berlanjutan kerana  Idah yang berasal dari Muar berkahwin dengan Ipin yang berasal dari Kuala Pilah.  Jodoh menemukan mereka ketika sama-sama belajar di sana. Kedua mereka juga kini mengajar dan menetap di sini.  Mereka berdua mempunyai enam orang cahayamata.


Idah  mendapat demam teruk dengan tiba-tiba pada awal bulan April lepas dan telah dirawat dihospital di sini, namun akhirnya setelah dirujuk ke Hospital Selayang dia telah disahkan menghidap kanser payudara.  Sel-sel kansernya telah merebak ke paru-paru.  Idah terus mendapatkan rawatan kimoterapi di Hospital Putra Jaya dan Idah hanya sempat menerima rawatan kimo kali kedua beberapa hari yang lepas.

Ibuintan menerima perkhabaran bahawa Idah sedang nazak pada petang tadi.  Rupanya di saat rakan-rakan guru yang lain bergembira dengan pelbagai acara dan aktiviti  sempena hari guru, Idah sedang bergelut melawan penyakitnya.  Hajatnya untuk memakai jubah dan menerima ijazah pada pertengahan bulan hadapan juga tidak tercapai. Idah baru saja menamatkan pengajiannya di OUM.


Semoga sahabatku Ipin dan seluruh keluarganya menerima takdir dan ujian ini dengan tabah.  Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-fatihah untuk arwah Halida bt Atan... 2.12.1967 - 16.5.2011.

Amin.




25 ulasan:

Ateh Nour berkata...[Reply]

Assalamualaikum,

Al-Fatihah buat Idah dan Takziah buat seluruh keluarganya.

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

Ibu Intan, ciannya rakan tu. sedih plak cik ina dengar cite dia. apa nak wat ibu, segalanya ketentuan dari Allah SWT, semoga suami nya tabah. Al-Fatihan tuk arwah Halida, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Amin

Pn Kartini berkata...[Reply]

Al-fatihah....
Moga roh arwah di tempatkan di kalangan mereka yang beriman...

Bibu berkata...[Reply]

al-fatihah.cian arwah tak dpt capai hajatnya.moga rohnya ditempatkan org2 yg beriman.

hentian berkata...[Reply]

IM juga ingin merakamkan takziah buat cikgu Ipin. Maktab Ulu Kinta tak jauh dari sekolah IM dulu.

Kawan IM juga mengidap kanser payudara dan berbulan cuti. Kini dah kembali bekerja.

Muga keluarga kita dijauhi dari penyakit yang menjadi antara punca kematian teringgi bagi wanita ini!

sal berkata...[Reply]

alfateha buat rakan ini..
moga arwah ditempatkan dikalangan org beriman dn beramal soleh dan Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..ameen

buat ibu intan
SELAMAT HARI GURU..
Moga sentiasa ceria dn sihat menjalankan akt harian..

sud@is berkata...[Reply]

perginya seorang guru disuasana menyambut hari guru..semoga roh dicucuri rahmat dan ketabahan buat keluarganya

kak long berkata...[Reply]

alfatihah...
sesunguhnya ada hikmah disebalik nya...
semoga rohnya bersama-sama org2 yg beriman..
amin!

gadisBunga™ berkata...[Reply]

innalillahiwainailahirojiun....semogasuaminya dan anak2 tabah...

Nieda berkata...[Reply]

Alfatihah untuk arwah. Sedih pulak baca citer ni. Perginya dengan impian yang tak kesampaian- nak pakai jubah di majlis konvonya nanti.
Allah lebih mengetahui ...semoga dia tergolong dalama org yg bertuah.Amin.

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Innalillahi....

kakngah berkata...[Reply]

Al Fatihah...

Acik Erna berkata...[Reply]

Alfatihah buat arwah dan takziah buat keluarganya..
tak lupa ucapan selamat hari guru jugak buat ibuintan,

fadh leyanie berkata...[Reply]

takziah buat keluarga encik ipin ,,Al Fatihah..

Granny Hani berkata...[Reply]

Ajal maut jodoh pertemuan tu di tangan Tuhan..Alfatihah buat arwah.

Asri Alam berkata...[Reply]

salam takziah kpd keluarga arwah. al-fatihah

azlina berkata...[Reply]

al fatihah semuga aruah di tempatkan di kalangan para solehin..

azieazah berkata...[Reply]

Salam takziah.

Moga dirahmati.

white rose berkata...[Reply]

salam ibuintan...
terima kasih jua ibu selalu menantikan perkhabaran WR...

moga2 ibu sehat2...

kpd keluarga arwah, smoga tabah menghadapi dugaan...dariNYA kita datang, kepadaNYA kita kembali...

smoga arwah mendapat rahmat & ditempatkan bersama org2 beriman...
amin...

IMANSHAH berkata...[Reply]

Sedihnya membaca entri ini

Semoga rohnya dicucuri rahmat

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih kepada semua yg telah mendoakan kesejahteraan arwah..

arwah selamat dikebumikan sebelum solat zuhur semalam

sahromnasrudin berkata...[Reply]

al fatihah utk arwah..semoga rohnya ditempatkan dikalangan golongan yg beriman

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Sayunya hati kakak membaca bila teman ibuintan pergi dihari sambutan Hari Guru.

Moga keluarganya diberi kekuatan.

Alfatihah buat Halida...

Zaitun berkata...[Reply]

Al-Fatihah buat arwah semoga ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

Kak Amy berkata...[Reply]

Al fatihah buat arwah dan salam takziah buat seluruh ahli keluarganya. semoga rohnya di tempatkan di kalanagan orang2 yang beriman.