SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU-IBU DAN BAKAL IBU.
Hadiahkan kepada ibu kemuliaan hati budi.
Buah mangga buah jambu,
Dibuat rojak sedap dimakan,
Aku bangga kepada mu ibu,
Jasa baktimu tidak ternilaikan.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” Riwayat al-Hakim.
* Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.
* Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.
* Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.
* Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
* Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.
Kredit to Himpunan Hadis
39 ulasan:
ye..
selamat hari ibu pada semua ibu2..
semoga drahmati dan diberkati olehnya..
Assalamualaikum Ibuintan
selamat hari ibu
anak2 yg soleh datangnya drp ibu yg solehah..Insyaallah
Wassalam
nurkass... trima kasih...
sayangi ibu setiap hari... kan tiada batasnya
mualaikumsalam atuk,
trima kasih..... amin
selamat hari ibu buat isteri Atuk juga
Kalau tuan memerah susu,
Susu ditaruh di dalam talam;
Saya tidak lupa ibu,
Ibu menjaga siang dan malam.
Burung tiung beranak tunggal,
Hinggap mari atas bumbung;
Ibu mati ayah meninggal,
Pada siapa hendak bergantung.
Dari dulu pinang seribu,
Baru sekarang pinang sekati;
Dari dulu ditimbang ibu,
Baru sekarang menimbang diri.
selamat hari ibu buat ibu intan.
selamat hari ibu...
moga kita disayangi dn dihargai selalu oleh kita anak2..ameen..
bagus untuk dikongsi-kongsi.
selamat hari ibu...
Slmt Hari Ibu kpd ibuintan.
alaaaa cikgu,
tang pantun ni yg lomah ni..
Kalau tuan memerah susu,
Susu ditaruh di dalam talam;
Memang kita wajib ingatkan ibu,
Kalau tak ingat patut di humban dalam kolam.
Burung tiung beranak tunggal,
Hinggap mari atas pedati;
Ibu mati ayah meninggal,
Pada siapa lagi kalau bukan anak dan isteri.
Dari dulu pinang seribu,
Baru sekarang pinang sekati;
Puas sudah ditimang ibu,
Kini pandai2lah membawa diri.
slamat hari ibu buat isteri cikgu juga
Sal..
slamat hari ibu juga
begitulah yg kita harapkan... selamanya, amin
slamat hari ibu kakpah...
moga gembira dan bahagia selamanya
YB,
terima kasih
slamat hari ibu juga kpd ibu Adam
Selamat Hari ibu....
IBU INTAN
jua untuk kamu.. selamat hari ibu..
suka dgn entry ini.. banyak pengkongsian yang baik di ikuti
selamat hari ibu utk ibuintan.
selamt hari ibu pada semua wanita....
Sallam Ibuintan,
Selamat Hari Ibu.
Ibu adalah acuan kepada anak2nya
bagaimana acuan begitulah kuihnya.
trima kasih ckLah..
slamat hari ibu juga
Ayu..
tkasih slamat hari ibu juga buat Ayu..
moga gembira
Yan... trima kasih
slamat hari ibu juga, moga bahagia slalu
S.U... terima kasih
selamat hari ibu juga, moga bahagia bersama keluarga
LL.
selamat hari ibu juga..
betul tu.. bergantung pada didikan ibu bapanya
ibu intan sedihlah, makcik dah tak de ibu.
selamat hari ibu ye, semoga ibu intan bahagia selalu bersama anak-anak.
:(
sama ngan cik ina..
kakngah dah takde mak. mak mentua pun takde gak...
selamat hari ibu utk ibuintan.
kem salam kek omak yo!
Huaaaaa..'makcik'
Huaaaaa.. kakngah..
kita sama2 dah takde mak
tapi saya masih ada mak dan abah mertua yang juga sangat baik, sayang sangat padanya
slamat hari ibu 'makcik'
slamat hari ibu kakngah
moga bahagia bersma keluarga
selamat hari ibu juga buat ibuintan..!
sesungguh nya kita sebagai ibu sungguh bertuah dimuka bumi ini...
selamat hari ibu tuk ibuintan.semoga kita sama2 sentiasa diberkatiNya.
Kasih ibu membawa ke syurga.
Selamat hari ibu buat ibuintan.
Salam..
Yup.. selamat hari ibu buat yang bergelar ibu di luar sana.. :)
salam...
selamat hari ibu buat ibuintan...
Belated wish "Happy Mother's Day"
Semakin membaca ke bawah semakin sayu pulak....
Moga kita juga menjadi ibu sekental ibu kita....
assalamualaikum ibu...
terima kasih kerana mengingatkan kami semua..selamat hari ibu untuk ibu juga..
sesungguhnya kita semua pelupa dan perlu sentiasa diingatkan
kaklong,
trima kasih... ye setiap wanita amat bertuah bergelar ibu, kurniaan terindah Allah s.w.t
anie,
terima kasih juga...slamat hari ibu darp akak,... moga anie bahagia selamanya
kakzai,
trima kasih.. slamat hariibu juga, moga akak bahagia selamanya
adol,
trima kasih nak... moga ibumu juga sihat dan gembira di sana
SR,
trima kasih
kakzakie,
trima kasih.. begitulah yg diharapkan, moga kakzakie bahagia dan sentiasa menjadi kesayangan keluarga
mualaikumslam Shah,
trima kasih... moga shah juga akan berbahagia bersama keluarga
Catat Ulasan