Sejak malam Sabtu blog tak boleh dibuka melalui firefox.... ada masalah ke? Dah beberapa kali juga tukar password.. juga masih tidak boleh. Lalu pagi ni akses melalui GChrome, nasib baik boleh.
Keletihan dan kepenatan yang teramat dirasakan. Hari Jumaat seharian dalam perjalanan, pergi dan balik ke/dari Mersing.
7.15 pagi bergerak dari rumah, syukur perjalanan lancar. Tepat pukul sebelas suku juga sebaik sampai terus terlihat 'buah' hati yang amat dirindui tersenyum girang.. sarat dengan beg yang disandang dibahu, dijinjing dan di galas di belakang.. terus menerpa... 'Intan rindu sangat dengan ibu'
Ibu juga anakku, walau setiap hari dia menelefon, hanya dengan bertentang mata dan dapat memeluknya saja yang dapat meleraikan rindu itu. Syukur...
Sementara abahnya berehat dan meluruskan pinggang di wakaf yang disediakan di tepian Muara Sg Mersing, ibu dan anak sempat berfotoshoot sekejap... berlatarbelakang bot-bot nelayan dan feri ke Pulau Tioman yang sibuk berulang alik mengambil dan menurunkan penumpang. Bilalah dapat ke sana pulak!
Hujan yang turun dengan tiba-tiba juga merencatkan hasrat dua beranak ini untuk meminta izin kepada seorang nelayan yang sedang mengemaskan pukatnya untuk turun dan menjenguk ke dalam botnya. Bukan apa sekadar untuk melihat-lihat keadaan dan persekitaran dalam bot nelayan saja.
Perjalanan balik juga berjalan lancar. Menjelang petang kami selamat sampai semula dirumah.
Dan dengan perancangan yang tiba-tiba juga.. semalam majlis kenduri kesyukuran kami berjalan lancar. Hanya sempat menjemput jiran terdekat dan adik beradik suami yang tinggal berhampiran sini.... keputusan untuk membuat majlis ini diputuskan pada petang Khamis yang lalu.... Hari-hari minggu yang lain untuk sepanjang dua minggu akan datang telah penuh dengan majlis kenduri kahwin di rumah jiran2 terdekat.
41 ulasan:
alhamdullilah...selamat semua.yelah..blog ni pitam kejap.nnt ibuintan leh jemput kita lak.kan dah cuti2 ni.hihihihi...suka beno kalo ada org dtg jemput.
lam gmba tempat ibuintan bergmba tu kita cam penah g.ms tu tgk kapal pakcik.sbb mabuk laut kita tak jd ikut ke laut.cuti nnt nak sgt balek mersing.ptg2 lepak kat tepi pantai...huhuhu...bestnya....
Assalamualaikum my dear IbuIntan
........terlerai jua rasa rindu dendam bila menatap wajah anakanda tercinta yaaa...;)
Selamat Bercuti IbuIntan..:)
yeah, tumpang gembira. teringat zaman sekolah dulu. sekolah berasrama penuh yg sgt jauh. hanya jika ada cuti seminggu baru boleh balik. berbulan2 tak jumpa keluarga.
tiba masa utk kembali ke sekolah adalah saat yg sgt menyedihkan. muka kontrol cool sbb tak nak bg ibu sedih. dlm hati tuhan saja yg tahu
salam
alhamdulillah masih sempat menjamu jiran tetangga, rezeki dikongsi bersama
assalam ibuintan..sedih pulak bila dia kata rindu sangat ngan ibu.
selamat bercuti ye..moga ceria2 selalu..
blog saya pun meragam beberapa hari ini ,tak boleh akses...so tengok aja lah tak boleh komen2 dan buat n3 baru..hri ni baru ok..
alhamdulilah....semua dah selamat firefox mmg problem sampai lappy ina di serang virus hbs semua dlm lappy kena godam...
alhamdullilah, nampak raut muka si intan yang penat namun gembira sbb akan bercuti dgn family tersayang
bila, kak syer ttg mersing, ayu rindu disana....
PS: dan syukur, majlis yang kak buatberjalan dgn lancar..amin
Anie,
orang Mersing ke?
bila nak balik bercuti.. akak juga suka pantai dan laut , tenang dan damai di sana
Mualaikumsalam Tinie,
terubat sudah.... selamat bercuti juga buat Tinie
tak jalan-jalan cuti2 Malaysia ke?
Sasa,
ala dalam kontrol cool pun nangis jugak kan... apa salahnya bukan nangis untuk orang lain pun, untuk ibubapa jugak
salam kembali Iman,
hajat Intan sebenarnya.. sykur berjalan lancar walau dalam tergesa2
Mualaikumsalam Akak Erna,
memang begitu lah katanya, malah dalam telepon pun selalu ucap begitu
pertama kali berjauhan
Sal,
terima kasih
saya selalu akses guna firefox still tak boleh masuk tak tau apa problemnya
Ina,
tu lagi teruk, lagi tensen jadinya kan... akak cuma blog tak boleh akses saja yg lain2 okey
Ayu,
memang dia kata penat tapi seronok kepalang bila boleh balik ke rumah
syukur Ayu semuanya berjalan lancar walau dirancang last minit
seronok bukan main makan2 bersama keluarga tukar2 cerita...
Semoga bertambah2 lah rezeki bagi orang2 yang suka bersedekah..
Salam, ibuintan. Anak2 ni klu berjauhan memang rindukan emaknya.hehe.....
Syukurlah hajat kenduri dah kesampaian.....:)
Saya ni kalau anak2 ada dekat, bebel, bising tak habis2..bila berjauhan tu teringat pulak.berpisah dgn anak2 ni dah jadi satu kebiasaan dah tapi sepi hati ibu tetap ada.
tu la semlm pueh bkk blog ibuintan..
tak kuer2 gak n3 baru..yg kuar n3 'misi' tu..kek bloglist kaklong dah kuar n3 baru..heran gak....
2 minggu buleh ar melopeh an rindu....memang seronok kan,dapek bertontang mato!
S.U,
memang gembira sungguh, tapi penat juga nak memenuhi permintaan selera mereka
Cikgu Mohd,
mudah-mudahan rezeki Allah sentiasa mengalir masuk, dapat juga berkongsi dengan oran lain
myfrin,
tak biasa berrenggang, ibunya pun sama gak...sama2 merindu lah
Hani,
adatlah kita membebel selalu dengan anak2, menegur mana yg patut .. memang dah sepatutnya begitu, sambil membebel sambil memberi pengajaran
kaklong,
ontahlah dah macam2 problemlah blog skarang ni... takut2 sok-sok terus ilang, kok ilang sayang pulak kan
duo minggu ni sibuk hea pun somacam jo lah, sibuk ko dapur yo
tak bolari2 sambil mendopangkan tangan macam citer hindustan?hehe...
samo2 lah rindu terlorai yo.
lamo tu dapur tak borasap. konyang makan lauk kenduri..
Salam ibuintan.
Seronoklah anak2 semua ada di rumah dua minggu ni.
Kalau cuti sekolah biasalah penuh dgn jemputan kahwin. Sabtu dan Ahad depan ni ada berderet2 jemputan. Mungkin kami tak dapat hadir semuanya. Yg tak dapat pergi tu kami kirim ajelah kpd saudara mara yg pergi.
alhamdulillah..selamat kepergian ibu pergi dan pulang dari mersing ke..penat hilang menatap wajah anak kesayangan ibu kan
wah seronok la ye anak2 ada bersama di rumah..mesti riuh rendah kan! amy juga sunyi dan sepi je..
assalam..
xde yg lebih srono selain dpt balik bersama keluarga kan kan.. wahh mesti kene peluk gak ni kan kan :D
kakpah,
tak sompek, berenti je kereta dia dah tersembul dopan mato... sompek poluk cium yo
tak lah... bukan hari2 pun konduri..ujung minggu yo
YB,
meriah lah sikit rumah time cuti2 ni.. seronok lah
betul lah YB, hujung minggu ni berderet dah jemputan .. tak taulah, nampaknya kena pilih mana yang betul2 tepat/rapat saja lah nanti
Syukur sangat shah..
semuanya berjalan lancar walau penat namun berbaloi
Amy,
janganlah sedih camtu, insyaallah moga Allah akan memberi juga Amy rezeki suatu hari nanti
sabarlah dik... moga doa mu akan dimakbulkanNya juga
Diana,
jiran terdekat dan adik beradik saja.. masak bergotong royong bersama2
mualaikumsalam Maiyah,
hahaha.. peluk cium komfom lah, memang tak dinafikan tu... adatlah kan bila berjauhan dengan anak2 ni
rindu dan risau beriringan selalunya
Hilang penat menatap wajah anakkan...?
alhamdulilah...dah selamat..syukran
moga dimurahkan rezki tuan umah,panjang umur...boleh wat kenduri lagi..ameen
salam..
musim cuti...mesti ramai kenduri kawin...memang kenyang makan nasi minyak..
Catat Ulasan