Followers

Isnin, 9 Mei 2011

Sawah dan kenangannya.

                                                                       
                                                         Apa guna menuai padi,
                                                     Tiba masa bertumbuh lalang,
                                                         Apa guna menabur budi,
                                                       Jika bakti tiada dikenang.



 Gambar sawah padi di hadapan rumah  ini di ambil dibawah terik matahari ketika balik dari kerja.  Hanya deruman mesin pemotong padi yang kedengaran.  Lama berdiri menghadap ke sawah,  sehari dua ni akan habislah semua padi-padi ini dituai.  Warna kekuningan padi yang terhampar akan lenyap dari pandangan mata, yang tinggal hanya jerami padi yang akan di bakar pula bila tiba masanya.

Tiada lagi kemeriahan musim menuai.  Tiada lagi kedengaran  pantang larang untuk menjaga semangat padi.  Tidak juga lagi kedengaran bunyi lesung  mengemping padi pada tiap malam.  Hilang juga bunyi sorak sorai menghalau burung-burung dijemuran padi.  Tidak terlihat juga  lagi orang-orangan tergantung di tengah sawah.

Terlalu rindu pada bau padi yang baru dibanting, rindu lagi bau nasi beras baru.  Rindu juga pada kenangan menangguk ikan sepat dan puyu yang banyak di musim menuai. Menimba parit yang hampir kering. Menyalai ikan keli yang boleh dijadikan stok untuk berbulan-bulan.  Nasi beras baru yang panas dengan berlaukkan ikan puyu dan sepat yang hanya dibakar dan dicecah air asam, terlalu membuka selera rasanya ketika itu.

Teringat juga pada kenangan bermain layang-layang di tengah sawah.  Bermain kejar-kejar dengan anak kerbau yang sedang menggatal.    Ahhh...Terlalu banyak yang telah hilang.  Terlalu indah untuk dikenang walau tika itu hidup penuh dengan kesusahan.  Bermain selut dan lumpur tidak menjadi alahan.

Kepuk padi juga telah lama tidak berisi malah tiada lagi rumah yang menyimpannya. Kalau dulu sebelum padi dimasukkan ke dalam kepuk, padi disukat dan dikira menggunakan gantang.. kalau cukup hisabnya akan dikeluarkan zakat. Selebihnya disimpan dan ada juga dijual.  Malah dengan hasil jualan padi yang dikumpul tahun demi tahun musim demi musim ini jugalah yang dapat menunaikan hajat mak dan abah ke tanah suci.  Juga menyekolahkan anak-anak.

Bila beras hampir habis dalam tempayan, padi dikepuk akan diambil sebuntil dua lalu dijemur. .  Padi dijemur seharian di bawah cahaya matahari terik. .. kemudian ditumbuk atau dihantar ke kilang pengisar padi.  Bila ditanak... sungguh wangi aroma nasi beras baru. Nasi juga lambat basinya.

Rasanya telah tiga dekad ianya berlalu dan kini ianya telah menjadi sejarah dan tinggal hanya sebagai kenangan yang sesekali diceritakan pada anak-anak.  Tiada lagi orang kampung yang mengusahakan sawah-sawah ini.  Semuanya telah diswastakan.  Tuan tanah hanya mendapat hasil yang hanya cukup untuk membeli beberapa kampit beras biasa.






43 ulasan:

Unknown berkata...[Reply]

selamat malam ibu intan..

wah...... hebatnya entry nie..
ayu tak pernah bau sawah padi,
tapi bila ibu intan syer pengalaman kamu dizaman kanak2mu..

terasa ayu seperti dilahirkan disana,,
seronok


ibuintan: sedihnya bila dapat tau, zaman kita ramai yang tak kerjakan sawah lagi, semestinya anak2 mereka mencari rezeki di bandar...
alahai..

IMANSHAH berkata...[Reply]

saya juga dibesarkan di sawah padi dan ladang tembakau

ibuintan berkata...[Reply]

slamat malam Ayu..

memang membesar dalam suasana kampong dengan pekerjaan utama ibu bapa masa tu ialah bersawah padi dan menoreh getah

memang seronok namun terpaksa berjemur ditengah panas... hitam terbakar kulit jadinya

rasanya emak abah masih membuat sawah sehingga ibuintan di tingkatan dua

sekarang tiada lagi anak muda yg sanggup mengerjakannya, masing2 ada kerjaya sendiri

ibuintan berkata...[Reply]

Iman..

kenangan dalam kesusahan kan... namun tetap terpahat dalam ingatan

Siti Nurhayati Dollah berkata...[Reply]

SubhanaAllah, cantiknya :)Rasa damai dan tenang.

*tak berkesempatan melawat sawah, ada masa nanti nak merasai juga

atuk berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibuintan

tak pernah merasai kehidupan bersawah ni

Wassalam

Asri Alam berkata...[Reply]

sedihnya entri ibu. selalu dengar ibu sasa cerita pasal hidup dia zaman kanak2. spt entri ibuintan ni jgk

hentian berkata...[Reply]

Apa guna menuai padi,
Tiba masa bertumbuh lalang,

Engkau rindu dengan padi,

Aku merindukan bijih dan amang.

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

Ibu kat sana memang banyak sawah tinggalkan. Masa makcik duk gadong, sawah tinggal tu makcik tanam ngan kacang panjang dan jagung. ayat kat atas tu dah kena , sapa yang kena makcik tak tahu, mesti ibu tujukan kat seseorang.

ibundo berkata...[Reply]

sawah omak kakpah kek juasseh nun dah jadi belukar. Orang dah tak buek sawah lagi dah. Boreh sokarang ni boli yang bokampit yo.

Cito ibu intan ni mengimbau balik zaman kakpah maso kocik dulu. Samo lah macam tu kalau tibo musim ko sawah. ikut bolakang bajak nangkap ikan puyu, ikan haruan etc..
bolari ateh pomatang sawah..
buek serunai dari batang padi..
nangkap pepatung..
nangkap bolalang..
ngoja burung..
numbuk padi mudo buek omping..

anak-anak sokarang ni dah tak tau dah itu semuo. bilo kito cito, masing2 telopong..

azwandengkil berkata...[Reply]

Teringat zaman kanak-kanak. Diwaktu malam nak membuang 'hajat' akan dilepaskan ditengah bendang yg luas terbentang yang terletak bersebelahan rumah nenek. Best woo.. Open air. Huhu.

kak long berkata...[Reply]

teringat kekocik maghrin.....
sebaik sompek nolong,uwan numbuk padi,guno losong kaki tu..berobut mo sepupu nak naik bondo alah tu....
sekarang tah mano la poie ea natang tu..nak tunjuk kek anak2 pun tak sompek!
nak makan omping pun tak payah nak beboli...!

nurkass berkata...[Reply]

sedihkan bila semua tu menjadi kenangan..tenangnye bila tgk sawah padi..
bila blk kg lalu kat sri menanti nampak sawah padi kat situ..nyaman jek..

azlina 2 berkata...[Reply]

ASMLKM KAK NAH...

MESTI INDAH DAN MENDAMAIKAN DAPAT BERUMAH DI TEPI SAWAH...
jangan ketawa dulu masa anak dara konon2 berangan kalau khawin nk cari pasangan org kg yg rmhnya tepi sawah...sbb bosan membesar di bandar akhirnya dpt juga org kg tapi berumah di tepi kebun nenas...x pa janji rasa suasana kampung nan indah..

ahmad humairi berkata...[Reply]

Rindunpada zaman bebudak...

Bukan padi sebarang padi,
Padi ditabur menjadi lalang;
Nostalgia sekeping hati,
Hati rindu teramat walang..

kakngah berkata...[Reply]

beras sekarang pun banyak yg diimport..

Azian Elias berkata...[Reply]

Saya sefamily suka sangat sawah. kalau bercuti, nak cari tempat yg ada sawah padi.. nyaman je rasanya..

tpt luar saya suka ke Bali.
kalau dalam msia saya suka ke Sawah Sempadan.

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu...

saya kalau nak tgk sawah kne lik uma mertua kat kedah..saujana mata memandang..kat kuala pilah mmg ada sawah tapi dah semakin menyempit kan :-)

Dr K berkata...[Reply]

Kampung wan saya di Rembau pun ada sawah..tapi dah lama tak diusahakan..tumbuh lalang aja...sejak saya kecik lagi rasanya dah tak diusahakan, sebab tak pernah nampak sawah tu berair.

Zaitun berkata...[Reply]

Sayu baca n3 ni,mengingatkan kak Zai pada kampung yang telah lama ditinggalkan.Sawah dikampung kak Zai juga macam yang ibuintan perkatakan telah diswastakan dan dapatlah orang kampung sedikit imbuhan.

Kak Amy berkata...[Reply]

Amy suka sangat lihat pemandangan sawah bendang nie . Dari kecik lagi amy teringin sangat nak pergi rumah orang yang dekat dengan sawah bendang tapi untill now hajat masih tidak kesampaian..huhuhu~

ibuintan berkata...[Reply]

Siti...

nak ke sawah tak takut lumpur, lintah dan pacak ke?

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam Atuk,

kehidupan bersawah.. penuh kesusahan dan kepayahan... namun banyak juga keseronokkan


dah lama juga ditinggalkan

ibuintan berkata...[Reply]

kakpah...

kek Joseh ada jugak sawah yg diswastakan.. kan termasuk sawah pusaka sey di Kg kuala Kepis

memang terlalu banyak kenangannya, anak2 kalau diceritakan pun mereka tak terbayangkan keseronokkannya sebab mereka tak melihat dan mengalaminya... rindu pada suasana itu

ibuintan berkata...[Reply]

Sasa...hidup kami zaman kanak2 penuh kesusahan, dalam bersekolah terpaksa juga ke sawah, menolong mana yg patut

ibu merasainya hingga tingkatan dua

ibuintan berkata...[Reply]

IM..kita sama2 mengenang zaman kanak2, zaman yg tiada masalah lain dipikiran kita

ibuintan berkata...[Reply]

makcik ina... ada ke yg terasa agaknya dengan pantun tu?

sekarang masih ada juga sawah yg masih diusahakan tapi diswastakan,..

ibuintan berkata...[Reply]

azwan... hahaha takde pengalaman di gigit lintah ke?

dapat baja aslilah padi2 di sawah tu ye!

ibuintan berkata...[Reply]

kaklong... mano nak jumpo lae losung2 ni

emping yg diboli pun tak ghaso omping kan.. tak bebau wangi langsung, kalau nak lopeh hajat buleh la..

ibuintan berkata...[Reply]

nurkass..

skarang dah musim menuai, kalau lalu nanti dah takde padi nye, tunggu musim akan datang pula

ibuintan berkata...[Reply]

Ina...hahaha angan2 ye!

takpe lah tak dapat yg berumah di tepi sawah, dpat di tepi kebun nanas pun okey gak ...kan, ada juga suasana kampung nya

ibuintan berkata...[Reply]

Cikgu Hmairi,

sayu dan sedih je nengok padi di sawah tu, cepat je gondolnya di mamah mesin besar tu

Bukan padi sebarang padi,
Padi ditabur menjadi lalang;
Itu sekadar memujuk hati
Hati yang rindu lagi terbayang-bayang.

ibuintan berkata...[Reply]

kakngah... diimpot, mahal namun tak tahan lama nasinya... cepat basah dan basi

ibuintan berkata...[Reply]

Yan,

tak sangka suka juga aroma sawah dan padi ye..

suka sekali bila batang2 padi ditiup angin, mendamaikan rasanya

ibuintan berkata...[Reply]

Mualaikumsalam Shah,

Kedah lagi best kan, luas dan lagi cantik

Kat Kuala Pilah sawahnya makin menyempit sebab air makin kurang, banyak sawah yg dah kering

sawah yg dah kering di tanam dengan pokok betik dan pisang

ibuintan berkata...[Reply]

doc DZ,

banyak sawah yg terbiar sebab masalah air.. air sungai makin kering, sungai pun dah jadi macam anak air saja

ibuintan berkata...[Reply]

kakzai,

memang diswastakan, diusahakan oleh orang Tg Karang.. dapat sedikit sewa

ibuintan berkata...[Reply]

Amy,

ala siannya... kat kampung ibu ni sawahnya taklah luas, hanya seekar dua saja untuk setiap tuan tanah

kalau nak tengok dengan puasnya, rasanya Perak dan Kedah lah tempatnya

sal berkata...[Reply]

Aduhai..
tiba2 rasa tenang dan damai melihat foto pemandangan menghijau dlm n3 ibuintan..

sedapnya beras baru drp sawah sendiri yee...

wanita mutalib berkata...[Reply]

salam singgah ibuintan.. :)

ita tak pernah merasa duk kampung yang ada sawah padi.. teringin nak pi.. makan beras baru dari sawah.. teringinnya hee..

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Saya teringin sangat nak tengok padi menguning.


Paya (panggilan orang kampung abg) di belakang rumah abg di kampung pun dah kering. Kat sana sibuk usahakan pokok getah aje.

sud@is berkata...[Reply]

nostalgia yang telah hilang, kenangan yang hanya tinggal dibayangan, jelapang padi, tong padi semua akan diflash back sekali sekala bila kerinduan.....syahdu moment itu

shameel Iskandar berkata...[Reply]

Salam kunjungan ibu intan.

Paling kita kesali urbanisasi dan modenisasi telah menukar kawasan sawah menjadi taman perumahan.