Syukur, bangun pagi tadi mata rasa segar dan tidak lagi pedih dan merah macam pagi semalam. Terasa segar semula Semalam menggunakan ubat titis dari klinik. Malam tadi pula sebelum tidur saya ikut nasihat Ustaz Razak.
Pakai celak pemberian seorang saudara yang dibelinya ketika mengerjakan haji . Sebab tidak pernah pakai, rasa jakun pula, semumeh di tepi mata, rasa pedih sedikit tapi lama kelamaan rasa okey pula. Arwah mak dulu suka sangat pakai celak ni, setiap kali selepas mandi pagi mesti pakai, walau calit sikit saja.. untuk bersihkan mata katanya.
Ini saja yang tinggal. Semasa mak masih ada dulu, mak ada beberapa koleksi bekas celak ni, kalau tak silap ada yang besar juga. Tapi sayang koleksi bekas celak mak entah menghilang ke mana, atau mungkin tersimpan di dalam stor belakang rumah. Semuanya kerana operasi menyimpan dan mengemas semasa meruntuhkan rumah lama dulu.
Nak memujuk abahintan mengeledah semula stor mencari khazanah lama mungkin juga sukar. Terlalu banyak barang dalam kotak dan beg sampah hitam yang belum dibuka. Tu lah kesilapan utama masa mengemas barang-barang dulu, tidak di tulis pada kotak isi perut dalamnya. Main sumbat dan masuk saja.
Banglo kecil di belakang rumah. Dijadikan stor menyimpan khazanah barang-barang terutama barang-barang dari rumah lama yang telah dirobohkan. Stor ini asalnya ialah rumah kepok padi, iaitu tempat simpanan padi, dan mungkin usia rumah kecil bertiang empat ini telah menjangkau lebih setengah abad. Masih elok dan kukuh dan tidak dimakan anai-anai.
Saja tidak diruntuhkan dan dibiarkan sebagai kenangan ianya pernah menjadi tempat simpanan harta .... padi. Walau kecil dan kini semakin buruk namun banyak jasanya. Hasil buatan tangan arwah abah. Ada dalam perancangan untuk dinaiktarafkan.... cat dengan kaler yang ekstrim, garang ......okey jugak kan!
Walau ada yang baru, yang lama juga tetap dihargai.
44 ulasan:
Salam,
Mak IM pun masih ada simpan. Bebaru ni balik ziarah dia, IM perasan ada dalam almarinya.
Antik tu. Jangan tidak dihargai.
tak ada yang lama, tak ada yang baru.
lama tk jumpa bekas celak mcmtu..dulu2 kalau org pegi Mekah wajib bawa..skrg tkde dah nampaknya..
kak..
teringat kekocik maghrin.....ghroma main dalam kopuk padi arwah atuk...
skrg mano ado lie kopuk tu...
Eh.....ibu intan ada muzium laa...selain dari celak tu...apa lagi yang ada??
baluh padi...kepok padi...dulu dibuat dari buluh.....atap nipah...
seronok ada muzium sendiri.......nak buat jugalah.......
Im.. dah masuk antik ke tu?
tu lah rasanya nak geledah kepuk belakang tu nak cari lagi koleksi yang lain
buat hiasan cantik letak dalam almari juga
cikguden,
betul tu, tapi yg lama dah buruk orang dah tak suka
kaklong,
jaman ni mano ado lae rumah kopuk ni, kopuk padi lae la takdo
ni pun tinggal rumah kopuk saja kopuk padinya dah dibuang, kopuk nya dulu bulat kalau tak silap
ida... hanya tu saja satu yg jumpa, yg lain masih tersembunyi
orang sekarang balik Mekah bawak jubah dan tudung pula sebagai cenderahati selain kurma dan air zam2
hahaha Zul..muzium ke?
boleh buat lawatan tu, memang sah dah boleh buat muzium kan, dah buruk dan lama tapi ada sentimental value nya tu... bak kato kaklong masa kekecik suka main dalamnya, keluar je miang seluruh badan
Assalamualaikum...
Alhamdulillah dah baik matanya...sebenarnya perbuatan bercelak sebelum tidur ada sunnah Rasulullah s.a.w.
Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Hendaklah kalian bercelak dengan menggunakan batu celak (al-itsmid), ketika hendak tidur, sebab celak dapat memperjelas penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).”
dah lame x tengok celak nie , kalau dulu emmang sellau amy tempek kat mata nie tapi skrg memang payah nak jumpa dah...
Assalamualaikum Ibuintan..
Bila tgk gmbar celak tu..tringat zaman budak2 dulu..sllu curi2 pakai celak kpunyaan nenek..Hajat di hati nak simpan satu tapi dah tak ada...
Mmng betul tu...yg lama tetap diingati dan dihargai..
assalamuallaikum,
demi setiap yang baru....kan menjadi lama.
sekom.
terkenang celak dari mekah tu.dulu penh memiliki celak dari pemberian arwah waklik kat mak.tp tak tahu kemana celak tu skrg.
bagus3...ibuintan msh menghargai barg lama walaupun dah ada yg baru.
tetiba rasa sayu
sbb arwah atuk ada rumah kecik gitu, buat simpan padi
sayangnya sbb pembangunan besarkan jalan, tinggal tapak tanah pusaka je sekarng.
Kalu tak silap, rasanya Akak pernah sebut pasal masih ada kepuk simpan padi masa komen di blog saya. Memang unik sekali kepok tu. Saya pun suka barangan lama macam tu.
Bekas celak lama tu memang dibuat dari tembaga. Susah nak dapat lagi dah sekarang ni. MAK saya pun ada dulu, selalu refill dengan serbuk celak dari Mekah. Tapi sekarang pun ntah di mana... Sayang betul, tak jumpa lagi.
Assalmaualaikum IbuIntan:)
Lama tak tengok bekas celak mata tuu..teringat dulu2 suka jugak try guna yang makbonda punya!!
hehe...tapi sekarang..bekas tu hilang ntah ke mana laa..;)
alhamdulilah kak ...dah beransur sihat...
di sini semua yang kena sakit mata kanak2 bwh 12 thn...aiman kena seminggu juga baru baik..
Sallam Ibuintan,
Alhamdulillah, dulu arwah mak saya pun kata macam itu, pakailah celak selalu supaya mata cerah.
Mualaikumsalam Ustaz,
terima kasih atas nasihat ustaz semalam
saya rasa nak amalkan juga memakai celak ni terutama sebelum tidur
Diana,... akak pun tak pernah pakai walau ada dalam simpanan
memula pakai malam tadi comot juga, kalau celak omputih tu senang je kan..
assalamualaikum..
ibu intan.. uniknya barang2 antik
ayu tak pernah simpan..
maklumlah atuk dan nenek meninggal usia mereka 50 an..
tak ada yang hidup lama.
amy...
sekarang orang balik dari Mekah dah takde yg bawa celak ni rasanya, mereka beli benda lain pula... yang lebih moden
MP,
wah.. kalau camtu saya kena cari yg lain2 tu ni, buat koleksi.. rata2 semua dah lama tak nengok
kira dah jadi barang antik kan
Mualaikumsalam Cikgu AH,
selamat hari guru...
betul tu.. yang lama asalnya dari baru juga, ada benda lagi lama lagi tinggi nilainya
Anie,
rasanya zaman atuk uwan kita dulu, celak ni barang wajib beli kalau ke Mekah kan... setiap yang balik dari sana mesti membawanya balik selain inai kan..
Sya,
demi pembangunan memang banyak yg perlu dikorbankan.. untuk kesenangan dan kemudahan kita juga
Azie,
pun ilang juga, kiranya akak bertuah masih ada bekas ni dalam simpanan
kepuk padi tu dah tiada, cuma rumahnya saja yg tinggal, tak tahu dah hanta ke mana..
Mualaikumsalam Tinie,
rasanya sekarang ni masih ada tak jual bekas celak ni, akak dulu tak pernah guna walau selalu tengok mak pakai
antara sunah Rasulullah s.a.w yg tidak akak amalkan... rugikan, simpan saja
Ina dah sihat dah..syukur
lama juga tu Aiman kena, akak nasib baik tak melarat
Mualaikumsalam LL,
rasanya kalau saya amalkan dari dulu mungkin saya belum pakai spek ..kan
mak2 kita dulu memang suka pakai sebab dah tahu kebaikannya tapi kita kini pakai yg omputih punya..stail pensel je
Salam, ibuintan. Kepok padi penting untuk menyimpan padi. Mak kak pun ada membuatnya di kampung. Kelihatan comel kan, rumah kecik....:)
Ayu,
kategori antik ke tu?
wah.. makin semangat akak nak cari yg selebihnya, kena geledah jugak rumah kecik selepas ni.. harp2 jumpa lagi yg lain tu
Myfrins,
salam kembali... rumah kecik bertiang empat memang comel tapi khas untuk padi dulu tu.. skarang dah jadi stor... sayang pulak nak dirobohkan
nmpk mcm barang antik, pertama kali nmpk bekas celak.
stor tu kalo cat mesti cantik. cat warna cerah spt rumah orang kenit dlm wayang tu
Selamat hari guru ibu intan. celak tu kenangan manis, dulu kat asrama selalu pakai celak dari mekah tu. banglo kecik tu cik ina suka sangat.
kita ada 2 tau kak. tp bukan dr tinggalan nenek. Kita beli kat antique..
assalamualaikum ibu...
terharu saya baca entri ini..ibu sangat menghargai barang yang lama..sukar untuk jumpe individu mcm ibu zaman skrg ni
As'salammualaikum ibu intan...
Selamat hari guru ibu serta seluruh guru2 di dunia ini.jasa mu tetap dikenang...
Selamat Hari Guru Ibuintan ...
Cadangan saya, cat rumah kepok dengan color striking merah belang hitam...ekekekkee
barang2 antik,,bagus kalau simpan..skng ni kalau nak beli kat kedai pon dah mahal
hurm dulu rumah nenek ada celak tu, skrg dah tak nampak
Selamat Hari Guru....
Catat Ulasan