Followers

Jumaat, 20 Mei 2011

Rezeki Harimau.

""Alkisah... .. Seorang lelaki Islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap-hendap di dalam semak, tiba-tiba dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua-dua kakinya patah.

HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut,"Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang Jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..

Ampunilah aku ya Allah ...makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang memburu aku, HARIMAU yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn.."

Tiba-tiba guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba-tiba terhenti betul-betul di hadapan lelaki tadi.

Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun.

Sambil menadah kedua-dua kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin! "









 Walaupun lawak namun ada mesej dalamnya ..kan.  


///Perkongsian dari fb ensaiklopedia melayu.




42 ulasan:

Kaktiny berkata...[Reply]

Assalamualaikum IbuIntan..

hihihihi... mmg 'tajam taring' lawak rimau beriman ni kan.. hahaha...


(ooo... tang rimau, dia pandai plak mintak pd Allah supaya harimau tu beriman kak Ibu kan kan kan... tang diri sendiri tu.. hancuuuuussss!!!... kuikuikui)..

baik la dia kena makan dek rimau tu, tidak2 pon, sempat dia mengucap kalimah "LAAILLAHAILLALLAH"!.. hahahahaha... (untung2 dpt masuk syurga sebab insaf dan sempat mengucap!.. kehkehkeh).

Wanita Bertudung Hijau berkata...[Reply]

hahaha

wpun dah penah baca tp tetap ketawa membacanya semula

moral of the story, jgn ponteng solat :-) sbb balasan Allah skrg diberikan secara cash

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

hahahaha...
gelak sampai berair mata ni kak..




mengucap pun dia tak sempat.

Acik Erna berkata...[Reply]

assalam ibuintan..memang ada pengajarannya..meningatkan sambil buat cerita lucu..

zeta belweil berkata...[Reply]

hehe lawak la...penat den bace smpi habis...(dengan serius lak 2) ...tp ap2 pun...ad pengajaran kat citu :)

Zeta’s Collection

Unknown berkata...[Reply]

hahhahaha..
ayu dah pernah baca.. tapi moral lawak nie mmg penuh oooo...

ibuintan,,, thanks syer yer ttg hariman beriman nie..
hahahah...
(hilang penat ayu memasak hari ini)

al-lavendari berkata...[Reply]

joki rimau.

nasib baik rimau tu tak baco "Allahumalakasumtu ..."

Saya tersenyum sorang2 membaca entri ini !

Kak Amy berkata...[Reply]

hahahaha ending dia yang x tahannya , tapi lawaknya ada pengajaran.

azieazah berkata...[Reply]

Hahahahaha!

Moral of the Harimau, bukan saja jangan ponteng solat, tapi juga jangan lupa baca doa makan sebelum makan!

hikhikhikhik!

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

Ibu intan, cik ina ingat ibu masak lauk sedap atau ada orang bagi lauk sedap.peribahasa tu .rasakan dia nak sangat cari rezeki sampai lalai perintah Allah SWT. Jadi pengajaran pada semua termasuk cik Ina. Insaf jap

Nuwairani berkata...[Reply]

tersenyum2 sy baca cerita ni.punya la serius duk baca...sekali boleh pulak harimau baca doa..

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Assalamualaikum ibuintan,

Seronoklah harimau beriman rezeki dah depan mata. Manusia pulak yg kurang iman nasiblah....

anie,Nagoya berkata...[Reply]

1 mesej yg mendalam.moga kita ni lagi lemah n lagi le selalu lalai tidak terus hanyut dgn kelekaan dunia.amin....

azlina 2 berkata...[Reply]

he..he... kak ingat dapat rezeki masuk dari kiri dan kanan...
ghupanya mmg btul2 rezeki nghimau...

anie,Nagoya berkata...[Reply]

ibuintan dah jumpa bhan2 all spice.
(powder; kayu manis, cengkeh, buah pala (nutmeg)bancuh semua).kalo nak rasa pedas leh le letak cili powder.atau ikut le selera ibuintan.mana tahu lagi sedap.

sud@is berkata...[Reply]

kedua2 beriman akhirnya...selamt kenyang harimau.haummmmm

kak long berkata...[Reply]

alahmdulilah hillazi ata'mana wasakona wajal'ana minalmuslimin...amin....!
kehkehkehkeh!!!

ibuintan berkata...[Reply]

kaktiny,

mualaikumsalam.... hahaha memang tajam sungguh , lagi berselera harimau tu sebab dah baca doa

makbul doanya ..kan

ibuintan berkata...[Reply]

WBH,

lawak dalam iktibar...

solat tiang ugama, tiada alasan tinggal solat

ibuintan berkata...[Reply]

REEN,

entahlah.. mungkin sempat mengucap kalau lidahnya belum kelu

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam KakErna,

terpikat dengan moral of the storynya

ibuintan berkata...[Reply]

zeta,

welcome... tq

ambik ikhtibar sambil berhibur

ibuintan berkata...[Reply]

AYU,

hepi.. yg penting Ayu seronok dan rasa relak lepas penat di kedai

ibuintan berkata...[Reply]

PakNgah,

osah joki rimau he..

harimau tu tak puasa jadi dia baca doa makan saja lah

ibuintan berkata...[Reply]

AMY,


best endingnya kan... untuk harimau lah, untuk orang tu... sad ending

ibuintan berkata...[Reply]

Azie,

lepas makan, agak2 harimau tu sebut tak..... Alhamdulillah.. rezeki

ibuintan berkata...[Reply]

makcik Ina...

jangan insap kojap yo...

memang rezeki rimau betul hari tu

ibuintan berkata...[Reply]

nuwairani,

hahaha... dah dia doakan harimau tu biar beriman, Allah pulak makbulkan doanya

moralnya juga Allah selalu mendengar doa umat2Nya

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam KakZakie,

hahaha... orang tu silap minta doa, tak sangka doanya makbul masa tu jugak

ibuintan berkata...[Reply]

Anie,

solat tanggungjawab utama kita sebagai umatnya, memang kita manusia yg sering lupa dan lalai selalu lupa untuk berterima kasih kepadaNya

moga kita saling ingat mengingatkan

ibuintan berkata...[Reply]

INA,

ni memang rezeki rimau, kenyang seminggu ni

ibuintan berkata...[Reply]

ANIE,

tq.. for the info, insyaallah akan dicuba try... ikut selera sendiri kan buleh bubuh dan tambah apa yg patutlahklah kan

ibuintan berkata...[Reply]

S.U.><

syukur... harapnya begitulah, yg pasti harimau tu kenyangnya lama dan berkat.. sebab baca doa

ibuintan berkata...[Reply]

KAKLONG,

syukur...aminnnnn

kasihibu berkata...[Reply]

hehehehe...
konyang!!!!

Kak Imun berkata...[Reply]

Salam, ibuintan. Maksud 'beriman' tu, agak2nya rimau tak makan org la kan. Sekali rimau tu siap sopan santun baca doa makan lagi, hihi....:D

Tanpa Nama berkata...[Reply]

baiknya rimau tue. huhu

ahmad humairi berkata...[Reply]

Burppp!
Alhamdulillah!
Harimau memanjatkan kesyukurannya pada Allah dek kerana imannya..

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu..

kalau sy, saya baca doa naik kenderaan..pas tue naik belakang rimau tue huhuhhhh

sal berkata...[Reply]

yg tersurat dan tersirat..

ada pengajaran di sebalik cerita..

Unknown berkata...[Reply]

selamat malam ibu intan...

suka dgn cara ibu yang rajin ke blog ayu dan kawan2...

tapi, rindu dgn entry ibu intan....
ibu., syer lah entry baru ya

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Menarik...penuh mesej.