Followers

Jumaat, 6 Mei 2011

PETUA MENGASIHI SUAMI

Selepas solat sementara bersiap ke tempat kerja... sempat membuka fb.. apalah kau ibuintan patutnya buka dan baca Al-Quran .. ni tak pepagi buta buka fb.  Tak... tak mengumpat pun, saja buka sambil bersiap sambil jeling-jeling mana yang menarik luahan hati teman.


Jumpa yang ni... kan baik ni.  Khas ditujukan kepada semua isteri-isteri...... sama-sama kita mengamalkan mana yang patut untuk mengikat lagi kasih suami.. ... Renung-renungkan, selamat mengamalkan.



1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.



2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.



3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.



4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.



5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.



6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.



7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.



8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.



9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan, busuk pengotor,selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian.



10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".



11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.



12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.



13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.



14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.



15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.



16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati lelaki mudah berkata' inginkanseseorang yang dapat membantu', jangan la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat di baca apabila umurnya 40 an.



17.Selalu la memasak untuk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.



18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga. Kepada isteri, jika anda berlakukan demikian, teruskan la, kepada yang tidak melakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda. Sesungguhnya yg paling penting, hormat la suami anda, jangan sekali di caci.



Yg baik datangnya dari Allah s.w.t, yg buruk datangnya dari diri kita sendiri...ubahlah sebelum terlambat.


kredit; MY Baby Store




52 ulasan:

Wanita Bertudung Hijau berkata...[Reply]

nice sharing :-)

ibundo berkata...[Reply]

satu peringatan yang baik untuk para isteri.

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Insya-Allah selagi kita bernama isteri sama-sama jadikan panduan...

kak long berkata...[Reply]

kadang2 kita manusia ni alpa...
terima kasih kak..segalanya dikongsi bersama...insyallah!

atuk berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibuintan

Masyaallah...

Bahagia di dunia bahagia di akhirat
bersama di Syurga...

Wassalam

ahmad humairi berkata...[Reply]

Assalamualaikum,

Patutla keluarga ibu bahagia....

Granny Hani berkata...[Reply]

samaada suami atau isteri, menerima kekurangan pasangan dan mensyukuri kelebihan pasangan adalah asas dalam memupuk kasih sayang..

Kak Imun berkata...[Reply]

Salam, ibuintan.

Perkongkian yang sangat berguna dan menarik......:)

nurkass berkata...[Reply]

wahhhh..
tips yg bagus ni kak..
kass copy eh..hehe

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu...

trime kasih atas peringatan ini...semoga kita mengambil manfaat darinya...

Pn Kartini berkata...[Reply]

Assalamualaikum IbuIntan:)

....thanks utk pengkongsian petua keluarga bahagia nii..:)

Zaitun berkata...[Reply]

Terima kasih berkongsi tip semoga para isteri mengamalkannya.

iera berkata...[Reply]

Assalamualaikum kak..

Bagus sangat perkongsian ni..
tapi saya dan suami berjauhan..rezeki saya di shah alam dan rezeki suami di terengganu.kami jarang2 berjumpa.kalau berjumpa pun,salah seorang yang terpaksa travel akan keletihan sbb kami jumpa untuk 2 atau 3 hari je.susah nk layan suami dan memuaskan hati kedua belah pihak..

huhuhu..ada tips2 tak untuk pasangan yang berjauhan cam kami ni kak?

zul permatang badak berkata...[Reply]

pakat2 ambil tips tu...

sal berkata...[Reply]

amboi...hem hem hem...

'Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja' power ayat tu..i like..hehe

Kak Amy berkata...[Reply]

Thanks ibu satu perkongsian yang bagus sekali..

note: ibu minta sent nama , alamat dan no telifon di email nie amy_syaquena@yahoo.com. tq

sud@is berkata...[Reply]

n3 hebat ibuintan..byk membantu kaum2 hawa untuk menjadi lebih mithali dan berbakti

Asri Alam berkata...[Reply]

wah ibu, indahnya perkahwinan. lebih indah bila semua sempurna seperti dalam entri ini

Cikgu Nurin berkata...[Reply]

Peringatan yang baik, yang banyak dah saya ..lupa..terutama bab memasak tu..ujung minggu je...:(

anie,Nagoya berkata...[Reply]

semua petua tu kita amalkan.

cik cek berkata...[Reply]

Salam Ibuintan...

Salam kenal dari cek...dtg jenjalan kat sini di ptg hari...baca tips dari mula hingga akhirnya....cek renung2kan...memang bagus jika kita dapat melaksanakan sumenya...Insyaallah sentiasa cuba melakanakannya biarpun keadaan dah berbeza ...biar pun hati dah terluka....dugaan tuhan itu cukup hebat....

Ape2 pun timakasih ibuintan atas tips yang diberi ....

Unknown berkata...[Reply]

selamat malam ibu intan

walau ibu on FB pagi2 buta, sekurangnya ibu berkongsi sesuatu y berguna pada kami kaum ibu

terima kasih ibu intan

ibuintan berkata...[Reply]

WBH....

sama2 berkongsi hasil dapatan

ibuintan berkata...[Reply]

kakpah...

hahahah....khas untuk isteri supaya menjadi lebih dikasihi

ibuintan berkata...[Reply]

kakzakie..

begitulah kan.. demi rumahtangga kita juga

semoga kekal bahagia

ibuintan berkata...[Reply]

kaklong... saling berkongsi mana yang patut, ni pun hasil dapatan juga

mana yang baik elok juga dikongsi2kan

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam Atuk..

amin... mudah2an begitulah

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam Cikgu,

bahagia kena diusahakan juga, tak boleh menyerah pada takdir saja... kan cikgu

ibuintan berkata...[Reply]

Hani,

itu semestinya, kita tak sempurna... saling menerima dan melengkapi seeloknya

ibuintan berkata...[Reply]

as salam kembali Myfrin,

sama2 berkongsi... mana yg elok boleh diikuti

ibuintan berkata...[Reply]

nurkass..


silakan, kita berkongsi sama2

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam Shah,


betul ke bermanfaat untuk dipraktikkan?

tak salah mencuba kan!

ibuintan berkata...[Reply]

Mualaikumsalam Tinie,

sama2 berkongsi, semoga semua rumahtangga bahagia dan kekal selamanya

ibuintan berkata...[Reply]

kakzai,


mungkin lain orang lain cara untuk mencari bahagia kan, namun apa salah nya meniru yg baik

ibuintan berkata...[Reply]

Mualaikumsalam Iera,

memang dugaan bila berkeadaan begitu kan, jarak yang memisahkan

rasanya Iera kena mementingkan kualiti, beri yang terbaik disetiap pertemuan, gunakan masa dengan sebaiknya utk memupuk kasih sayang

lama lagi ke akan berkeadaan begini?

ibuintan berkata...[Reply]

Zul.... hahaha mestila...

beri isteri baca juga tau

ibuintan berkata...[Reply]

amboi...hem hem hem... Sal

tak salah kan, i like too

ibuintan berkata...[Reply]

Amy,

sama2 berkongsi

ok... nanti akak send...wow!

ibuintan berkata...[Reply]

S,U... sama2 memberi semangat kepada kaum hawa, biar suami terpesona..

hahaha kalau yg elok apa salahnya ...kan

ibuintan berkata...[Reply]

Sasa...

perkahwinan memng indah tambahan bila kita memprindahkannya lagi


jangan tunggu lama2, rugi tau lambat kahwin

ibuintan berkata...[Reply]

cikgu Nurin,

memasak air takkan hujung minggu je kan.. bancuhkah teh dan sediakan minuman juga pasti membuatkan suami senyum girang

yang penting setiap hari suami mesti merasa air tangan isteri

ibuintan berkata...[Reply]

anie.

yes... patut cuba dan amalkan, demi suami kita juga kan

ibuintan berkata...[Reply]

cik cek,

dalam bunyinya... tak salah cuba membetulkan mana yang terkurang dan tercuit

harap bertemu sinar semula

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..terima kasih.
izinkan akak panjangkan kepada kawan2 lain ye..

ibuintan berkata...[Reply]

kakerna,,

silakan... kita berkongsi demi sebuah kebahgiaan

ibuintan berkata...[Reply]

Ayu,

taklah pagi benar tu...

sekadar berkongsi ilmu dapatan

Tanpa Nama berkata...[Reply]

ibuintan, salam
pasal bab makan airtangan tu takde dah jalan sbb kalau lelaki yg jalang dan kaki ppuan dan kaki kuat makan luar, sama aja..
saya dah tengok pada ibu, pada kawan .. isteri semasa dirantau hanya menjaga anak anak, dan tukang masak.. hari nak makan apa esp bulan puasa.. isteri akan buat, malah isteri berhenti kerja utk ikut suami oversea posting. di pejaabat laki masih layan gf dan menyambung kasih jarak jauh ..
kemudian dia suruh isteri kawin lain sbb dia nak kawin dgn si saripah ni. lepas tu isteri terpaksa sign borang kawin. dia balik 3 minggu cuti kawin bersanding, isteri disuruhpergi bawa anak 5 org berderet cuti di caravan..
dia balik macam org muda dah dapat lubang baru.. balik msia, dia duduk spore dgn bini baru, jarang 2 balik kl alasan takleh amik cuti panjang.. majikan pun galakan juga.. apa cerita.. part air tgn ni, tak jln la... kalau nafsu bawah tu tak depunya ..dah lihat dah...ibu, kawan ni.. beriya iya mencuba dan memperbaiki skills mereka... tak dihargai..susah..

ummiiza berkata...[Reply]

Terima kasih di atas info yang amat berguna..saya minta kebenaran untuk memasukkan info ni ke dlm blog saya..

iera berkata...[Reply]

ye ibu,mgkin lagi 5 tahun..sehingga keje suami di terengganu tamat.

ibuintan berkata...[Reply]

Tanpa nama,

berat penangungan batin si isteri tu, tak berani pula ibu nak komen...

memang betul ada suami yg jenis tidak menghargai pengorbanan isteri, yang tidak nampak kebaikan isteri dan yang masih berhajatkan pucuk baru

walau apa yg dilakukan isteri tetap tidak dipandangnya dan diendahkannya

mohon ibu semoga isteri ini tabah dan redha, akan tiba suatu masa nanti suami ini akan menyesal juga

wallahuaklam

ibuintan berkata...[Reply]

umiiza,

silakan ,..apa salah lah kita berkongsi lagi dan lagi

ibuintan berkata...[Reply]

iera..

insyaallah 5 tahun tak lama... moga semua urusannya di sana dipermudahkanNya