Followers

Selasa, 24 Mei 2011

Mari Kita Mencuci Hati.

Mari kita berkongsi tentang petua mencuci hati yang diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.   Harap-harap tiada lagi hati yang kotor yang suka menyakitkan hati orang lain dalam sedar ataupun tidak, jauh dari sifat hasad dengki, cemburu  dan iri hati melihat kesenangan dan kegembiraan orang lain, sentiasa bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang kita dapati tanpa membandingkan dengan orang lain.


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.

1.  Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2.  Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3.  Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4.  Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.
Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)

14. Berkawan dengan ulama'.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)

kredit to- Artikel iluvislam.com



//Dah muak dan jelak dengan orang-orang yang berhati batu dan berhati kedu.... moga Allah mengampunkan dan membuka pintu hati mereka ini untuk berubah.









15 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Cantik N3 ini. Kakak suka dan akan jadikan panduan buat anak-anak kakak juga. Mahu mereke baca ini.

Terima kasih ibuintan.

Hati kalau dah karat sukar nak dibersihkan ibuintan.

sal berkata...[Reply]

terimakasih atas pesanan tuh ..
sejuk hati membacanya..

ummu berkata...[Reply]

assalamualaikum kak ibuintan
apa khabar kak? semoga akak sekeluarga sihat sejahtera.
hati itu kunci kebahagiaan.
terima aksih atas perkongsian ilmu oleh kak ibuintan ini.

Zaitun berkata...[Reply]

Terima kasih kongsi ilmu.

Perkara mudah tapi susah nak praktikan sebab tu ramai yang punya hati berkarat.

ibundo berkata...[Reply]

salam ibuintan,
orang yang ada phd ni ramai. Memang muak dan jelak tengok perangai jelek cam tu.

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Sangat betul semua itu ibuintan...

Azian Elias berkata...[Reply]

letih rasanya berpesan atau nasihat pada org yang tak suka mendengar dan tak suka berpandangan positive.

shameel Iskandar berkata...[Reply]

Salam ibu intan.
Terima kasih atas pesanan ini. Menyuci hati perlukan istiqamah dan keazaman yg tinggi. Hati yg suci juga mendekatkan lagi kita dgn Ilahi.

Acik Erna berkata...[Reply]

assalam ibu intan..semoga kita terhindar dari sifat2 yang burok..

Unknown berkata...[Reply]

IBU INTAN..
sebelum ayu lelapkan mata...
ayu singgah baca entry ini..
syukur dapat berkongsi sesuatu yang bagus..

kak.. terima kasih ya.. moga kita dan anak2 sentiasa dilindungi.. amin

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

ibu terima kasih berkongsi ilmu yang bermanafaat . semoga dapat jadi panduan cik ina da family.

anie,Nagoya berkata...[Reply]

panduan yg baik.uummmm....sifat nak memaafkan org tu dah jd keras.moga dgn panduan ni, insyAllah membuatkan kita lebih baik di sisiNya.

nuargto berkata...[Reply]

Sebuah info yang menarik.. Dan perlu dihayati dan sikongsikan kepada seluruh umat Islam..

Entri Terkini Di Blog Saya:
Bagaimana Untuk Mengundi Blog Pilihan Anda??
Tips Blogging: Semak kelajuan “Loading Page” Blog Anda

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu..

semoga individu yang ibu maksudkan itu membaca entri ibu ini..
trime kasih kerana mengingatkan kami disini :-)

Kak Amy berkata...[Reply]

terima kasih ibu intan kerana mengingatkan kami di sini.