Pemeriksaan mata ... sebelum misi buat, cikgu kelas awal-awal lagi dah buat.. rutin wajib guru kelas tahun satu setiap awal tahun mengisi buku rekod kesihatan murid serta menimbang berat dan tinggi murid untuk menentukan indek BMI setiap murid... murid itu obesiti ke, normal ke ataupun tidak normal... kurang zat lah tu.
Hahahaha....ni kenapa nyorok ni? "cikgu..... misi tu check 'nonee' saya'. Juga rutin wajib diperiksa untuk setiap murid lelaki tahun satu... oleh misi la.. cikgunya tak diberikuasa, nasib baik! Walaupun masih kecil tapi mereka tetap malu, mereka tetap main tarik-tarik seluar dengan misi... misi memeriksa untuk memastikan 'nonee' mereka sempurna dan sihat kot... saham besar tu.... ada juga kes yang mempunyai hanya sebiji ' telur' dalam kantung telurnya. (betul ke kantung ni)
Babak yang ditnggu-tunggu. Pelbagai gelagat dapat dilihat. Paling digeruni dan ramai yang pucat 'muka dituris' pun tak berdarah rasanya.
Antara yang perlu dipujuk dan akhirnya terpaksa 'dipaksa'.
Legaaaa dan boleh tersenyum riang serta berlagak pulak dengan murid kelas sebelah yang menyusul giliran selepas mereka.
Saya bercuti hari ini.
Doakan misi menjemput balik 'puteri kesayangan' yang amat dirindui dipermudahkan.
Selamat bercuti kepada semua para pelajar dan guru-guru.
49 ulasan:
assamualaikum..
ibu intan, selamatpagi jumaat
wah!!!!
hebatnya mereka, teringat ketika dahulu, kalau misi masuk sekolah boleh lari bawa meja...
ibu... terlerai sudah soalan tempohari..
PS: ayu doakan perjalanan misi ibuintan sekeluarga ke mersing dirahmati olehNYa.. selamat pergi dan pulang.......
dan....... SELAMAT BERCUTI ya
yang tua ni pun menyeringai bila kena cucuk kat lengan tu.Apa lagi budak kecik.
Selamat bercuti ibu intan. (psst..namo ibuintan ni sebona e apo)
Assalamualaikum ibuintan,
Dua misi yg hendak ditelusuri. Misi pertaman dah settle. Jadi assist. misi. Misi kedua petang ini moga dipermudahkan. Lama juga muka intan tak kelihatan di sini.....
Assalamualaikum,
Guru adalah segalanya.....boleh jadi apa sahaja. Begitulah 'hebat'nya guru ini....tak habis-habis dengan misi dan visi...haaaiiihhh...
semoga segalanya dipermudahkan untuk ibu intan.. =)
selamat bercuti ibuintan
sah sah menjemput si intan payung jugak tu(,")
Selamat memenuhi misi bercuti bersama famili, ibuintan. Geli hati pula membaca kisah pemantauan si buah nonee! Salam bahagia.
semoga perjalanan ibuintan sekeluarga dilindungi olehnya..
nanti singgah pantai mersing tak..mesti best pemandangan kat situ..jenuh nak cari tempat tenangkan jiwa ni..pantai jelah nampaknya..
assalamualaikum ibu..
semoga perjalanan misi menjemput puteri kesayangan dipermudahkan ya...
yea..yeaaa...
intan balik...kono la omak masak sesodap!
Kak Zai pun takut jarum.
Selamat pergi dan kembali dan selamat bercuti buat guru2 dan semua pelajar.
huhuhu....dah masuk tingkatan lepas kene cucuk menangis.sbb takut jarum.tp dr gmba2 yg ibuintan siarkan.muka masing2 ceria tak takut pun.huhuhu...bdk skrg kuat
hehehe..lawak lah pulak tgk gambar budak2 kena check nonee tu..saya rasa zaman saya sekolah dulu macam takde aja pemeriksaan ni...
anak anak murid Ibu BMI mereka OK tak? :)
Oh ya..selamat bercuti ya Ibu...best nya jadi cikgu kan...
assalamualaikum kak nah...
bebrbahagia jika anak-anak memperoleh guru seperti dirimu...
ini lah dia guru yang bukan sahaja tetapi mendidik modal insan...
dengan penuh keikhlasan..
semuga akk sentiasa berada dlm kasih dan syg allah selalu..
diorang semua hero2 yg cool. nmpk tenang ja semua.
selamat bercuti. nampaknya puteri intan dah nak balik bercuti kan ibu
assalam ibuintan..teringat dulu zaman sekolah..kalau dah tau misi nak datang cucuk..sembunyikan diri dalam toilet...
ingat boleh lepas..tapi kena cucuk jugak..he he..
terkonang jaman kena cucuk kocik2 dolu
Selamat bercuti Ibu Intan.. Saya pun akan berjalan ke Kuala Kangsar minggu depan.
Assalamualaikum my dear IbuIntan:)
Selamat Bercuti yaa kak..:)
p/s: seronok tgk gelagat budak2 yang cute lam gambar...
cikgu dan misi - dua-dua tugasan ini memerlukan skil serta kesabaran yang tinggi.
cuma suara je - cikgu, suara kena tinggi. misi, suara kena rendah...
Assalamualaikum cikgu...
Selamat bercuti..:)
Selamatkan cuti cikgu..hehe
hahhaha
lawak tol....
macew kecik2 dlu xde pom misi chek kantong2 ni... huhuhuh
Ibu Intan tengah bercuti ni.best plak jadi cikgu. alah yang best time cuti je, lepas tu kena berperang balik. selamat bercuti, nak ambik puteri ye, mesti rindu banget.semoga dipermudahkan segala-galanya.
Mualaikumsalam Ayu,
hahaha... cammana boleh lari bawah meja, biasalah kompom takleh lari punya
kalau tak datang pun esok2 misi tetap cari juga, tetap kena cucuk
terima kasih kakPah...selamat bercuti
bebudak tu kato macam kono gigit somut yo
pssst.. mari bisik kat telinga tu..
hahaha... sok2 sey boritau kakpah yo
Mualaikumsalam Kakzakie,
alhamdulillah dua2 misi dah selamat..
moga kakzakie sihat di sana
Mualaikumsalam Cikgu Humairi,
semua cikgu boleh jadi ..kan
misi dan visi tetap ada... tak boleh tinggal tu
Kella,
terima kasih....... Amin
Sya,
terima kasih... siapa lagi tu lah sorang anak dara ...'intan payung' tu
Cikgu Temuk,
terima kasih... belum merancang ke mana2 lagi
selain si buah nonee, ada juga kotel, bird dan busuk yg mereka sebut
Kass,
terima kasih.., syukur semuanya selamat
hanya singgah di muara sungai sekejap sebab hujan dah turun
akak memang suka sangat laut dan pantai
Mualaikumsalam Shah,
syukur semuanya selamat
terima kasih
kaklong,
yea yeaa... masak yo lah kito cuti2 ni kan... masak2 abih, masak lae pun abih
kakzai,
belum cucuk dah rasa takutnya ..kan
terima kasih kakzai..bercuti dari ke sekolah je
Anie,
huii tak malunya.. mesti kena ejek kan
ada jugak yg menangis tu, cuma yg ceria lagi ramai la
Doc DZ,
dah beberapa tahun jugak semua budak lelaki ni kena check nonee mereka, kata misi nak check kalau2 ada yg tak sihat
terima kasih doc... tumpang cuti anak2 murid
Mualaikumsalam Ina,
amin... memang redha Allah yg sentiasa diharapkan
sasa,
hero2 kan...
terima kasih.. anak2 dah berkumpul di rumah, seronok sangat
Mualaikumsalam KakErna,
tak dapek nak sembunyi kan kak, kalau tak datang sekolah pun esok2 misi carik juga lagi
untuk kesihtan kita jugak ..kan
Iman.,
wah...balik dari Somban pandai cakap nogori yo
semua ada kenangan itu kan
Yan,
terima kasih
selamt jalan2 juga, berhati2 dalam perjalanan
Mualaikumsalam Sis Tinie,
selamat bercuti jugak buat Tinie,,
seronok namun letih melayan gelagat mereka
Im,
memang perlu sabar tahap tinggi kalau tak nahas anak orang
memang suara pun volumenya mesti naik selalu
Mualaikumsalam Ustaz,
terima kasih...selamat bercuti juga
CkLah,
jom kita selamatkan cuti sama-sama... kita cuti dgn riang ria
Shahjiehan,
dulu takde sekarang antara yg wajib dicheck
nak tengok kelainan
Cik Ina,
tau takpe.. tu sebab time cuti ni nak cuti puas2.. nak berblog puas2
terima kasih
Catat Ulasan