Followers

Rabu, 25 Mei 2011

Cikgu..... tak payah lah belajar lagi!


Wajah-wajah mulus yang tidak akan dijaga lagi.  Anak-anak tahun 2 Arif yang tidak akan menjadi anak di bawah jagaan saya lagi.  Mulai penggal kedua nanti mereka semua akan mendapat ibu baru a.k.a guru kelas baru dan juga guru BM baru.  Ibu yang ini akan menjadi ibu kepada anak-anak yang lain pula, anak-anak yang telah ditinggalkan ibunya kerana ibunya telah berpindah ke sekolah lain.


Cikgu akan pindah..

Alaaa cikgu... janganlah pindah.


Tak boleh cikgu mesti pindah juga.


Cikgu pindah mana,.. rumah cikgu kan dekat dengan sekolah.


Memanglah rumah cikgu dekat tapi  cikgu mesti pindah juga.... cikgu dah dapat arahan pagi tadi.


Ye lahh...cikgu pindah mana?


Cikgu pindah tak  jauh pun,  cikgu akan selalu lihat kamu..cikgu nak pindah ke tahun 1 Bestari saja.

Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... ohhhh cikgu ganti Cikgu Bibah ye sebab Cikgu Bibah dah pindah.  Huh... ingat cikgu pindah sekolah lah tadi!


Kesian mereka... dah serasi menjaga dan mengajar mereka selama lima bulan ni tapi mulai bulan depan terpaksa menyerahkan mereka kepada guru lain, saya diarahkan menjaga dan mengajar kelas tahun satu sepenuhnya. . sebelum ni berkongsi tahun satu dengan Cikgu Bibah.

Bebanan kerja bertambah.  Murid LINUS kelas 1 Bestari menunggu untuk dipulihkan.  Lima bulan masa yang berbaki untuk tahun satu ini perlu digunakan sepenuhnya supaya nama murid-murid LINUS ini terkeluar dari fail LINUS hujung tahun nanti.  Maksudnya mereka tidak akan berada dalam kelas pemulihan ditahun dua nanti.

Nasib baik kelas 1 Arif tiada calon LINUS. Semua telah pandai membaca. Keputusan peperiksaan pertengahan tahun bagi kertas BM semua calon mendapat gred A kecuali seorang mendapat gred B dan seorang lagi mendapat gred C.Seratus peratus lulus.  Legaaaaaaaa

Namun yang rasa amat terbeban ialah Fail Pentafsiran Sekolah KSSR bertambah lagi ..kalau sebelum ini menyiapkan untuk kelas 1 Arif saja dah berpinau biji mata kini tambah pula untuk sebuah kelas lagi. Cerita fail KSSR akan menyusul kemudian.



                    Alaaa cikgu..tak payahlah belajar lagi, kita kan dah periksa.  Mereka awal-awal dah minta cuti belajar atas dua alasan kuat  (bagi mereka la) pertama dah periksa  pertengahan tahun dan kedua pula dah nak cuti sekolah.  Banyaklah alasan mereka kan... tak cukup lagi ke cuti dua minggu tu !!

///Hahaha... cikgu mereka ni  pun LAGIiiiii tak sedar diri sebab cikgu mereka ini hari Jumaat lagi dah ambil cuti, ambil cuti rehat khas.... ada misi la tu!



37 ulasan:

ahmad humairi berkata...[Reply]

Misi?????

...ibuintan nak jadi misi plak????

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Ooooooo, tambah cuti awal ya! Hehehe.



Selamat bercuti...atau cuti yang selamat cikgu!

Hamizah berkata...[Reply]

selamat bercuti..
sy tgh cuba mengembalikan semangat untuk mengajar hujung tahun ni..
aduh!malasnya..

Unknown berkata...[Reply]

kenapa dah lama kita berkenalan. ayu tak tau, ibu intan adalah guru..
wah!!!

SELAMAT HARI GURU, moga2 tempat baru ibuintan cepat serasi..amin

Admin P@P berkata...[Reply]

Assalamualaikum cikgu.
Selamat berpindah kelas.
Kelas Tahun Satu itu adalah akar tunjangnya. Tanggungjawab yang amat besar dan penting bermula di sini, tetapi ramai yang cuba mengelak kerana mungkin tersilap anggapan bahawa mengajar di tahun satu ini tidak glamor dan tidak penting...

Selamat bercuti.

TQ

ibuintan berkata...[Reply]

cikgu Humairi..

ha'ah nak jadi misi lak

boleh ke gamaknya?

ibuintan berkata...[Reply]

ckLah..

hahahaha.... cuti yg selamat, cikgu tetap ke sekolah

fail dan lain2 menanti dengan setia

ibuintan berkata...[Reply]

Hamizah,

pulih kan cepat... jangan tunggu lama-lama, lagi lambat nanti lagi malasssss

ibuintan berkata...[Reply]

Ayu...

memang tau... kecik ati ni

hehehe... ala Ayu cikgu tahun satu je... ngaja ABC jeeeee

ibuintan berkata...[Reply]

Cikgu Admin,

..... bahawa mengajar di tahun satu ini tidak glamor dan tidak penting...

memang pun begitu, setuju sangat malah dah selalu melihat ada senyum sumbing di hujung bibir bila dengar 'saya ngajar tahun satu'

tak rasa hati pun tapi tetap bangga sebab yang di universiti tu asalnya dari tahun satu juga

Ateh Nour berkata...[Reply]

Sallam,

Misi khas?
Apa agaknya misi khas tu,
Selesai nanti kena update yee,
siapgambar sekali.

ibuintan berkata...[Reply]

LL,

insyaallah .... ala misi biasa2 saje

misi keluarga kecil

hentian berkata...[Reply]

pindah randah dalam pekerjaan ini adalah lumrah. IM sendiri entah berapa kali pindah departmen dan bermakna berpindah boss.

satu saja IM terapkan ke dalam hati - benih yang baik itu walau dicampak kepulau mana sekalipun akan tetap tumbuh dan memberi manafaat.

sud@is berkata...[Reply]

satu kepercayaan dan satu amanah yang hebat semoga cikgu berjaya dalm kejaya

azieazah berkata...[Reply]

Salam.
Mintak maaf bebanyak KAK. Kenapa baru sekarang saya tahu yang Akak ni cikgu? Ntah saya mungkin pernah baca tapi keliru atau lupa.

Selamat berpindah kelas. Walau kerja tambah, tapi semangat tetap membara!

Selamat bercuti juga.

Asri Alam berkata...[Reply]

hehe.. ibu sgt diharapkan. sy rasa menjaga murid tahun 1 adalah tugas yg sukar dan perlukan guru yg berpengalaman spt ibu

nurkass berkata...[Reply]

emmm..
bila dah serasi dgn guru tu rasa sayang je nak berpisah..hehe..

misji khas??? ke mersing ke ibuintan..:)

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum..

wah!! ibu nak jadik misi plak ke..nak sukat berat badan murid ke hehehehehehehe

Tanpa Nama berkata...[Reply]

Assalamualaikum Cikgu Intan,

Seronok baca cerita N3 ni walaupun ada sesetengah 'istilah' tu akak tak paham.

Dr K berkata...[Reply]

saya rasa, mengajar kanak kanak sekolah rendah ni menarik kan..mereka kecil lagi..majoritinya hati masih suci bersih..

kasihibu berkata...[Reply]

alahai cikgu buat gempak ngan anak murid ye..

mesti diorang mcm anak2 sya
ibu, cikgu ayong kan ah pindah, ibu guru besar ayong kan dah ganti yg baru

keletah dan celoteh mereka masa ni

Zaitun berkata...[Reply]

Ini mesti sebab cikgu yang mengajar mereka berhati mulia kalau tidak masakan merayu jangan pindah.

Apa2 pun pekerjaan guru memang mulia ikhlas dari kak Zai.

sal berkata...[Reply]

comel2nya budak2 tu...seronok melayan dia berbual..budak2 cepat sayang kat kita, kan..tentu terasa apb berpisah..

selamat bercuti..moga ceria2 selalu.

Unknown berkata...[Reply]

jadi misi sama bagus dgn jadi cikgu kan ibuintan..tp misi ni misi lain..apa agaknya kan....

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

Ibu intan teringat plak masa sekolah, bila cikgu pindah atau pencen mesti ada drama air mata. Mula lagu bertemu dan berpisah dimainkan.

Semoga sekolah baru nanti berlipat ganda semangat nak mengajar.Selalu cikgu yang baik hati dan ada sifat keibuan je buat murid rasa sedih bila nak ditinggalkan. mesti ibu intan cikgu tegas tapi penuh sifat penyayang cam ibu-ibu.

ibuintan berkata...[Reply]

IM... betul tu dipindahkan ke mana pun kita tetap redha dan ikhlas menerimanya


tempat dan suasana saja yg berbeza kerjanya tetap sama

ibuintan berkata...[Reply]

S.U..

mudah-mudahan...... Amin

ibuintan berkata...[Reply]

Azie,

biasalah tu... sebab ramai sangat kawan alam maya selalulah terkeliru kan

semangat sentiasa membara untuk menjadikan semua anak2 murid celik huruf, memang sukar juga menyambung tugas orang lain untuk mencelikkan beberapa orang lagi yang masih tergapai-gapai... insyaallah moga dipermudahkanNya

ibuintan berkata...[Reply]

sasa,

tahun satu dinilai dengan bilangan yg masih tidak celik huruf dihujung tahun... memang sukar pada mulanya, namun dah mengharunginya selama lebih 20 tahun

ibuintan berkata...[Reply]

Kass,

akak dah bersama mereka sejak tahun lepas lagi, sejak mereka tahun satu

semuanya memang rapat sangat dengan akak dan semuanya anak2 yg cerdas

ibuintan berkata...[Reply]

Mualaikumsalam Shah,

hahaha... memang sejak dari dulu dah jadi misi juga, kalau jadi cikgu tahun satu lebih2 lagi guru kelas.. jadi misi tu wajib.. ukur , sukat dan timbang memang tak dapat lari

malah merangkap banyak lagi sebenarnya

ibuintan berkata...[Reply]

Mualaikumsalam Akak KK,

minta maaflah pada istilah yg akak tak berapa paham tu... mungkin berkaitan LINUS kot..LINUS untuk mengukur kebolehan murid dalam membaca dan mengenal nombor

nantilah saya buat n3 tentangnya

ibuintan berkata...[Reply]

Doc DZ,

terlalu suci bersih lagi.. hubungan yang amat rapat, tiada jarak antara cikgu dan mereka

ibuintan berkata...[Reply]

Sya,

selama mengajar tahun satu cikgunya juga banyak berkongsi dengar cerita ibu bapa dan keluarganya juga

cerita bergolaknya rumahtangga ibubapa mereka juga cikgu tahu... ...malah kekadang cerita yg cikgunya malu untuk mendengar pun ada juga

berhati2lah dengan anak2 tentang hal di bilik tidur kita

ibuintan berkata...[Reply]

kakzai,

dah setahun lebih bergaul memang terasa sedih... sama2 sedih sebenarnya

ibuintan berkata...[Reply]

Sal,

semuanya cerdas dan ceria, tiada masalah dalam pelajaran dan kelakuan juga.. memang kami amat rapat

selamat bercuti untuk semua cikgu2

ibuintan berkata...[Reply]

CikIna,

tak pindah sekolah pun, pindah mengajar kelas lain saja, terpaksa ambil kelas tahun satu yang lagi satu sebab cikgunya telah betukar ke sekolah lain

hari2 masih jumpa mereka cuma tidak mengajar mereka saja lagi