Followers

Selasa, 3 Mei 2011

Catatan perjalanan 2hb. Mei.

Seperti biasa pagi semalam trip menghantar Intan balik ke Mersing.  Hantar saja.  

Pulang ke sini, Intan naik bas. Telah beberapa kali Intan balik naik bas.  Intan dan beberapa orang rakannya menaiki bas ekspress, laluan Mersing - KL,  dan boleh turun di K. Pilah atau Tanjung Ipoh tapi tambang mesti bayar penuh, tambang Mersing - KL.  Tak pelah janji boleh naik bas tu dan turun di sini. Tambangnya pun bukannya mahal sangat, tak sampai pun 30 ringgit.


Cuma balik ke Mersing, syarikat bas tidak membenarkan penumpang naik  selain  di hentian Pudu Raya, dari hantar dia ke Pudu Raya lebih baik kami hantar sendiri balik ke Mersing.  Perjalanan ke Mersing berjalan lancar.  Kami singgah makan tengah hari dan solat zuhur di Masjid Tengku Mahkota Abdullah di Kuala Rompin.



Kami sampai di Mersing lebih kurang pukul tiga  petang.  Terus ke Mersing Kanan.  Mencari keropok dan ikan masin, pesanan adik.  Sebab semalam cuti, begitu ramai sekali pengunjung di setiap deretan kedai menjual keropok dan hasil laut lain.  Kedai yang biasa disinggahi kehabisan keropok, banyak para yang kosong, keropok bungkus, keropok lambak (timbang kilo) dan keropok lekor menjadi rebutan. 


Kami terpaksa mencari di beberapa buah kedai yang lain.  Hampir kesemua kedai dipenuhi pengunjung.  Selepas mendapat keropok yang dipesan adik, kami singgah minum di sebuah gerai..berhampiran situ juga... minum teh berkue kan udang goreng tepung rangup.  Udang yang segar.    Boleh pilih antara udang yang besar, sedang atau kecil dan digoreng ketika itu juga.  Garing dan manis.... dicecah dengan sambal lada. 


Selepas menghantar Intan ke asrama, kami bergerak meninggalkan Mersing pada pukul enam petang. Semalam agaknya seluruh negara banyak tempat yang jam teruk, tak terkecuali pekan Mersing juga.  Ibuintan memandu dari Mersing ke Leban Condong, Kuala Rompin, kalau selalu tak sampai sejam tapi semalam memakan masa hampir sejam setengah.  Kami bergilir-gilir memandu biasanya.


Pukul 7 malam sewaktu melalui jambatan di Jeti Tanjung Gemuk.


Dari Leban Condong dan hampir di sepanjang  perjalanan  hujan, nasib baik tidak terlalu lebat,  namun kami tersekat hampir setengah jam berhampiran Keratong, kerana ada xciden.  Laluan di kedua-dua arah berbaris panjang... sebelum tiba di simpang Bandar Baru Serting, satu lagi kemalangan berlaku, tersekat sekali lagi nasib baik tidak lama.  Sebab dah malam dan kebanyakkan pemandu hendak balik ke tempat masing-masing maka tiada yang sibuk untuk berhenti dan menolong (tolong tengok pun) tambahan hujan masih renyai-renyai.  Kebanyakan pemandu hanya melihat sambil lalu saja.

Sebelum sampai K. Pilah lagi satu xciden yang membabitkan sebuah kereta terbabas.  Hanya sebuah kereta polis di tepi jalan dan beberapa anggota polis  sedang  menolong mangsa, dalam hujan juga.  Laluan K. Pilah ke Seremban, usah cerita la, komfom jam teruk.  Pukul sebelas malam masih jam, 5km mengambil masa lebih setengah jam.

Selamat sampai di rumah sebelum tengah malam.  Perjalanan yang selalunya hampir empat jam berlarutan sehingga enam jam.  Memang penat sangat.  Pagi tadi rasa nak sambung cuti lagi.



9 ulasan:

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

Assalamualaikum ibu intan,

oo Intan dah balik ye.seronoknya makan kat gerai tu, cam sedap je kueh udang ranggup tu ye.Kat sini biasalah mana yang yang pernah jem.

sal berkata...[Reply]

ASSALAMUALAIKUM IBUINTAN
public holidy pun jem teruk ye..
memang penatlah tempuh jem..

nurkass berkata...[Reply]

salam ibuintan..
mmg jam masa 2/5 tu..masing2 nak balik kan..sib baik saya ikut jalan kuala klawang seremban..

owh..akak ikut muazzam ye..dah sampai kampung saya tu..bandar baru serting..

ahmad humairi berkata...[Reply]

Kan ada CRK....amik jelah..

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Assalamualaikum ibuintan,

Apa yg penting Intan dah selamat sampai. Sepanjang percutian ini kakak pun jumpa banyak accident. Tapi yg sedih bila kami kena saman. Salah sendiri sebab lupa pakai talipinggang.

Lepas cuti memang ada rasa malas sikit nak mula kerja kan....

azlina berkata...[Reply]

asmlkm kak nah...

ina pun mulanya plan nk blkjohor kg suami ada kenduri tapi batalkan saat akhir sebab jiran sebelah kenduri...selalu kalau cuti dari selatan hendak ke bandaraya mmg sesak teruk kan kak..bergitu juga dari utara ke KL..

Zaitun berkata...[Reply]

Kalau cuti bersambung memang selalu jem teruk,kat mana2 pun sama tambah lagi kalau highway utara selatan.

sahromnasrudin berkata...[Reply]

alhamdulillah..

yg penting ibu sekeluarga selamat dalam perjalanan tersebut ya..syukur semuanya dalam lindungan Allah SWT

Dr K berkata...[Reply]

Dari Kuala Pilah ke Mersing, mula mula sekali akak ikut laluan mana ya?