Hari ini hanya sempat melawat ke beberapa blog sahabat di waktu pagi saja. Cuaca hari ini dari pagi membawa ke petang, cerah dan panas. Semalam menguruskan kain baju. Hari ini pula membersihkan kawasan halaman dan kawasan luar yang telah hampir seminggu tidak bersapu. Bertaburan daun-daun gugur terutama daun dari pokok cempedak, pokok rambutan dan pokok ceri. Aktiviti menyapu, mengumpul dan akhirnya membakar.
Selesai tugas diluar bermula pula tugasan di dapur. Masak untuk makan tengahari. Selepas makan dan solat zuhur menghantar Intan ke Klinik Kesihatan K. Pilah semula, menyelesaikan pemeriksaan kesihatannya yang tertangguh semalam. Urusannya dari kaunter ke bilik-bilik khas berjalan lancar sebab kurang pelanggan @ pesakit petang tadi. Semuanya cepat sebab Intan tiada masalah kesihatan, berjumpa doktor pun tidak sampai lima minit. Doktor hanya bertanya status kesihatannya dan kemudian menulis dan menandatangani beberapa borang. Selesai menjelang pukul tiga setengah petang.
Keluar dari klinik, jumpa abang ni yang seingat ibuintan telah berniaga kacang goreng, kacang rebus, wadeh dan juga beberapa jenis keropok sejak dulu lagi. Dulu dia hanya menolong ayahnya, berjualan dengan mengayuh basikal tua namun sekarang menunggang motosikal. Mewarisi bisnes ayahnya. Selalu berniaga di Hospital Tunku Najihah juga.
Intan beli kacang kuda rebus. Sepeket RM2.
Dulu semasa mak masih ada, setiap kali menghantarnya ke hospital untuk pemeriksaan bulanan, mak mesti membeli kacang kuda rebus ini. Mak makan sambil menunggu giliran untuk berjumpa doktor pakar. Mungkin kacang ini lembut sebab itu mak suka sangat. Mak juga mesti membeli untuk ketiga-tiga cucunya juga.
//Kini semua tinggal kenangan.
24 ulasan:
kacang kuda memang saya suka kak.. Beli yang mentah sebungkus dlm 200gm minggu lepas pastu dah terlebih rebus. Balen ada lagi dalam freezer kak..
esok kena keluarkan lah jawabnya...
Kalau goreng balik dengan biji sawi, daun kari dan cili kering lagilah sedap...
memang 'ralit' dibuatnya makan kacang tu...tak sedar dh nak habis.
p/s: cuma kacang parang saje dilarang dipremis sendiri...anak ade yg G6PD...takleh makan.
kat hospital ipoh nun banyak benor orang berniaga..nasik lemak ada, sandwich ada, kacang ada,, maruku ada..
saya pun sama, sangat suka .. mengalahkan kuda .. kalau jumpa mesti beli.
anak saya juga walau dah beranak pinak, kalau ambil gambar mesti buat 'peace'
reen,
hari ni cuti bolehlah buat semula, buat sendiri biasanya lebih sedap kan... boleh ikut selera sendiri
Lens,
memang dapat pulak sambil makan nonton tv... lagi leka sedar2 dah habis ka...
ye lah...kalau anak dah berpantang, kenalah pantang semua kan... takpe jual benda lain
Iman,
kat sini pun sama... setiap pagi dan petang, yang rajin memang tempat cari duit, kebanyakkannya laku sebab pesakit dan waris senang tak payah keluar
Pak Ngah,
hehehe...kuda sendiri tak merasa, sebab ramai sangat yang berebut dengannya... kesian kuda
entahlah setiap kali bergambar mesti dengan peacenya, mesti ada, ditegur pun katanya 'bukan salah pun'
orang Cina kata elok kacang ni kasi anak2 makan...biar pandai matematik...
IBU INTAN, saya pernah berurusan dgn Hospital Tunku Najihah ni bulan lalu. Pun beli kacang rebus...
tapi dari kedai dlm bangunan. Dah takda yang peniaga bergerak sebegini.
di kampung dulu pun ada juga penjual macam ni. Kenangan...
Betul kata AZRINA. Saya pun lebih gemar beli yang mentah, rendam overnight, pastu rebus dgn api perlahan. Buh daun kari.
sedap makan sambil tengok tv....
tapi IM lebih suka kacang pea atau kacang shandong.
hari ini makan esok selalunya berak. tak tahu kenapa!
klu cuaca cerah bnyk bole buat, penuh ngan aktiviti ye.....menyapu , mengumpul, bakr n mengerjakan kain baju, dpt gi klinik lagi...harap urusan menjadi mudah ya...
saya pon suka..
bisnes warisan ye..
piwettttt...itu mak intan ya?alhamdullillah...intan sihat cergas.
uuummmm..teringin mkn cempedak goreng.
Saya pon sker kacang kuda rebus sbb rasanya yg lemak2 masin...:)
ckLah,
pernah juga ada kawan yang cakap macamtu..anak2 memang semua suka kacang kuda rebus ni...ibunya saja yg jarang nak buat
azie,
kenapa jauh sangat berurusan di HTN, sapa yang sakit..
selalunya penjaja tu datang berjualan di waktu.melawat petang
Azie,
kita buat sendiri lagi sedapkan boleh ikut selera dan keinginan sendiri
Im,
makan banyak sangat kot, elok juga sesekali dicuci usus tu
Sal,
tu lah cuaca mempengaruhi juga aktiviti seharian kita, kalau hujan banyak kerja yg tergendala
mizah,
saya juga suka... iye itu warisan keluarganya
Anie,
yupp itulah mak intan.. syukur Intan sihat adanya,
sekarang tak musim cempedaklah, musim daunnya gugur saja
azzey,
lemak masin dan lembut, sedap saja mengunyahnya boleh melekakan
Catat Ulasan