Followers

Rabu, 2 Februari 2011

Kenangan kacang kuda rebus.

Hari ini hanya sempat melawat ke beberapa blog sahabat di waktu pagi saja.  Cuaca hari ini dari pagi membawa ke petang, cerah dan panas.  Semalam menguruskan kain baju. Hari ini pula membersihkan kawasan halaman dan kawasan luar yang  telah hampir seminggu tidak bersapu. Bertaburan daun-daun gugur terutama daun dari pokok cempedak, pokok rambutan dan pokok ceri.  Aktiviti menyapu, mengumpul dan akhirnya membakar.

Selesai tugas diluar bermula pula tugasan di dapur.  Masak untuk makan tengahari.  Selepas makan dan solat zuhur menghantar Intan ke Klinik Kesihatan K. Pilah semula, menyelesaikan pemeriksaan kesihatannya yang tertangguh semalam.  Urusannya dari kaunter ke bilik-bilik khas berjalan lancar sebab kurang pelanggan @ pesakit petang tadi.  Semuanya cepat sebab Intan tiada masalah kesihatan, berjumpa doktor pun tidak sampai lima minit.  Doktor hanya bertanya status kesihatannya dan kemudian menulis dan menandatangani beberapa borang.  Selesai menjelang pukul tiga setengah petang.


Keluar dari klinik, jumpa abang ni yang seingat ibuintan telah berniaga  kacang goreng, kacang rebus, wadeh dan juga beberapa jenis keropok sejak dulu lagi. Dulu dia hanya menolong ayahnya, berjualan dengan mengayuh basikal tua namun sekarang  menunggang motosikal.  Mewarisi bisnes ayahnya.  Selalu berniaga di Hospital Tunku Najihah juga.
             Intan beli kacang kuda rebus.  Sepeket RM2.

Dulu semasa mak masih ada, setiap kali menghantarnya ke hospital untuk pemeriksaan bulanan, mak mesti membeli kacang kuda rebus ini.  Mak makan sambil menunggu giliran untuk berjumpa doktor pakar. Mungkin kacang ini lembut sebab itu mak suka sangat.  Mak juga mesti membeli untuk ketiga-tiga cucunya juga.

//Kini  semua tinggal kenangan.



24 ulasan:

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

kacang kuda memang saya suka kak.. Beli yang mentah sebungkus dlm 200gm minggu lepas pastu dah terlebih rebus. Balen ada lagi dalam freezer kak..

esok kena keluarkan lah jawabnya...


Kalau goreng balik dengan biji sawi, daun kari dan cili kering lagilah sedap...

ab@h_Izz berkata...[Reply]

memang 'ralit' dibuatnya makan kacang tu...tak sedar dh nak habis.

p/s: cuma kacang parang saje dilarang dipremis sendiri...anak ade yg G6PD...takleh makan.

IMANSHAH berkata...[Reply]

kat hospital ipoh nun banyak benor orang berniaga..nasik lemak ada, sandwich ada, kacang ada,, maruku ada..

al-lavendari berkata...[Reply]

saya pun sama, sangat suka .. mengalahkan kuda .. kalau jumpa mesti beli.

anak saya juga walau dah beranak pinak, kalau ambil gambar mesti buat 'peace'

ibuintan berkata...[Reply]

reen,

hari ni cuti bolehlah buat semula, buat sendiri biasanya lebih sedap kan... boleh ikut selera sendiri

ibuintan berkata...[Reply]

Lens,

memang dapat pulak sambil makan nonton tv... lagi leka sedar2 dah habis ka...

ye lah...kalau anak dah berpantang, kenalah pantang semua kan... takpe jual benda lain

ibuintan berkata...[Reply]

Iman,

kat sini pun sama... setiap pagi dan petang, yang rajin memang tempat cari duit, kebanyakkannya laku sebab pesakit dan waris senang tak payah keluar

ibuintan berkata...[Reply]

Pak Ngah,


hehehe...kuda sendiri tak merasa, sebab ramai sangat yang berebut dengannya... kesian kuda

entahlah setiap kali bergambar mesti dengan peacenya, mesti ada, ditegur pun katanya 'bukan salah pun'

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

orang Cina kata elok kacang ni kasi anak2 makan...biar pandai matematik...

azieazah berkata...[Reply]

IBU INTAN, saya pernah berurusan dgn Hospital Tunku Najihah ni bulan lalu. Pun beli kacang rebus...

tapi dari kedai dlm bangunan. Dah takda yang peniaga bergerak sebegini.

di kampung dulu pun ada juga penjual macam ni. Kenangan...

azieazah berkata...[Reply]

Betul kata AZRINA. Saya pun lebih gemar beli yang mentah, rendam overnight, pastu rebus dgn api perlahan. Buh daun kari.

sedap makan sambil tengok tv....

hentian berkata...[Reply]

tapi IM lebih suka kacang pea atau kacang shandong.

hari ini makan esok selalunya berak. tak tahu kenapa!

sal berkata...[Reply]

klu cuaca cerah bnyk bole buat, penuh ngan aktiviti ye.....menyapu , mengumpul, bakr n mengerjakan kain baju, dpt gi klinik lagi...harap urusan menjadi mudah ya...

Hamizah berkata...[Reply]

saya pon suka..
bisnes warisan ye..

Bibu berkata...[Reply]

piwettttt...itu mak intan ya?alhamdullillah...intan sihat cergas.

uuummmm..teringin mkn cempedak goreng.

azzey berkata...[Reply]

Saya pon sker kacang kuda rebus sbb rasanya yg lemak2 masin...:)

ibuintan berkata...[Reply]

ckLah,

pernah juga ada kawan yang cakap macamtu..anak2 memang semua suka kacang kuda rebus ni...ibunya saja yg jarang nak buat

ibuintan berkata...[Reply]

azie,

kenapa jauh sangat berurusan di HTN, sapa yang sakit..

selalunya penjaja tu datang berjualan di waktu.melawat petang

ibuintan berkata...[Reply]

Azie,

kita buat sendiri lagi sedapkan boleh ikut selera dan keinginan sendiri

ibuintan berkata...[Reply]

Im,
makan banyak sangat kot, elok juga sesekali dicuci usus tu

ibuintan berkata...[Reply]

Sal,

tu lah cuaca mempengaruhi juga aktiviti seharian kita, kalau hujan banyak kerja yg tergendala

ibuintan berkata...[Reply]

mizah,

saya juga suka... iye itu warisan keluarganya

ibuintan berkata...[Reply]

Anie,

yupp itulah mak intan.. syukur Intan sihat adanya,

sekarang tak musim cempedaklah, musim daunnya gugur saja

ibuintan berkata...[Reply]

azzey,

lemak masin dan lembut, sedap saja mengunyahnya boleh melekakan