Followers

Khamis, 24 Februari 2011

Rupanya masih ada sayang.... eloklah rujuk semula

Tahun lepas lain ceritanya. Tapi belum pun tiga bulan  lagi.  Kisahnya di sini.  Petang semalam ada pula cerita baru.  Ibuintan menjawab panggilan telefon untuk abahintan yang sedang mandi ketika itu.  Sebab tidak tertera nama sipemanggil, maka ibuintan bertanya siapakah yang sedang bercakap dihujung talian.

"Akak dah tak kenal saya ke" tanyanya.

Bila dia menyebut begitu, dan terus gelak spontan ibuintan dapat mengenalinya. Semenjak dia berpisah dengan isterinya kami tidak pernah bertemu lagi.  Dia bersama anak lelakinya kini tinggal bersama ibubapanya di sebuah tanah rancangan Felda di negeri ini juga.

'Nak bercakap dengan abang ke, abang sedang mandi' tanya ibuintan.

'Haah, tapi nak juga bercakap dengan akak' katanya.

Lalu tanpa ditanya, dia bercerita dengan lancarnya.  Dia bercerita bahawa bekas isterinya sering kali menghubunginya sekarang ini..  Bekas isterinya banyak mencurahkan masalah dan kesusahan yang dihadapinya setelah mereka bercerai.  Bekas isterinya juga mengaku bahawa dia rupanya masih sayangkannya.

'Kan dia dah ada teman lelaki' ibuintan menyampuk.

"Dah putus sebab dia suami orang... saya masih sayangkannya kak. A (bekas isteri) juga mengaku masih sayangkan saya. Apa yang perlu saya buat kak' luahnya lagi.

"Rujuk' spontan terpacul perkataan itu...  ibuintan nasihatkan mereka rujuk semula tambahan pula mereka masih dalam tempoh edah lagi.  Memang itu juga yang terlintas difikirannya sekarang, namun katanya pula, masalah mereka ialah kedua ibubapa masing-masing masih campurtangan lagi, kedua-dua besan seakan bermusuhan sekarang, saling membenci menantu mereka.

Kenapalah ibubapa mereka masih campurtangan, di saat anak menantu ingin berbaik semula, emak bapak pulak buat hal.  Bagi ibuintan bila anak menantu sudah sedar kesilapan mereka dan ingin berubah dan mencuba untuk kali kedua apalah salahnya mereka diberi peluang semula. Lupakan perkara lepas, buang yang keruh ambil yang jernih . Itu juga demi masa depan cucu mereka juga kan..

Nasihat abahintan bunyinya sama juga, abahintan juga menasihatkannya rujuk semula.  Cuba  membina semula rumahtangga untuk kali keduanya demi seorang anak yang sedang membesar.

Dan nasihat kami akhirnya juga sama......

..... rujuk semula dan pindah keluar dari rumah ibubapa masing-masing, duduk jauh dari mereka sehingga mereka dapat menerima takdir ini dengan redha...




//Bolehkah kami mencadangkan begitu?

36 ulasan:

ummi azween berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu intan

saya sokong cadangan tu.

lebih baik tinggal berjauhan jika keluarga mentua saling mencampuri urusan rumah tangga.

saya sendiri mengalaminya dan peritnya di rasai hingga membelah hati.

* kita tidak membuang orang tua tetapi cukuplah jika ada ruang untuk mencorak dan bernafas

Acik Erna berkata...[Reply]

iibuintan..jika masih ada jodoh..insyaallah semua nya akan dapat diatasi..

white rose berkata...[Reply]

btul tu ibu...
rujuk semula adalah jalan yg terbaik...

Azian Elias berkata...[Reply]

ALHAMDULLILAH kalau dapat rujuk. Maybe itu terbaik utk anak2..

Hamizah berkata...[Reply]

kalau masih suka, mula hidup br..
pengacau2 nyahkan je

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam azween,

itulah cadangan akak kepadanya, berpisah dan tinggal berjauhan tidak bererti kita menyisihkan mereka kan..

semoga azween dan suami tabah dan sabar menghadapinya..

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,

saya juga mengharapkan mereka berdamai semula

ibuintan berkata...[Reply]

WR,

itulah yang baik buat keduanya sebab perasaan cinta dan sayang antara mereka masih ada

ibuintan berkata...[Reply]

Yan,

itu yang seeloknya demi anak2kan..

ibuintan berkata...[Reply]

Hamizah,

dari ceritnya masing2 masih suka, pengacaunya ialah ibu masing2... tu yang susahnya

ibundo berkata...[Reply]

kalau sudah jodoh, akan terlaksana juga walaupun ada rintangan.

kak long berkata...[Reply]

kalau dah jodoh tak kemana...
cumo...nasihat perlu diberikan...perbaiki kesilapan lalu..
lebih2 lagi si isteri tu...!

ikan emas berkata...[Reply]

biar pengalaman tu jadi pengajaran..

uruskanlah rumah tangga sendiri..ibu bapa hanya sebagai pemerhati dan penasihat sekiranya perlu.

Elok nasihat II tu..

Zaitun berkata...[Reply]

Kalau betul2 mahu berubah tak salah bagi peluang kedua,bina semula rumahtangga.

ahmad humairi berkata...[Reply]

sesal dahulu pendapatan, sesal kemudia....??

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum..ibu..

hal rumahtangga nie memang rumit..yg penting, jgn ada campurtangan orang ketiga..

kne duduk selesaikan masalah agar ia tidak menjadi barah...

ibuintan berkata...[Reply]

harapnya mereka berdua dpat berfikir dengan baik akibat kesilapan lalu

ibuintan berkata...[Reply]

kaklong,

nampak dari cakapnya siisteri macam menyesal, harap dia dapat pengajaran dari kesilapan lalu mereka

ibuintan berkata...[Reply]

ie.. tulah harapnya ibubapa faham dan beri peluang anak2 membina keluarga mereka sendiri

ibuintan berkata...[Reply]

kakzai,

harapnya ada peluang ke dua untuk mereka

ibuintan berkata...[Reply]

cikgu himairi,

tentu menyesal, salah sendiri dan kini kena terima akibatnya

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam Shah,

yg rumitnya org ketiga tu ibubapa mereka juga serta isteri yg cepat sangat berangan nak mencari pengganti

Asri Alam berkata...[Reply]

baiknya dia. kalau aku, konpem susah nak lupa kekecewaan. hehe.. hati keras

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Nampak dari mata hati kakak lelaki ini memang suami/bapa yg baik sebab itu bekas isteri nak balik semula. Demi anak yg telah ada baik rujuk. Kalau belum ada anak lain cerita.

sekamar rindu berkata...[Reply]

salam..

jodoh pertemuan..semuanya takdir Allah swt..

Tanpa Nama berkata...[Reply]

asmkm,
itu adalah jawapan yang terbaik dan praktikal.
Sepatutnya bila anak berumah tangga mereka perlu keluar dan hidup sendiri. Tidak kiralah menyewa bilik sekali pun atau rumah ke, tapi mereka perlu berpindah kerumah sendiri.
ini mengelakkan dari perkara sebegini berlaku..
membina kehidupan baru sendiri tanpa perlu ada pihak lain.

ya mereka patut rujuk , dan isteri mestilah berjanji tidak berkelakuan sedemikian.. lagi.. jika mereka mahu merujuk keluarlah kedua dan duduk ditempat lain. jauh dari pandangan kedua ibu bapa...supaya mereka dapat mengenal hati budi masing masing tanpa perlu mengambil kira hati budi ibubapa selepas merujuk.
Tapi bila dah aman dan selesai dan reda jengah la mereka keduabelah pehak. Jemputlah mereka datang kerumah sendiri, supaya mereka menghargai dan menghormati kehidupan anak seperti anak menghormati kehidupan sendiri.

kedua anak anak patut memberi tahu ibu bapa masing masing, janganlah menjadi penyebab dan batu penghalang untuk anak membina masjid yg telah runtuh kerana ujian kecil semasa tempohari. Beritahu anak perlukan ibu, dan ibu perlukan anak dan suami.. jadi parents kena put aside personal grudges and buka hati yang ikhlas supaya mereka dapat hidup dengan berkat... suruh lah anak anak ini memberi tahu ibu bapa maing masingdan minta maaf kerana melibatkan mereka sewaktu badai melanda. segala misinformations minta mereka ketepikan.
buang yg keruh ambil yg jernih untuk kebrkatan hidup dan masa depan cucu..
dmtam

Bibu berkata...[Reply]

ssh le kalo org tua msuk cmpur.dia org tu bkn anak kucing.

mereka kena dewasa le.hihihi...bunyi cam mare le.

Unknown berkata...[Reply]

selamat malam ibuintan..
balik dr kampung terus singgah sini..
apa khabarmu..

cerita dikampung macam2 hal..

buat entry ini..ayu puji sikat ibu dan ayahintan..
itu yang terbaik..rujuk

Adinda Amy Sensei berkata...[Reply]

as salam ibuintan...

kalau masih ada kasih sayang antara mereka....apa salahnya kalo dijalin semula hubungan hati yang retak tuk kebahagiaan yang mendatang....

moga bahagia...

hentian berkata...[Reply]

anak IM, angah. awal-awal lagi opah dia dah bagitau. kalau dah kahwin jangan duduk dengan IM.

uuuu... sedih pulak hati IM dibuatnya. anak dah lah 2-3 tu je...

Temuk berkata...[Reply]

Assalamu'alaikum IBUINTAN

Baik dan mulianya hati para pengunjung entri ibuintan ini. Mereka adalah pencinta kerukunan dan kedamaian rumahtangga. Hati baik dan mulia mereka amat disanjung!

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

makcik setuju ngan komen tanpa nama. Sebaiknya kalau dah membina rumahtangga kena tinggal dirumah lain. kalau ada orang tua yang suka campurtangan urusan anak yang dah berkahwin ni yang jadi susah.kalau dah ada sayang ngan cinta, apa salah nak rujuk semula demi anak dan kasih sayang.

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Jadi pengajaran buat si isteri. Dia bernasib baik sebab si suami masih sayangkan dia lagi.


Mintak dijauhkan.

h4ni3 berkata...[Reply]

salam kenal ibuintan..

adakala, ibubapa memang nak yg terbaik utk anak2, w/pun anak tu dah besar panjang dan berkeluarga. yelah, mungkin tak mahu anak diorg 'disakiti' lagi.
so dalam kes ni, memang bagus sangat kalau diorg rujuk semula. tapi dlm masa yg sama, cuba jernihkan kekeruhan yg terjadi antara besan2 kedua tu

just my 2 cents :)

Maiyah berkata...[Reply]

assalam.. boleh le tu, hrp mrk akan buat keputusan yg trbaik

Arizakiah berkata...[Reply]

Salam ziarah....
Demi anak, kalau sudah sama suka apa salahnya mencuba kali ke2.....