Followers

Sabtu, 19 Februari 2011

Generasi baru makanan ringan




LONDON - Pengambilan makanan ringan menyebabkan lebih ramai kanak-kanak menghidap penyakit berbahaya yang sebelum ini hanya dihidapi golongan dewasa.

Kebanyakan kanak-kanak dilaporkan tidak mengamalkan pemakanan seimbang walaupun kempen berkaitan kerap dijalankan.

Menurut kajian bebas terhadap cara pemakanan golongan muda, hampir 20 peratus kanak-kanak berumur 10 tahun mempunyai berat badan berlebihan dan berhadapan risiko kronik seperti jantung dan barah.

Kanak-kanak juga hanya mengambil separuh daripada jumlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang disyorkan.

Selain itu, kanak-kanak berhadapan risiko menghidap osteoporosis, anemia dan masalah otak kerana mengambil makanan salah.
Sumber :  Sinar Harian.


//Teringat seorang bekas anak murid yang berbadan obesiti, semasa di sekolah rendah setiap hari ketika berjalan balik ke rumahnya, mesti singgah di kedai runcit, dia menggunakan  duit poket yang diberi ibu bapanya untuk  membeli minuman dalam tin(bergas) dan semasa di tingkatan satu tiba-tiba dia  koma dan doktor dapati kencing manisnya terlalu tinggi, meninggal dunia selang beberapa jam kemudiannya.  Ibu bapanya tidak pernah tahu bahawa dia seorang penghidap kencing manis.



33 ulasan:

Sham berkata...[Reply]

bahaya woo...student sy sorng tu baru f4,dah cucuk insulin sbb diabetes...

Unknown berkata...[Reply]

selamat pagi cikgu

betul apa yang cikgu kata...
ditempat ayu, kanak2 berusia 12 tahun dah insulin sbb kencing manis

air gas mmg beracun...

sal berkata...[Reply]

makanan ringan sebenarnya tak elok utk kesihatan....memanglah sedap..bebudak pula klu makan sorok2 drp org tua..sebenarnya tabiat makan makanan ringan harus ditegah yee..

Tanpa Nama berkata...[Reply]

salam,
masalahnya generasi parents sekrg beri anak makan makanan western banyak sgt dan banyak berupa fastfood bergula yng di proses.
Cuba anak diajar minum dan makan cara kita dibersarkan.... dan juga belanja cara sederhana sebb tak cukup duit, alhamdulillah jarang ada masalah obeisti time kita dulu...

back to basic ..


dmaktam

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

fastfood ada di mana-mana aje sekarang ni berbanding dengan masa kita dulu.

Saya hanya bawa ke fastfood dalam 2-3 bulan sekali dan gilir-gilir. itupun bila anak2 dah bising lama tak makan.

Saya sendiri kerap pulak kak..McD dekat sangat dengan ofis,jadi bila pergi pam petrol terus ke drive thru..

ibundo berkata...[Reply]

ala tragisnya..
kena salahkan restoren segera yang melambak2 ni jugak..

ibuintan berkata...[Reply]

Sham,

memang dah ramai kanak2 sekarang kena diabetis.. kalau dah sampai cucuk insulan berat tu

ibuintan berkata...[Reply]

Ayu,

sekarang dah macam2 dengarkan, dedulu hanya orang dewasa saja yg kencing manis ni... takut juga mendengarnya

ibuintan berkata...[Reply]

sal,

memang bahaya, tapi tu lah mereka pandai membeli dengan cara sorok2 di belakang kita... benda2 tu pun senang dapat ada dijual merata2 kedai dan warung tepi jalan juga

ibuintan berkata...[Reply]

maktam,

tq, sudi singgah ...

faktor ibubapa sekarang dah berkemampuan, anak2 pula dah pandai demand lebih, mana mereka nak makanan stail kita dulu2 w.pun itu yang sebaiknya

riasu juga tu Along dah big size ni..

ibuintan berkata...[Reply]

Reen,

hahaha ini tidak adil, anak2 kena sekat maknya pulak... ikut selera ye

sesekali takpe juga ikutkan kehendak mereka

ibuintan berkata...[Reply]

kakpah,

itu bergantung kepada kita juga, mereka hanya menjual, kita pembeli yang menentukan... nak masuk ke tak?

Kak Amy berkata...[Reply]

Alamak kena hentikan nie , amy punya la makan sebab nak badan berisi bila baca nie takut pulak..thanks ibu di atas perkongsian nie..

Zaitun berkata...[Reply]

Takut dengar kalau orang kena kencing manis.
Anak buah hubby sejak berumur 11 tahun dah insulin.

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Haikal abg si Adam badan dia gempal. Kakak dia bising bila tengok dia makan lebih2.

Harap tak jadi mcm bekas anak murid ibuintan itu.

anie,Nagoya berkata...[Reply]

ya rabbi....

takkan mak bapak arwah tu tak usaha tuk anak dia?itu tanda tak sayang.bkn bg mkn smpi cam tu.

akira pun kuat mkn.itu tgk kalo lauk sedap.hahahahaha....

ibuintan berkata...[Reply]

Amy,

kurus ke?

akak nampak cantik dan okey je, takde lah kurus mana..

kalau boleh kurangkan makanan segera dan minuman bergas, makan lebih makanan berkhasiat takpe..

hhehe..org laen sibuk nak kuruskan badan, terbalik pulaklah Amy ni

ibuintan berkata...[Reply]

kakzai,

yg takut dan kesiannya kalau kecik2 lagi dah kena, alamat berubat sepanjang hayat lah

ibuintan berkata...[Reply]

YB,

anak saya Along pun berisi dan besar juga badannya, takut juga tu

bekas anak murid saya dulu setiap hari mesti minum air dalam tin tu, kekadang dua tiga tin sehari, tapi tak pernah buat medical check-up sebab dia nampak sihat saja

ibuintan berkata...[Reply]

Anie,

mak bapak dia tak tahu dia ada kencing manis sebab dia nampak sihat saja tapi badannya memang besar...

makan banyak tapi berkhasiat takpe juga, jgn banyak makanan ringan saja

sekamar rindu berkata...[Reply]

salam..

budak2 memang gemarkanya..pengaruh media massa dan iklan di tv turut menyumbang..

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

anak makcik dari kecil memang makcik tak kasi makan makanan ringan ni.nasib baik dorang dengar cakap.kalau ada pun dah besar ni baru makan sikit.dorang pun dah paham, kalau ada duit mesti kena beli roti untuk bekal ke sekolah. ada ibubapa memang suka beli kan anak dia jajan.fast food pun tak elok gak.

Adinda Amy Sensei berkata...[Reply]

as salam ibuintan...

apa khabar malam ni?
moga baik-baik saja..

emm..tgk gamba kanak-kanak tu ..ishhh kuat betul melantak makanan ringan..berketul2 body...hehe..

kene kurangkan makanan fast food ni..kan..tak elok utk kesihatan...

Admin P@P berkata...[Reply]

Assalamualaikum.

Bukan tak tahu bahaya dan tidak berkhasiatnya makanan ringan tu, tapi kadang-kadang dan selalunya ibubapa turut saja kehendak anak demi kasih sayang.

Semoga selepas ini lebih lagi kasih sayang terhadap anak-anak yang masih kecil tu dengan mengurang dan seterusnya tidak membenarkan anak-anak menjamah makanan tak berkhasiat tersebut...

TQ

Kak Amy berkata...[Reply]

thanks ibu di atas nasihat..

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu..

peranan kantin juga penting..jangan jual segala mcm cekedis di sekolah..kadang2 mrk hanya fikirkan keuntungan jangka pendek sahaja

ibuintan berkata...[Reply]

SR,

tu lah iklan yang menggoda, berjaya menarik perhatian ramai apatah lagi kanak2

ibuintan berkata...[Reply]

Cik Ina,

kekadang anak2 yang pandai beli sendiri dengan duit belanja diorang, mak bapaklah kena pantau selalu

ibuintan berkata...[Reply]

Amy,

sama-sama kasih dik...

ibuintan berkata...[Reply]

Mualaikumsalam shah,

kat kantin jajan ni biasanya tak boleh jual, tapi air yg bermacam pesen dalam tin dan botol tu banyak jual...

air ni pun bahaya juga , banyak pewarna tiruan dan gula

ibuintan berkata...[Reply]

Dinda amy,

banyak makan yang seimbang dan berkhasiat takpe juga, tapi ni melantak makanan yang ibarat sampah...

fast food kononnya makanan org hebat, begitu juga makanan ringan ni semuanya bila berlebihan menjdi mudarat... banyak menjadi punca penyakit

ibuintan berkata...[Reply]

Cikgu Lai,

betul tu demi kasih sayang, tapi dlm menunaikan kehendak anak2 rupanya ia menjadi musuh kepada anak2 pula

azieazah berkata...[Reply]

Walaupun sekolah “mengharamkan” jualan junk food, tapi murid tetap masih boleh beli sendiri di luar bila balik dari sekolah.

aduhaiii...