Followers

Sabtu, 5 Februari 2011

Kenduri rumah jiran

Tengahari ni ada undangan majlis kenduri, kenduri akikah dan doa selamat di rumah jiran.  Dengarnya sembelih seekor lembu.  Kalau sembelih seekor lembu, tentunya dari petang semalam dah bermula aktiviti 'berpangkal' atau rewang, tapi tidak pergi menolong  kerana petang semalam baru balik dari rumah mak mertua.  Sampai di rumah sudah pukul empat petang, rasa malas pula nak ke rumah jiran tersebut.

Kakak sedara sebelah rumah ada mengajak  'untuk menolong apa yang patut' tapi beri alasan nak buat kerja rumah, 'esok pagi saja pergi' (hari ini)

Rumah  walaupun ditinggalkan sehari semalam, baru sehari tidak menyapu namun cepat sangat nampak berhabuknya.  Selepas memunggah keluar beg dari kereta, terus memasukkan kain baju kotor ke dalam mesin, biar mesin yang buat kerja-kerja rutinnya., diri sendiri pulak menyapu terutama menyapu bilik tidur, abahintan pantang besar kalau bilik kami berhabuk. Dia kalau dah naik atas katil pun nampak habuk atas lantai, sah-sah akan bangun dan menyapu dulu.

Bilik lain anak-anak urus sendiri, ibubapanya tidak ambil peduli, ibubapanya hanya berleter kalau lihat bilik mereka lagak tongkang pecah.  Masing-masing dah boleh membuatnya sendiri, jadi uruslah sendiri bilik masing-masing.  Tapi nampaknya beza bilik anak gadis remaja dan anak bujang remaja memang berbeza sangat, sangat berbeza, kalau ada yang menjengah bilik mereka, spontan dapat mengagak.. mana bilik  bujang mana pulak bilik anak gadis.... rupa dan bau menjawab segalanya.


Along dan Intan mesti takkan pergi ke rumah kenduri, Jadi untuk makan tengahari mereka, Intan akan masak  sendiri.  Sekarang mereka  tidak mahu  ke rumah kenduri jiran-jiran, masing-masing sudah malu, mereka hanya mahu diajak ke majlis kenduri yang ibuintan hadiri secara jemputan saja.. maknanya sampai di rumah kenduri, bersalaman, makan, salam bersampul dan balik.  Kalau rumah kenduri jiran, yang ibuintan mesti tolong menolong dan bersedekah tenaga,  pergi awal balik lewat sikit, memang mereka takkan ikut. Alasan mereka tak ada kawan, semua orang tua.  Memang alasan tak boleh digunapakai, alasan orang yang tidak suka hidup bermasyarakat.

Walaupun begitu setakat rumah jiran sekampung mereka dilepaskan juga dengan alasan mereka tapi kalau melibatkan jiran terdekat atau saudara mara, minta maaf sebarang alasan tidak dilayan, harus hadir menunjukkan muka... kata Along "tunjuk muka saja".... ya tunjuk muka, boleh  balik, kalau lapar... masak sendiri.... tapi selalunya bila mereka dah datang. tak pulak balik awal tu, tunggu juga hingga kenduri selesai..

//dulu-dulu ..., diajak pergi, mesti pergi.. 'mereka menjemput sekeluarga bukan abah sorang'  dengar tu je dah takut nak kata tak mahu pergi



Yang tidak mahu pergi, makan ni sajalah...




11 ulasan:

IMANSHAH berkata...[Reply]

saya pun kalau maka ajak kenduri, selalunya jawab, nak diet lah..hehe

Rozali berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibuintan

sedapnya makan daging fresh

Wassalam

ckLah@xiiinam berkata...[Reply]

ckLah pun tak masak tengah hari ni...kosongkan perut untuk ke kenduri.



(Oooooo, pi kenduri nak makan je ye ckLah!)

Zaitun berkata...[Reply]

Kak Zai pun ada jemputan kahwin anak jiran rumah lama tapi tak dapat pergi sebab orang yang buat rumah kerja hari ni.Nasib baik lah tahun lepas anak pertamanya kahwin kak Zai dah pergi.

Just Mie berkata...[Reply]

Musim kenduri kendara sekarang kan...

Di serang babi hutan

Just Mie berkata...[Reply]

Musim kenduri kendara sekarang kan...

Di serang babi hutan

azieazah berkata...[Reply]

Betullah Kak.

anak-anak sekarang payah sungguh diajak ke majlis kenduri. Semua nak hadir kalu rumah kengkawan dia jer.

Kadang2 kena paksa. Kalu dah rumah sedara sendiri, memang ler kena paksa. Nanti tak kenal mana mak sedara mana sepupu mana pak menakan...

payah. Yang kena sindir nanti, mak ayah ni jugaaaakk..:)

Mesra di Maya Tidak Mesti Harus Mesra di Luar

kak Erna berkata...[Reply]

ibuintan..akak pun pi makan kenduri hari ni..
samalah kita..bilik anak2..pandai lah uruskan sendiri kalau nak bersih..mak dah tak kuasa..masing2 dah besar panjang..

Sasa Al-Sharif berkata...[Reply]

ehem, tak semua budak lelaki suka main belasah. ada budak lelaki yg ada hobi mendekorasi bilik, nak kemas dan cantik ja. haha

Cempakamelati berkata...[Reply]

Tu la, sekaang ni budak-budak muda semakin kurang untuk ke kenduri kendara. Kat kawasan perumahan saya tak terkecuali.

Insan Marhaen berkata...[Reply]

IM - tak dijemput. tengok gambar aje..