Followers

Khamis, 3 Februari 2011

Tinggal dua ekor, dua-dua janda

Pagi tadi abahintan minta nasi sejuk.

"Nak buat apa"

'Nak beri ayam makan'

'Kan selalu beri jagung'

'Dah tak beli, beri nasi je lah'

'Kenapa pulak'

'Kan dah habis mati, ayam dah tinggal dua ekor... tu pun dua-dua janda'

hehehehe... ibuintan senyum sorang pagi tadi bila abahintan gelarkan ayamnya 'janda'.

Abahintan sebelum ini ada membela ayam kampung, ayamnya dibela di dalam reban di belakang rumah.  Elok kembang biaknya.  Dah banyak juga yang telah disembelih.  Namun sejak selepas hari raya korban yang lalu, ayam di kampung ini telah dihinggapi penyakit sampar ayam.  Berturut-turut dari setiap rumah, habis satu reban ayam, penyakit ini berpindah pula ke reban yang lain.  Hingga akhirnya sampai juga ke reban ayam di belakang rumah ini.

Inilah dua ekor janda yang dimaksudkan.  Semasa ayam-ayam lain (semua telah mati) mendapat penyakit sampar ini, kedua-dua ayam janda ini sedang mengeram.  Kedua-duanya berjaya menetaskan telur masing-masing, sijanda coklat menetaskan lima ekor anak sementara sijanda putih menetaskan empat ekor anak, namun kesemua anak-anak sijanda tidak dapat bertahan, semuanya mati juga.


Abahintan mengelarkannya janda sebab semua 'laki' mereka iaitu kesemua ayam jantan telah mati.  Ayam jantan kepunyaan jiran-jiran berhampiran juga telah mati.  Nampaknya terpaksa mencari dan membeli seekor ayam jantan untuk dijodohkan dengan janda-janda yang ada dibeberapa reban disini. Ayam jiran sebelah rumah juga tinggal dua ekor... juga ayam betina.

Kalau selalunya setiap subuh, bunyi kokok ayam jantan sahut menyahut memeriahkan suasana hening pagi, namun kini semuanya telah hilang, terasa sangat kehilangannya.  Kini semuanya sunyi sepi.




38 ulasan:

Hamizah berkata...[Reply]

cepatlah carikan jodoh mereka..mesti sunyi tuh..hehehe

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Ayam pun mengalami kepupusan baka jantan...

:D

sud@is berkata...[Reply]

bestnya dengar ayam berkokok...
tu tanda dia nampak malaikat (kata ustaz)

hentian berkata...[Reply]

elok sembelih je sebelum 2-2 tu kena penyakit

Cempakamelati berkata...[Reply]

Sian ayam-ayam tu, dah la suami mati, anak-anak pun mati. ayam agaknya tau sedih tak???

azieazah berkata...[Reply]

Nanti kalu sudah bertemu jodoh, buatlah kenduri kecil-kecilan. Jangan lupa jemput kami ekk...

hehehehhe

zul permatang badak berkata...[Reply]

....kat pahang ni pun macam tu juga...kalau begitu wabak ni melanda seluruh malaysia....dlm 3o ekor...habis....yang jantan 7 ekor...pagi2 tak kedengaran sahutan kokok....sedih...dan tinggal 1 ekor ibu....nasi basi pun membazir....

IMANSHAH berkata...[Reply]

sembelih2..makan sodap ni ayam kampung

Unknown berkata...[Reply]

ibuintan

kes ayam yang dok ada penyakit tu..kat kampung kami mmg dah lama..skrg reban tinggai kenangan...

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..nampaknya tak membiak la ..ayam kampung ni..kena usahakan pasangana ayam tu..secepat mungkin..he he..

anie,Nagoya berkata...[Reply]

kahkahkahkah......lawak.....

cepat2 carikan jodoh tuk ayam janda tu.

Unknown berkata...[Reply]

kalo kat kedah tak panggil penyakit sambar...kami panggil penyakit Hawaq....kejamnya nama...

Asri Alam berkata...[Reply]

tak penah dengar pulak penyakit tu. kat kampung ada pelihara ayam jgk. mujur tak pernah ada penyakit pelik

sal berkata...[Reply]

ayam pun kena carikan jodoh cepat2 supaya tak kepupusan..huhu..moga berhasl

Zaitun berkata...[Reply]

Kesian ayam2 janda tu mesti sepi tanpa jejaka kan.

Dulu masa kat kampung tak payah gunakan jam loceng,kalau dengar ayam jantan berkokok itu menandakan hari nak siang.

Unknown berkata...[Reply]

kenapa penyakit ni serang ayam jantan jer? sian ayam betina smua jd janda? hehe

ibuintan berkata...[Reply]

Hamizah,

tadi adik ipar hendak memberi seekor ayam jantan tapi tunggu dulu biar penyakit sampar ni betul habis dulu..

ibuintan berkata...[Reply]

ckLah,

baka jantan memang umur kurang panjang kot... cepat pupus

ibuintan berkata...[Reply]

sud@is,

memang seronok dengarnya , bersahut-sahutan setiap subuh tapi sekarang dah tiada dah sunyi

ibuintan berkata...[Reply]

Im,

sayang pulak... nak buat baka, lagipun rasanya penyakit sampar ni dah lari ke tempat lain pula

ibuintan berkata...[Reply]

Chempaka,

hahaha... sunyi juga kot, laki dah mati, anak2 pun mati malah kawan sereban yang lain pun semua mati.. nasib baik juga tinggal kawan seekor lagi

ibuintan berkata...[Reply]

Azie,

dapat jodoh pun, lambat juga membiaknya semula... kot buat kenduri insyaallah .. tapi gulai ayam pencen saja la

ibuintan berkata...[Reply]

Zul,

mak mertua kata semasa wabak penyakit ni, kalau ada ayam yang mengeram ..ayam tu biasanya selamat, mungkin daya ketahannya kuat kot masa mengeram tu..

ayam jiran yang selamat juga mengeram sewaktu wabak ni menyerang.. betul juga agaknya ayam yang mengeram masa tu semua panjang umurnya lagi

ibuintan berkata...[Reply]

Iman,

dah suruh sembelih tapi tuannya sayang, nak buat baka semula

ibuintan berkata...[Reply]

Ayu CR,

selalunya penyakit sampar ayam ni kalau menyerang memang habis sereban ayam dikerjakannya kecuali yang mengeram kot..

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,

memang kena cari yang jantannya juga, ayam jiran2 pun semua betina juga... memang takde harapan nak membiak semula

ibuintan berkata...[Reply]

anie,

sedang pandang-pandang ni jodoh yg sesuai untuk 'janda2' tu.. kesian lak janda lamo2

ibuintan berkata...[Reply]

NNN,

kejam ke? taklah sekadar gurauan, kesian lagi adalah sebab dah takde kengkawan, nak sembelih sayang pulak..

ibuintan berkata...[Reply]

Sasa,

kat sini ada tapi bukan selalu, rasanya dah lama juga penyakit ayam ni tak sampai ke sini, ada tu nasib tak baik habis sereban yang mati

ibuintan berkata...[Reply]

Sal,

mesti! tapi biarlah penyakit ni betul2 reda dulu, nanti akan dicarikan jodohnya semula

ibuintan berkata...[Reply]

kakzai,

memang sepi tanpa kokokan ayam setiap subuh sekarang ni... selalunya terjaga saja mesti dah riuh rendah ayam2 tu berkokok..salin sahut menyahut

ibuintan berkata...[Reply]

Nick,

penyakit ni serang semua ayam, cuma ayam yang dua ekor ni daya tahannya kuat kot... umur panjang lagi... siankan jadi janda awal2

IMANSHAH berkata...[Reply]

tadi berlegar ke pasar ipoh, ada pulak ayam kampung jual..dalam bangunan??terkejut saya

atuk berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibuintan

kesian si janda tu
tolong carikan bapaknya

Wassalam

Admin P@P berkata...[Reply]

Assalamualaikum.
Nampaknya ayam juga menjanda! Tak terfikir pula sebelum nie.

TQ

ibuintan berkata...[Reply]

Iman,

ayam kampong ada dijual dipasar2 sekarang, ramai peminatnya dan boleh tahan juga harganya..

iman beli ke?

ibuintan berkata...[Reply]

Mualaikumsalam Rozali,

hehehe...nanti akan dicarikan, rugi juga kalau tak dicarikan jodohnya, takde hasilnya nanti

ibuintan berkata...[Reply]

Cikgu Lai,

tu lah kan.. siapa sangka dan tak sangka juga, ayam pun boleh menjanda juga..