Setiap tahun menerima murid baru. Setiap tahun juga perlu meminta salinan surat beranak anak-anak murid untuk mengisi dan melengkapkan butir-butir diri mereka di dalam buku daftar sekolah, buku kedatangan juga sistem maklumat murid.
Sehelai kertas yang amat penting, sentiasa menjadi bahan penting dalam setiap agenda, nak masuk sekolah, nak mohon kerja, nak mohon belajar, nak mohon buat hutang, nak kahwin... segala macam lagi 'nak' dibuat semua minta membawa, takpun minta sesalinan yang disahkan... sijil kelahiran ataupun nama famos nya surat beranak... surat beranak ni lah yang akan dijaga sehingga ianya akan ditukar kepada sijil yang lain pula.
Tak lain dan tak bukan sijil kematian.
Pagi tadi membelek salinan surat beranak anak murid untuk melengkapkan data diri mereka ke dalam sistem maklumat murid. Maka ini yang dijumpa juga....
Hampir setiap tahun berjumpa kes seperti ini... di ruangan bapa... Maklumat tidak diperolehi dan Tidak Berkenaan.... yang ada di isi hanya nama anak tanpa bin atau binti, serta nama ibu dan maklumat ibu yang lengkap.... dari manakah datangnya anak ini?
Ini yang jujur, buat salinan dari surat beranak yang sebenarnya, namun pernah juga... kerana malu agaknya cuba menipu dengan membuat tampalan dulu diruangan butir-butir diri bapa sebelum membuat fotokopinya, selamat sekejap tetapi tiba masa bila diperlukan surat beranak yang sebenarnya... terus kantoi
Selalu terbayang apakah yang bakal dirasa oleh anak ini terutamanya anak perempuan bila dewasa kelak, bila ditanya kenapa surat beranak tidak lengkap, kenapa hanya ada nama sendiri tetapi tiada berbinti.... malah bila hendak kahwin juga bagaimana penerimaan bakal suami dan keluarganya.
Teringat satu kisah, seorang rakan guru pernah bercerita yang seorang saudaranya yang mahu meminang seorang gadis pilihan anaknya, telah meminta untuk melihat surat beranak sigadis sebelum datang merisik, akhirnya perhubungan itu menjadi terhalang gara-gara maklumat yang tertera di surat beranak tersebut. Keluarga lelaki menentang kerana si gadis anak tidak sah statusnya.
Kesian kepada anak yang tidak bersalah. Kerana kesilapan si ibu dan si 'lelaki' yang entah siapa anak menjadi mangsa..... pernah juga ibuintan bermulut jahat, cuba bertanya anak murid berkenaan, tentang siapa ayah mereka... antara jawapan tulus yang diperolehi ialah 'mak kata abah dah mati', mak kata ayah dah hilang, dan ada juga mak kata ayah dah balik negeri... negeri mana? Ontahlah tu..
//apapun statusnya anak-anak itu tidak bersalah.... sekurang-kurangnya ibunya tetap melahirkan, menjaganya dan membesarkannya
Tidak seperti ini...........
.................................... berapa banyak lagi dosa yang mahu ditambahnya?
26 ulasan:
ibu...
kat tempat sy pun mcm tu...
kesian mereka...
segala2nya terbantut bile terjadi kat mereka kan...
14 feb ni lagi merisaukan...
langkah berjaga2 laa kita semua...
salam
hurm, kasihan betul..saya tak pernah pula berhadapan dengan kes begini..bagaimana pulak agaknya nanti bila dia dah dewasa sikit, nak kahwin dan sebagainya??
Masyaaalah
1st time nmpak kes macam ni
seuanya akan jadi susah dan tidak selesa pada anak bila dewasa nnti seperti yang ibu intan ceritakan..
Kak,
festaim saya nampak sijil beranak macam ni.
Kesian anak-anak macam ni. Lebih-lebih lagi kalau perempuan. Apalah nasib mereka nanti.
Kesian. Anak itu tak bersalah tapi membawa badi kesalahan ibu bapa seumur hidup. Harap2 tak ada yang memandang rendah kepada mereka sebab mereka taknak pun dilahirkan sedemikian.
Kita memang risaukan akhlak anak muda akhir2 ini..
'mak kata ayah dah balik negeri...?
bangla kah?
indon kah?
pakistan kah?
cubo tgk dari paras rupo bdk tu....
tapi tu laaa...yg jd mangso bdk2 tu gak!
Sepupu saya seorang Doktor di HKL yang bertanggungjawab utk menyambut kelahiran bayi baru setiap hari mendedahkan di HKL sahaja hampir setiap hari ada sahaja bayi yang lahir tanpa bapa yg sah. Kalau kita lihat di Terengganu seperti yg pernah didedahkan diakhbar lebih dari 500 bayi tidak sah taraf dilahirkan. Nantikan catatan terbaru saya ttg perkara ni di blog saya. Sudi2kan la menjengah. http://azwandengkil.blogspot.com
assalamualaikum ibuintan.
tak apalah ibu..jangan sampai depa kena aniaya sampai jadi macam gambor last tu...
ibu, ambil award ini yer
http://ruhayurazali.blogspot.com/2011/02/award-dari-alam-sari-my-favorite-blog.html
masa saya ngajar thn 1, ada jumpa kes2 begini..kdg2 kesian melihatnya..
betul yee,bukan salah dia...kita berdoa agar anak2 ini menjadi manusia berguna dpt menyumbang bakti pd negara yg tercinta..
tentu ada hikmahnya dia dilahirkan ke dunia, berkesempatan menghirup udara di bumi Allah..itu yg kadangkala saya fikirkan apabila menerima anak2 instant begini di dlm kelas masa dulu2.....
WR,
memang sedih mengenangkan nasib mereka..
mereka semua tidak bersalah
Iman,
itu juga yang ibu selalu terbayangkan, ada juga kes dua beradik camni.. kakak dan adiknya sekali
dua-dua tiada berbinti... bawa nama sendiri saja
s.U.d. @i.s..
banyak dah jumpa kes macam ni, paling kesian pada anak2 perempuan la.. masa depan mereka
reen,
akak dah kerap kali nengoknya, akak tak salahkan anak2 tu... kesian ada lagi, tambahan bila kenangkan nasib mereka bila sudah besar nanti... tentu mereka berasa juga kan..
kakpah,
kami yang mengetahuinya cuba seboleh mungkin menyimpan rahsia surat beranak tu, namun ada masa perlu juga diberitahu sesama sendiri..
selalunya rakan sekelas mereka sendiri tidak tahu walaupun ada yg bertanya kenapa 'dia' tiada berbin atau berbinti, masa nilah cikgu pulak kena buat cerita sendiri supaya mereka tidak sibuk bertanya lagi
kaklong,
anugerah Allah, yang sebegitu biasanya muka lawa, comel dan hensem2..
tang tu memang kami semua perasan... memang ada rupa
azwan,
mana-mana pun dengar cerita macam tu juga, saban hari sentiasa ada saja kelahiran jenis ni...
nampak sangat moral generasi kini makin runtuh, minta dijauhkan dari keluarga dan sanak saudara kita perkara yang mengaibkan ini
Ayu,
betul tu, nasib baik ibu mereka masih ada iman dan ketakutan lagi kan, kalau tak memang sah jadi macam gambar2 tu..
trima kasih... nanti ibu angkut balik
Sal,
mana-mana memang ada kes begini,
kita memang tak pernah menyalahkan mereka malah bertambah kesian ada, tapi apa daya kita, mereka terpaksa menanggung kesilapan ibu mereka dulu..
mereka juga tidak pernah kita beza2kan ....kan..
Anak yang menjadi mangsa atas perbuatan lelaki durjana.
Salam my dear sis..IbuIntan..:)
MOga akak sihat2 di sana
Bagaimanalah kan perasaan
anak2 itu yaa
Moga anak2 ini terdidik dengan agama yang sempurna agar tidak diulangi dosa utk masa akan dtg....InsyaAllah
salam ziarah, terima kasih kerana sudi megomen di tempat makcik.
Memang perbuatan mereka berdosa kerana berzina sehingga melahirkan anak luar nikah. Tanpa rasa bersalah, mereka membesarkan anak tu dengan penuh kasih sayang seperti anak sah taraf yang lain.
Mereka makcik anggap masih mulia dari mereka yang melahirkan anak luar nikah , kemudian membuang ke merata alam sehingga bayi yang tak berdosa tu meninggal dunia. Semoga Allah membuka pintu taubat buat mereka.
kakzai,
sama-sama salah kan, bukan lelaki saja tu... dua-dua singkat akal
Tinie,
masa kecil mereka rasanya tidak merasa apa-apa dan belum pun tahu apa-apa, bila besar nanti entahlah.. tu yang rasa kesian sangat bila memikirkannya
moga dijauhi daripada ahli keluarga kita
Cik Ina DDC,
saya juga berperasaan yang sama, ibu-ibu ini masih lagi bersikap mulia, walau menanggung malu (mungkin) namun masih bersedia untuk membela dan menbesarkannya dengan penuh kasih sayang
saya mengenali mereka, dan mereka memang sangat sayang pada anak2 ini, namun diharapkan mereka juga dapat mengingatkan anak2 mereka supaya tidak mengulangi kesilapan mereka yg lalu
Mohon di jauhkan.. semoga keluarga kita selamat dan melahirkan keturunan yang baik-baik..
cikgu.... insyaallah, dengan doa dan bimbingan kita, semoga ahli keluarga kita dilindungi dan dijauhi dari musibah sebegitu
Catat Ulasan