Followers

Rabu, 9 Februari 2011

Catatan di Mersing 2.

Edisi hari ke dua di Mersing. Isnin 7hb Feb. 2011.

Keesokan paginya, kami keluar awal dari hotel.  Selepas bersarapan kami terus menghantar Intan melapor diri di Sek Men. Sains Sultan Iskandar.  Hanya beberapa orang saja pelajar yang datang dari luar negeri Johor. Selain Intan terdapat  seorang lagi pelajar dari N. Sembilan (mungkin ada lagi yang belum sempat dikenali).

Dan yang paling seronok dan melapangkan hati ibu ini ialah bila dapat bertemu dan bersoaljawab dengan seorang pelajar (Amalina) dari Juaseh, Kuala Pilah juga .. yang telah belajar di sana sejak tingkatan satu dan Intan dapat pula belajar sekelas dengannya.  Lapang sungguh hati bila dia bercerita, dia selalunya balik kampung menaiki bas hingga ke Bahau.  Tiada masalah nak balik sebab ada perkhidmatan bas dari Mersing ke Bahau.  Malah laluan syarikat bas Transnasional dari Kuala Lumpur ke Mersing juga melalui Tanjung Ipoh dan Kuala Pilah. 

Sepanjang sesi pendaftaran Intan kelihatan sungguh ceria.  Hanya ibunya semakin lama semakin pilu, semakin pilu untuk berenggang dengan satu-satunya puteri yang ditatang selama ini.  Hanya Allah yang mengetahui.  Demi masa depan dan demi ilmu yang dicarinya untuk mencapai cita-citanya, moga dipermudahkan Allah semuanya.  Setelah banyak mendengar cerita dari bakal rakan sekelasnya (Amalina) semuanya yang baik-baik belaka, hati ibu ini semakin lega dan dapat melepaskannya dengan tenang.


Selesai sesi pendaftaran dan menghantar barang-barangnya ke dorm, pukul 12 tengahari, semua pelajar baru dan ibubapa berkumpul semula di dalam dewan untuk sesi taklimat ibubapa pula.  Ucapan tuan pengetua, diikuti lafaz ikrar penyerahan anak oleh ibubapa  serta lafaz ikrar pelajar baru.  Kemudian diikuti perjumpaan bersama mentor anak-anak, seorang pelajar mendapat seorang mentor yang berperanan juga sebagai ibu atau bapa angkat mereka selama belajar di sana.

Selepas selesai semuanya, pelajar di beri peluang lagi bersama ibubapa mereka sehingga pukul lima petang sebelum bermulanya taklimat minggu silaturrahim.  Kami mengambil kesempatan ini membawa Intan makan tengahari bersama-sama.  Kami menghantarnya balik ke asrama pada pukul 2.30 petang.  Akhirnya airmata dua beranak gugur juga, walau tetap cuba menahannya, biarkan ianya jatuh ke perut dulu, tidak mahu Intan terlalu melihat kesedihan ibunya.  Tetap melepaskan Intan dengan senyuman yang agak getir.

Kami bertolak balik dari Mersing pada pukul 2.45 petang dan selamat sampai di rumah semula kira-kira empat jam kemudiannya, syukur perjalanan kami dipermudahkanNya.


Hati ini makin lapang bila dia menelefon petang tadi, suaranya yang ceria dan dia sempat berpesan supaya ibunya jangan risau,... Intan seronok di sini....Alhamdulillah, jika dia dapat menyesuaikan diri dengan cepat.

Ibuintan tahu dia memang cepat dapat menyesuaikan diri dan punya hati yang cekal.  Dia sudah beberapa kali menyertai kem motivasi pelajar dan kem waja diri semasa menjadi Ketua Murid (P) semasa di tahun enam dulu.

30 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Intan anak yang cerdik - pastinya cepat sahaja dia dapat menyesuaikan diri dan berdikari. :)

kasihibu berkata...[Reply]

selamat belajar intan..
jagna sedih sedih ibuintan... ;p

kak long berkata...[Reply]

pun tak dapat menahan air mata....!
raso macam kaklong lak berpisah ngn anak....:((

tapi tu semua demi maso dopan ea...tak po la kan?

ibuintan berkata...[Reply]

alhamdulillah kakcik,

harapnya begitulah, ceria saja dia menelefon petang tadi..harap2nya tak ada masalah dia menyesuaikan diri

ibuintan berkata...[Reply]

sya,

taklah sedih sangat, cuma tokonang2 yo

ibuintan berkata...[Reply]

kak long,

camtu lah gayo ea, dia memang nak sangat belajar kek situ, bia lah dicubo ea.. hibo yo la hati ni bila tokonang kek dio tu

azlina berkata...[Reply]

aduh sedih pula baca n3 akk kali ni...tak dapat bayang kan masa utk berpisah dengan aleya satu hari nanti...nk hantar ke tadika pun selalu risau...

atuk berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibuintan

Alhamdulillah
telah dipermudahkan dlm semua urusan dan moga intan menjadi anak yg solehah

Wassalam

Azian Elias berkata...[Reply]

Tahniah buat ibu dan anak.. Kena berjauhan lah ye Kak.

Anak kawan saya pun dapat MRSM mersing. Daftar sama lah tu. Tp baru nak masuk Form 1 lah..

Asri Alam berkata...[Reply]

ibuintan cekalkan hati ya. dulu masuk sekolah agama yg jauh dari keluarga. agak sedih jgk tp masih ok. sejak tiap kali balik ke asrama ibu menangis, aku asyik teringat ibu tgh sedih & rindukan aku. harap intan tak mcm tu, perit rasanya

Bibu berkata...[Reply]

alhamdullillah.....

rasa hati ibuintan lega n aman ada cikgu dari bekas cikgu intan.bertuah ibuintan.nnt blek umah bleh blek sma2 gan cikgu tu.

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu..

sebak saya baca entri ini..ialah, ibu mana mau meninggalkan anak dara di tempat org kan..namun kerana ilmu, ibu pasti redhakannya kan

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Salam ibuintan,

Kakak dapat rasa apa yang ibuintan rasa. Cuma kakak bangga Intan cekal dan kuat walau ibunya agak "lembut" berbanding dia. Kakak tengok gambar Intan dgn "peace" tu dah tahu memang dia ok punya.....

Unknown berkata...[Reply]

salam ibuintan...
ayu pula yang terharu bila baca entry nie..
bijak sungguh intan........semoga dia pandai bawa diri, belajar dengan cemerlang dan menjadi anak yang solehah dan berguna pada masyarakat.........

ibuintan jgn sedih2 yer.....

Acik Erna berkata...[Reply]

as salam ibuintan..
keluar pulak air mata akak membacanya..
tu la sebab agaknya..dulu masa anak dapat 5A..dok asrama..sebulan aje..akak bawak balik..he he..tak tabah lansungkan..padahal anak nak belajar..

Zaitun berkata...[Reply]

Jiwa ibuintan sama macam kak Zai,sensitive tambah lagi kalau berjauhan dengan anak perempuan.

Jangan risau intan dapat menyesuiakan diri insyaAllah.

white rose berkata...[Reply]

waahh...anak manje mak...
xpe ibu, intan akan belajar berdikari...

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Belajar rajin-rajin ya Intan!



psst: Mr X kami dah sampai!

ibuintan berkata...[Reply]

ina,

rasa sangat sebab selama ni nampak depan mata saja, tiba-tiba duduk jauh pulak... hiba benar rasanya

ibuintan berkata...[Reply]

Mualaikumsalam AB,

amin... itu juga yang diharapkan

ibuintan berkata...[Reply]

Yan,

masuk ting satu lagilah lain rasanya sebab masih kecil benar rasanya, dah rasa juga dulu masa Along masuk asrama di Ting satu, hampir setiap minggu pergi menjenguk.. tapi ini jauh payah nak pergi setiap minggu

tu yg tambah sedih tu

ibuintan berkata...[Reply]

sasa,

rindu ibu dan rindu anak sama peritnya, terbayang2 dikelopak mata

ibuintan berkata...[Reply]

anie,

itulah nampaknya boleh balik bersama nanti

ibuintan berkata...[Reply]

Shah,

kerana ilmu dan kehendak hatinya, ibu tetap merelakannya.. semoga dia berjaya suatu hari nanti... doa yg tidak pernah putus buat keselamatan anak2 semuanya

ibuintan berkata...[Reply]

kakzakie,

memang Intan seorang anak yang cekal dan keras hati juga, tadi dia telefon juga dengan nada ceria... terubat juga rindu ini

ibuintan berkata...[Reply]

Ayu,

dah beransur hilang sedihnya.. namun bila selepas dia menelefon, tewas juga sedikit, rasa nak ke sana pun ada juga, walau tahu dia tak apa2...dia gembira di sana

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,

wah kalau camtu akak lagilah mudah cair, saya masa along dulu, setiap minggu melawatnya tapi Along juga rasanya tidak secekal intan... setiap kali tel tanya bila nak datang

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai,

setakat hari ini, dari cerita dan suaranya dia gembira di sek barunya

ibunya memang berat hati sangat bila berjauhan darinya tambahan itulah seorang anak perempuan. yang manja dan rapat dengan kita

ibuintan berkata...[Reply]

WR,

memang manje sesangat tapi dia kuat semangat... harapnya begitulah

ibuintan berkata...[Reply]

Iye cikgu ckLah...Intan janji akan belajar dengan rajinnya.


hahaha... ckLah sian Mr X, nak kawan ngan sapa nanti tu?