Budak tiga beradik bising, macamlah tiada aktivit lain yang dapat dibuat kalau tiada internet,. sibuk bertanya ibu dan abahnya, samada bil sudah dibayar atau belum.. kalau belum macamlah mereka pula nak membayarkannya.
Ibuintan tidak kisah sebab pagi tadi aktiviti mengalahkan kedai dobi, nasib baik mesin basuh tu tak banyak
Sebab teruja dengan cahaya matahari yang cerah bersinar, kain baju diampaian juga dipusing balik beberapa kali supaya cepat kering. Puas hati sebab menjelang petang yang kembali mendung, kain baju di ampaian kering semuanya.
Sambil menunggu mesin basuh menjalankan kerja, ibuintan juga sempat menjahit dua pasang baju kurung sendiri. Aktiviti mengadap pc juga menyebabkan aktiviti menjahit seringkali terganggu dan tertangguh-tangguh... melayan blog dan berchat di fb telah menduduki carta atas di masa cuti sekarang ini. Namun kerja rumahtangga harus beres dulu.
Tengahari tadi adik ipar serta suaminya datang berkunjung ke rumah. Mereka berdua memang selalu datang bertandang. Mereka berdua balik selepas makan tengahari. Mereka datang tanpa memberitahu dahulu, jadi Ibuintan masak apa yang ada dalam peti ais saja, ikan tengiri masak lemak cili api, ikan sepat goreng berlada, telur masak kicap, tauhu sumbat serta goreng kangkung ikan masin.
Sebelah petangnya pula menghantar Intan ke Klinik Kesihatan Kuala Pilah untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan X-Ray. Pemeriksaan akan bersambung lagi esok pagi.
Selepas itu, terus ke Bahau, dalam keadaan langit yang gelap dan memberi petanda hujan akan turun semula. Pergi berurusan di ATM AMBank , urusan pengeluaran duit dan kemudian urusan memasukkan duit semula. Nasib baik cuaca di Bahau cerah, senang menguruskan hal yang seterusnya.
Sudah terlanjur sampai ke sana, Intan pun mengambil kesempatan membeli dan melengkapkan barang keperluan yang perlu dibawanya ke asrama minggu depan. Samalah dia bersoping kong he fat choi, panjangnya list barangan yang ditulisnya... seolah-olah semuanya nak baru, Tapi ibunya yang prihatin cepat-cepat menyenarai pendekkan list tersebut... kalau ikutkan list kehendak hatinya, lari budget makan setengah tahun... bukan sebulan tu... setengah tahun aka enam bulan....
Yang bergulung yang dipegangnya ialah majalah kegilaannya sekarang, majalah Korea yang diversi melayukan, dua buah sekali beli, di dalam biliknya tersusun rapi koleksi majalah ini dan jangan ada yang berani mengubah kedudukan susunan majalah tersebut... dia lebih hebat berleter daripada cikgunya
//Satu boot kereta tersusun enam bekas plastik barangannya... untuk ibu dan abahnya... takde... tukang hantar dan tukang bayar saja
///abahnya ada berkata.. nasib baik anak dara seorang saja
42 ulasan:
hehehe..anak dara nan sorang ye... ;p
salam ibu
saya hari ni pulak terlebih rajin..dah 5 entri saya buat..kuikui
patutlah intan buat 'peace' !
bonet bukan ke tempat enjin kereta ?
bertuahnya si anak dara ibu ni yaa...
manja laaa tu...
eiii, jeles sy...
salam singgah kenal dr dinaz..
bestnya Intan..
lain kali dah jauh susah nak minta apa-apa kak. Sekaranglah masanya... hehe..
pilah banjir ke ibuintan. bibik kpah cakap klua tv pilah banjir. iyo ko...
sya,
tu lah banyak permintaannya, tu yang kekadang adiknya jeles tu
Iman kaya idea lah tu... masa banyak masa dan idea tu takpe, tulis je
tun AL,
peace sebab suka hati la tu...
terima kasih.. 'boot kereta'
wr,
anak dara seorang.. setakat ni ibunya rasanya yang lebih manjakan dia
Dinaz,
salam kenal.. terima kasih sudi singgah. jemput datang lagi
reen,
memanglah tu... selalunya setiap kali kami keluar dia memang mesti beli sesuatu untuknya
kakpah... taklah pulak, cuma hari tu di tambak, selepas Tanjung Ipoh tu jalan dinaiki air... adalah sekejap jalan tu tidak boleh dilalui
salam ibuintan,
Kalau dah masuk asrama dah tak boleh shopping lagi. Kalau nak kena call ibu dan abah dtg hantar. Itu yg intan shopping sakan. Sesekali ada pelung intan sapu je. Hehehe....
assalamualaikum ibu..
dah bermula bercuti ya...line intenet kt opis sy ok cume kat uma je jem cikit huhuhuhuh...
ibu bercuti kemana 4 hari ini???
kakzakie,
tulah dia ambil kesempatan, tak patut betul semua dia nak beli yang baru... macam yang sedia ada tidak boleh guna, ibunya tak layan semua pun, beli yang mana diperlukan dan dimestikan oleh pihak sekolah barunya saja
mualaikumsalam shah,
stakat ni duduk rumah saja, esok dan lusa , rasanya blik rumah mak mertua, mak mertua minta kami bawa Intan tidur sana sebelum dia masuk asrama, hari Sabtu pula ada kenduri rumah jiran di sini...
hari Ahad kami bertolak ke Mersing, nak menginap sana semalam sementara menunggu pandaftaran pagi Isnin, so ibu sambung cuti smpai hari Isnin lah.. panjang cuti CNY tahun ni, ngalahkan orang yg menyambutnya
Alah..saya tak de pun sorang dara.. bujang je.. tunggu menantu je lah.
ok je jugak internet terputus..byk keja beres ye..
Salam IBUINTAN, sama ler saya, intenet tenggelam timbui.
gitulah kalu ada anak dara, segala tok nenek barang nak diborongnya.
Bila-bila saya balik Kuala Pilah, boleh juga singgah menyergah IBU INTAN. hehehehe
Ikan Sepat Goreng Berlada tu sedap tuuuu...!
As'salammualaikum ibu..
Nanti dah dok jauh payah nak minta apa2 bila time dekat nie la nak lebih manja sikit hehe...
Salam ibuintan,
Mesin basuh emak adam pun merajuk hari ni sebab banyak sgt kerja agaknya. Baru nak nampak mentari dah jadi mcm tu.
Nasib emak Adam tak sebaik nasib ibuintan huhuhu
Pelajar pompuan kalau nak masuk asrama mmg macam tu. Kalau boleh satu isi rumah dia nak bawa. Saya dah mengalaminya dgn dua org anak dara saya tu ngeeeee
wooohhh...banyaknya aktiviti ibu intan...hehe..apapun harap ibu intan selalu happy dan sihat di samping keluarga tercinta. ")
yelah, IM pun selalu kata kat ibu_suri, nasib baik anak kita lelaki semua...
Takpe lah nanti bila dah masuk asrama cuti panjang baru dapat balik rumah,baru boleh beli macam2.
Internet boleh meralitkann kita...
Rakyat Malaysia baca 2 buku setahun
intan tu baru masuk asrama ka? dah tingkatan 4 la kan
kakzakie,
memang Intan minta macam-macam, semunya dia nak baru takke membazir, teruja sangat lah rasanya
Yan,
ye ke? bujang pun sama juga kan, yang penting ada rezeki dapat juga zuriat kan..
mizah,
betul tu, sesekali elok juga internet tu meragam... beres kerja rumah
Azie,
sekarang internet dah okey dah...
anak dara yang demand dan cerewet kata adiknya
singgahlah..dialu-alukan, senang je cari rumah, alamt ada diblog tu..
Amy,
betul tu, komplet set dah barang yang dibeli dan bakal dibawanya...
YB,
merajuk sikit takpe jangan rosak je... kenalah YB beli yang baru
YB ke 2.
betullah YB, semua dia rasa nak bawa, dia kata susah nanti sebab ibu payah nak datang sebab jauh... padahal dia tak tahu ibunye nak cari peluang saja nak ke sana
Keli,
memang itu yang diharapkan sentiasa ceria dan hepi disamping keluarga
IM,
setiap anak ada kelebihan dan kekurangannya kan.. bersyukur saja dengan apa yg kita ada
Kak zai,
gitulah nampaknya, ini pun pengalaman barunya.. belum ada pengalaman lagi tu yg xcted lebih sangat tu...
Miecyber,
memang amat meralitkan.. kalau terleka memang susah juga jadinya banyak kerja terganggu
Sasa,
iya...dapat masuk sekolah berasrama penuh di Mersing
kalau dah berblogging,kadang-kadang anak pun tension,sebab ibunya tak masak....Ct lah tu.....he..he..
Catat Ulasan