Followers

Isnin, 25 Oktober 2010

Terkenang semasa dulu.

Lampu bilik Intan sejak beberapa hari ini buat hal.  Kalau sebelum ini hanya berkelip-kelip tetapi masih menyala akhirnya, tetapi sekarang langsung tidak menyala.  Suasana jadi kelam, hanya diterangi oleh cahaya  lampu dari luar biliknya sahaja. Nasib baik Intan sudah habis periksa, tidak perlu mengulangkaji pelajarannya lagi.

Malam ini, ibuintan menggunakan laptop yang berada di dalam biliknya. Cahaya yang suram menyulitkan untuk menekan keyboard. Walaupun sudah bermata empat tapi masih tidak berapa jelas malah mata menjadi pedih karana pencahayaan yang kurang.

Lalu  memasang lampu gaslin yang sudah di make-over semula oleh abahintan.  Lampu gaslin ini adalah lampu peninggalan arwah abah.  Lampu ini sering digunakan semasa ibuintan masih kecil.  Semasa itu di kampung ini masih belum ada bekalan letrik, jadi hampir semua rumah di kampung ada sekurang-kurangnya sebuah lampu ini.  Mereka lebih suka menggunakan lampu gaslin kerana cahayanya lebih terang serta tidak menghasilkan jelaga.  Ianya juga lebih selamat sebab boleh digantung.
Lampu ini juga dikenali sebagai lampu pam. Ianya perlu dipam sebelum ianya menyala.  Ianya menggunakan mentol yang dikenali sebagai stom ataupun mentol butterfly.  Ianya dinyalakan menggunakan minyak spirit yang diletakkan pada bekasnya di dalam balang kaca.  Tangki bawahnya pula diisi dengan minyak tanah atau minyak gas.

Tangki ini dipam dengan menggunakan pengepam yang terdapat pada badan tangki.  Ianya dipam dengan kuat supaya mentol menyala dengan marak.  Apabila cahaya lampu menjadi kurang terang, tangki minyak perlu dipam semula.


Semasa mengemas stor di belakang rumah, dua tahun lepas, abahintan terjumpa lampu gaslin ini.  Waktu itu keadaannya telah berkarat.  Jadi abahintan yang berminat dengan barang-barang lama ini telah berusaha membersih dan mengecatnya semula.  Lampu gaslin ini telah ditambah dengan mentol dan boleh digunakan menggunakan letrik.  Sebenarnya abahintan cuba mencari mentolnya yang asal tetapi tidak ada dijual lagi.
Lampu ini diletakkan di suatu sudut di ruang tamu sebagai lampu hiasan.  Pernah ada tetamu yang datang, berminat untuk membeli lampu gaslin ini tetapi kami sayang untuk menjualnya.  Biarlah ianya menjadi kenangan.

//Teringat zaman kepayahan semasa tiada bekalan letrik dahulu, semuanya serba sukar.  Syukurnya anak-anak tidak melalui semua kesusahan tersebut.

25 ulasan:

Unknown berkata...[Reply]

teringat masa kecik2 dulu..
sayu nye hati bila tengok lampu ni..

hentian berkata...[Reply]

susah orang dulu jadi hiasan orang-orang kaya sekarang

Mimie.Candy Cane berkata...[Reply]

lampu ni mmg menyimpan kenangan la..masa kecik2.bile hari dah gelap,adik beradik pakat berkumpul tengok ayah nyalakan lampu ni..

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Salam Kak,

Teringat masa kecik2 dulu.

Masa nak padamkan masing2 berebut nak buat.

CIK TOM berkata...[Reply]

teringat kenangan masa kecik2 dulu..susah compare ngan skang tp rasa hidup lg bahagia..

unik lampu ni..baik akk smpn wat kenangan..jgn jual ;)

Mohamad berkata...[Reply]

Salam ibu,
Masa kecil dulu di rumah saya memang pakai lampu ini selain pelita minyak tanah. Menarik n3 ini dan sangat menggamit memori. T.Kasih

kak long berkata...[Reply]

masa kecik2 dulu,time arwah abah nak megepam lampu ni,kami adk beradik duk menyibuk sama...so sweet..huhuhu....

Acik Erna berkata...[Reply]

salam ibuintan..lampu gasolin..
akak masa dikampung tu la..lampu yang digunakan..lama jugak..tapi..arwah bapak yang pasangkan..masa nak padam ..baru padam kan sendiri..

syamimi azmira berkata...[Reply]

Salam ibuintan...teringat kak Zai pada arwah abang bila ibuintan buat n3 ni sebab memasang lampu ni adalah tugas arwah abang kak Zai.
kak Zai.

sahromnasrudin berkata...[Reply]

alhamdulillah generasi skrg sgt bertuah tidak merasai kepayahan..baru takde line 3G kat kampong dah merengek walhal ibubapa dulu, siap tiada bekalan air takde merengek pun..apepun, syukur dengan kemakmuran yg dinikmati golongan muda skrg ^_^

Werdah berkata...[Reply]

Salam ibuintan

Selama 2 atau 3 tahun jugalah kak guna lampu gasolin ni.. masa tu tinggal di kampong Pandan, awal perkahwinan.

Nostalgia pulak nengokkan lampu tu di sini.

Masa tu masakpun guna dapur minyak tanah..

Masa di kampong dulu guna lampu ayan, selalu berjelaga di hidung kadang2 lupa nak lap masa mandi pagi, bila di sekolah kawan-kawan tegur.. malulah juga.

Kak Amy berkata...[Reply]

salam...

pernah juga merasa pakai lampu nie , bile baca entry nie terkenang pula zaman kecik2 dulu..

ibuintan berkata...[Reply]

diana,
sayu dan mengamit memori kan..

ibuintan berkata...[Reply]

memang IM ada yang tawarkan harga tinggi untuk lampu ni,

ibuintan berkata...[Reply]

mimie, seronok waktu mengepamnya, memang nostalgik betul waktu tu..

ibuintan berkata...[Reply]

Reen, time nak padamkan tu senang memang kita pun boleh buat

ibuintan berkata...[Reply]

cik tom,
memang taknak jual, sebenarnya dulu ada dua tapi satu dah ada yang bawak lari, tau-tau dah ilang je...

ibuintan berkata...[Reply]

cikgu mohamad,
sekali sekala suka juga pasang lampu ni, padam lampu lain pasang lampu ni saja tapi tak sama mcam dululah cahayanya..

ibuintan berkata...[Reply]

kak long,
saya suka bau spiritnya, dan suka nengok serangga suka berterbangan disekelilingnya.... memang sweet skali

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,
dulu kalau kenduri, pakat pinjam kat rumah2 lain kan, pasang atas rumah dan kat bawah khemah.. meriah sungguh

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai,
rasanya memasang lampu ni memang tugas semua abah, emak2 tak brapa reti agaknya, tambah nak letak spirit dan mengepamnya..

ibuintan berkata...[Reply]

shah pun mungkin tak merasainya kan, lahir dalam generasi baru, semua dah ready dan moden

ibuintan berkata...[Reply]

kak werdah,
hahaha... tang jelaga tu, saya pun pernah alami, saya tidur setiap malam mak pasang pelita, setiap pagi memang penuh jelaga kat hidung dan bantal skali.. sukar pulak tu nak cuci mesti guna sabun... itulah kenangan

ibuintan berkata...[Reply]

amy,
zaman kecik2 yang penuh kenangan, wala susah tapi tetap seronok dan bahagia kan..

ibundo berkata...[Reply]

salam. sebelum ada letrik, kita bergelap. teringat dulu masa sekolah bila stadi guna pelita atau lampu stom kecik. Bila bangun pagi, lubang hidung penuh dengan jelaga..