Followers

Ahad, 24 Oktober 2010

Jom makan.

Cuaca mendung sejak pagi, sekejap hujan sekejap berhenti, Namun tidak lebat.  Bila cuaca macam ini duduk terperap saja dalam rumah. Perut pun cepat saja laparnya.

Pagi tadi sempat pergi pasar tani sekejap.  Tidak ramai peniaga yang berniaga. Ramai peniaga menyertai rombongan anjuran Persatuan Peniaga Pasar Tani, dengar khabarnya bercuti ke Langkawi.  Sesekali selepas penat berniaga, mereka berjimba pula bersama-sama. Mengeratkan silaturahim.

Disebabkan ramai yang bercuti berniaga maka pilihan barangan agak terhad.  Selepas berpusing-pusing mencari yang berkenan dihati, hanya membeli burung puyuh salai, ikan sembilang, tempoyak  dan sayur-sayur kampung saja.  Hajat asalnya hendak membeli daging salai


Selalunya hari bekerja, membeli lauk pauk yang telah siap di masak di kantin. Untuk makan malam pula masak yang simple dan apa ada saja.  Jadi untuk menu tengah hari, pagi ini masak gulai puyuh salai dengan pucuk pegaga. ikan sembilang goreng berlada, kerabu tauge campur dan sambal tempoyak mentah.  Sambal tempoyak hanya digaul dengan lada api.  Memang pedas. 

Dengan cuaca yang mendung dan dingin, makan pula nasi panas dengan lauk-lauk yang agak pedas,  berselera makan.  Ikan sembilang goreng berlada memang kegemaran Intan dan Azim, ibu  dan abahnya kurang berminat. 

8 ulasan:

Mimie.Candy Cane berkata...[Reply]

sedapnye ibu...saya x makan tgh ari hari lagi ni..terliur sangat...uwaaaa..

ibuintan berkata...[Reply]

siannya candy.. dah petang ni takkan tak makan lagi... diet kot

imanshah berkata...[Reply]

salam, saya dari kecik tak makan sayur..hehe sebab tu tinggi pun tak melebihi 170 cm..

hehehe

kak Erna berkata...[Reply]

salam ibuintan..disini..huja dari pagi..lebat juga..pasar tani pun tak dapat pegi.pukul 2 leih baru berhenti..
sedap menu ibuintan hari ni..

ibuintan berkata...[Reply]

Iman,..ye ke tak tinggi sebab tak makan sayur? rugi lah, sayur best ape, ni mesti peminat KFC je ni..

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,
sini pun petang baru hujan berhenti, tapi jemur kain tak kering pun.. menu masak hujung minggu je..

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam ibu..masak lemak daging salai yang paling sodap huhuhuhuu

ibuintan berkata...[Reply]

shah,
memang sah gitu, tu lah pagi tadi pergi pasar tani, memang nak beli daging salai tapi makcik yang selalu jual daging salai tu tak ada pulak..

tu yang tukar dengan puyuh salai tu