Followers

Selasa, 19 Oktober 2010

Biskut Azan


Petang tadi, abahintan makan biskut azan dicecah dengan kopi-O panas.  Sudah lama tidak membeli biskut Azan, biskut yang ranggup dan tidak berapa manis,. memang sesuai dimakan sewaktu minum petang. Biskut Azan keluaran syarikat bumiputera yang terkenal  di Kuala Pilah. Kilangnya terletak di kawasan perindustrian kecil di Dioh, Kuala Pilah , berhampiran dengan pasar Kuala Pilah. Juga amat dikenali sebagai "Biskut Panjang'

Semasa bersekolah dulu, biskut ini menjadi sarapan utama setiap pagi sebelum ke sekolah. Bentuknya  panjang dan leper sikit.  Tidak berapa keras tetapi ranggup. Sesuai dimakan dengan kopi-o, tea-o atau sebarang minuman kegemaran lain.  Dulu dalam bungkusan plastik yang simple saja tetapi sekarang telah dinaiktarafkan bungkusannya, namun masih mengekalkan identitinya masih di dalam plastik juga. Bila dibuka saja sudah terbau aromanya yang wangi.

Untuk dimakan, seeloknya dicicah sekejap di dalam air dan terus dimakan, jangan direndam supaya tidak terlalu lembut. Sekejap sahaja agar semasa dikunyah masih terasa keranggupannya. 


// teringat seorang rakan dari Sabah, sewaktu dikolej dulu sebab baru pertama kali makan terus terpikat. maka dia boleh menghabiskan sebungkus (sepuluh keping) sekali makan, selepas itu sehari semalaman dia kekenyangan

19 ulasan:

diana berkata...[Reply]

biskut lutut ibu intan tau tak?
biase makan masa dalam pantang..
hhehhe..cicah dengan air kopi..
sedap jugak..

kak wan berkata...[Reply]

kalau sekali makan dah kekenyangan boleh buat diet tu..
Selamat malam ibuintan.

Insan Marhaen berkata...[Reply]

ada orang kata roti ni dibuat dari lebihan roti bun yang tak laku dijual. Dikeringkan semula dan dibubuh gula, betul ke?

kak Erna berkata...[Reply]

salam ibuintan..biskut azan memang sedap ..akak pun suka..roti azan pun ada kan..

kak long berkata...[Reply]

kaklong nyo peberet ni kak....
tapi raso maso dulu2 laie sodap pado yang sekarang,... masih sodap gak..tapi tak berapo bona laaaa...
kek sini payah nak jumpo bondo alah ni...!

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam ibu..saya nak tanye soalan yang sama dengan Insan Marhaen..betul ke???

Admin P@P berkata...[Reply]

Assalamualaikum.
Minum petang beralaskan biskut kering. Sedap. Nyaman.

Saya nak rujuk biskut gambar bawah kanan, kalau itulah yang dimaksudkan, di tempat saya dikenali sebagai 'kuih tunjuk'. Ditempat saya ia dimakan dengan cara merendam sekejap dalam air minuman, teh dsb. Dilarang menggigit secara langsung kalau gigi tidak cukup teguh.

Salam ceria.

ibuintan berkata...[Reply]

diana,
tak pernah dengar la pulak biskut lutut ni, macam mana rupanya..

selalu dalam pantang dulu makan biskut tawar yang empat segi saja

ibuintan berkata...[Reply]

kak wan,
rakan saya tu mestilah kenyang, sekali makan sepuluh keping, mau tak kembang dan penuh dalam perut tu...
sesak dan sebu perut adalah...

ibuintan berkata...[Reply]

IM,
tak begitu rasanya dan biskut ini tidak bergula...selain biskut panjang ada juga biskut bulat dan biskut manis..

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,
haah.. selain roti,.. kek dan cookies pun ada juga... cookies biasanya banyak dijual sebelum hari raya

ibuintan berkata...[Reply]

kak long,
botul tu... lain rasa sikit tapi masih totap sodap... kat sini rasanya sumo kodai runcit ada jual..

pernah terjumpa seorang makcik dalam perjalanan balik ke Kelantan singgah membeli biskut ni di kedai runcit di Pekan Tg Ipoh..

ibuintan berkata...[Reply]

Shah,
tak betul lah sebab kilang Azan ni pun jual macam-macam produk lain... biskut ni pun ada bentuk tersendiri.. jom kita pergi lawat kilang ni sama-sama

ibuintan berkata...[Reply]

Cikgu Admin,
tapi biskut ni taklah keras sangat, ianya ranggup saja, masih boleh digigit jika dimakan begitu saja...tanpa direndam dalam air

Mas Ammar berkata...[Reply]

Salam... dimana sy boleh dptkan produk ini di Johor. Tk

Mas Ammar berkata...[Reply]

Salam... dimana sy boleh dptkan produk ini di Johor. Tk

Mak Wardah berkata...[Reply]

Saya kenal pengusaha azan nih, sgt baik orgnya

nafisahnanas berkata...[Reply]

menarik tuh..boleh beli online bagi yg duk kt johor..
http://perusahaanazan.com.my/products_and_services.html

nafisahnanas berkata...[Reply]

menarik tuh..boleh beli online bagi yg duk kt johor..
http://perusahaanazan.com.my/products_and_services.html