Followers

Ahad, 31 Oktober 2010

Alahai orkid..

                          Bunga-bunga orkid yang sedang berkembangan

Pagi minggu yang ceria.  Operasi pagi minggu ini menyembur baja.  Sudah beberapa minggu, pokok-pokok orkid ini tidak mendapat tambahan zat makanan. Kesibukan aktiviti lain menyebabkan hampir lupa untuk membajai orkid yang sebelum ini dilakukan setiap minggu.

Nasib baik pokok-pokok orkid ini tidak merajuk dan sentiasa silih berganti mengeluarkan bunga. Mungkin sebab  ianya sentiasa disiram dengan air basuhan beras, ikan dan daging maka pokoknya sentiasa subur dan sihat.

14 ulasan:

Insan Marhaen berkata...[Reply]

memang berkhasiat makanan orkid tu ya..

Zaitun berkata...[Reply]

Kak Zai pun ada tanam orkid,ada juga yang berbunga tapi bab membaja ni memang masaalah sikit,kadang2 bila masa rajin selalu buat tapi bila masa penyakit M datang kasihan pokok2 orkid tu.
kak Zai dah pindah rumah baru jemputlah ke
mamasya2.blogspot.com

ibuintan berkata...[Reply]

Im.. memang berkhasiat sungguh, malah ada bau jugak tapi demi orkid aku relaaa....

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai tu sebab simpan air basuhan beras dan ikan, terus siram saja.. memang cantik daun2nya, hijau dan berkilat2... malah tak putus berbunga

dah dtg mah baru kak zai, berseri2

kak long berkata...[Reply]

kaklong tak leh tanam la bungo,orang koba tangan paneh...boto ko ibu?

ibuintan berkata...[Reply]

kok paneh ghondam tangan tu dulu dalam air sojuk, baru tanam pokok

takde makno ea tu.... alasan yo.. hehehe

sayangsayangibu berkata...[Reply]

segar bunga orkid ibu ;p

kak Erna berkata...[Reply]

ibuintan..cantik..berbubga sentiasa orkidnya..
memang air basuhan tu baja jugak..organik..

imanshah berkata...[Reply]

nak tanam orkid ni perlukan kesabaran yang tinggi kan??ish2 iman tak suka lah orkid, susah nak jaga..tanam pokok yg mudah tumbuh sudah..

haha memang tipikal lelaki kan??

Tomato Gurl's Life berkata...[Reply]

akak..ciktom suka bunga orkid tp xpndai jaga..hehe

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam ibu..sy tak reti nak cucuk tanam,

fzi berkata...[Reply]

Salam ibuintan...
Cecece.. tengok je okid kita terus datang terjah...haha
Cantik nyer okid2 ibuintan... ceria sume kaler... vanda oren yang atas sekali tu nampak nak macam sama dengan yang kita punya... :))

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Salam kak.

Cantiknya !!Sukanya...


saya suka pokok bunga tapi orkid tak termasuk sebab memang tak pandailah kak..

Apa kata akak buat topik cara2 menjaga atau menanam orkid.. Boleh saya berjinak2 nanti..



*saya mmg dah siap draft n3 utk pokok bunga minggu ni..

kebetulan pulak.

NENSA MOON berkata...[Reply]

Salam Ibuintan,
rupanya ibuintan penggemar orchid yaa... wah banyak juga koleksinya and cantik2.

sesibuk apapun tetap ada tanggungjawab mengurus orchid nih...hehe..