Followers

Selasa, 5 Oktober 2010

Pantang berduit

Sejak dua menjak ni, henfon SE buat hal. Kalau sebelum ni, problem bateri, seminggu sebelum raya dah tukar bateri yang baru. Hilang masalah bateri timbul pula masalah speker.  Bila bercakap , tak dengar langsung suara sipemanggil atau sipenerima.  Seorang rakan sudah beberapa kali mengesyorkan supaya ibuintan humban saja henfon  tu.  Sebab dia yang selalu menelefon dan dia juga yang tensen sebab terpaksa bercakap dengan kuat.

Ibuintan sayang juga dengan henfon tu sebab dengan henfon itulah selalu snap gambar time terdesak, biasanya kamera selalu lupa untuk dicaj.  Bila timbul masalah speker ni, kebanyakkan pemanggil yang nombornya tiada dalam simpanan, ibuintan tidak akan jawab. Kesian sipemanggil tu.  Kalau yang dijawab pun akan diminta menghantar sms saja.  Memang tahap pekak dah henfon tu.  Rasanya baru setahun setengah dibeli dan boleh tahan juga harganya waktu tu.

Petang tadi, kesabaran hilang. Dah tidak boleh bersabar lagi,  'jem' langsung. Bukan setakat speker yang dah pekak tapi nombor juga jadi gila, nombor lain yang ditekan nombor lain yang muncul, lain yang ditaip lain juga perkataan yang keluar, memang dah tidak boleh disimpan lagi.  Terus ajak abahintan keluar.

Survey beberapa kedai henfon, akhirnya terpikat satu.  Si tokey tu, asyik kempen dengan 'beri hitam' saja, sedangkan ibuintan rasanya taklah perlu sampai guna si beri tu, guna pun stakat panggil dan terima serta sms saja.  Lagi pun mana mampu setakat 'beri hitam made-in Tongsan' murahlah, tapi kot sebulan je tahannya sebab gerentinya pun sebulan.


Akhirnya kembali setia juga dengan jenama N ni. Bolehlah,  selain mampu milik dan memiliki ciri-ciri yang diinginkan, boleh juga berfb dengannya , berblog tak taulah boleh ke tidak belum cuba lagi.  Jadilah yang penting senang untuk berhubungan.

 //Nasib baik, ada lebihan budget raya, nak tunggu bonus tidak jamin dapatnya. 

12 ulasan:

kak wan berkata...[Reply]

Seronoknya...dah lama kakwan teringin berfb thru hphone.

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam..nampak gaya kne pakai belekberi la gamaknya ibu ya hehehe...

kakcik berkata...[Reply]

Salam ibuintan...

kakcik masih lagi setia dengan cap M yang telah kakcik gunakan selama beberapa tahun. Dah beberapa kali terburai isi perutnya dan kadang2 padam sendiri - tapi kakcik masih sayang nak menggantikannya. Selain masih boleh buat/terima panggilan/sms - saiz nya yang nipis - senang nak dimasukkan dalam poket (kadang2 tak terasa pun ada kat poket) :)

kak long berkata...[Reply]

mao gambar h/p eh...?

ibuintan berkata...[Reply]

kakwan,
saya tak berapa aktif berfb ni, sekadar medan menjejak kasih teman lama saja

ibuintan berkata...[Reply]

shahrom,
tu lah belekberi je la yang mampunye, yang BB sebenar lom mampu lae..

ibuintan berkata...[Reply]

salam kembali kakcik,
ikutkan hati sayang juga tapi dah dua kali repear, masih camtu juga malah makin teruk, kos reper pun bukan sikit, so jalan ye lah..

ibuintan berkata...[Reply]

kak long,
malu la nak nunjuk gamba e, hp murah yo, stakat mampu milik....kok siberihitam tu takpo lah...

kak Erna berkata...[Reply]

salam ibuintan..dah ada yang baru ni..lagi banyak la gambar nanti kan..

Insan Marhaen berkata...[Reply]

betapa h/p telah menguasai naluri manusia

ibuintan berkata...[Reply]

salam kak erna.
insyaallah kalau ada patut diletak gambar..

ibuintan berkata...[Reply]

IM.
betul kah begitu? memang hp dah menguasai manusia skarang ni, tp kalau takde payah juga, saya juga bukan pengguna tegar cuma perlu ada sebab ada masanya perlu guna...