Malam ini, ibuintan menggunakan laptop yang berada di dalam biliknya. Cahaya yang suram menyulitkan untuk menekan keyboard. Walaupun sudah bermata empat tapi masih tidak berapa jelas malah mata menjadi pedih karana pencahayaan yang kurang.
Lalu memasang lampu gaslin yang sudah di make-over semula oleh abahintan. Lampu gaslin ini adalah lampu peninggalan arwah abah. Lampu ini sering digunakan semasa ibuintan masih kecil. Semasa itu di kampung ini masih belum ada bekalan letrik, jadi hampir semua rumah di kampung ada sekurang-kurangnya sebuah lampu ini. Mereka lebih suka menggunakan lampu gaslin kerana cahayanya lebih terang serta tidak menghasilkan jelaga. Ianya juga lebih selamat sebab boleh digantung.
Lampu ini juga dikenali sebagai lampu pam. Ianya perlu dipam sebelum ianya menyala. Ianya menggunakan mentol yang dikenali sebagai stom ataupun mentol butterfly. Ianya dinyalakan menggunakan minyak spirit yang diletakkan pada bekasnya di dalam balang kaca. Tangki bawahnya pula diisi dengan minyak tanah atau minyak gas.
Semasa mengemas stor di belakang rumah, dua tahun lepas, abahintan terjumpa lampu gaslin ini. Waktu itu keadaannya telah berkarat. Jadi abahintan yang berminat dengan barang-barang lama ini telah berusaha membersih dan mengecatnya semula. Lampu gaslin ini telah ditambah dengan mentol dan boleh digunakan menggunakan letrik. Sebenarnya abahintan cuba mencari mentolnya yang asal tetapi tidak ada dijual lagi.
//Teringat zaman kepayahan semasa tiada bekalan letrik dahulu, semuanya serba sukar. Syukurnya anak-anak tidak melalui semua kesusahan tersebut.
24 ulasan:
susah orang dulu jadi hiasan orang-orang kaya sekarang
lampu ni mmg menyimpan kenangan la..masa kecik2.bile hari dah gelap,adik beradik pakat berkumpul tengok ayah nyalakan lampu ni..
Salam Kak,
Teringat masa kecik2 dulu.
Masa nak padamkan masing2 berebut nak buat.
teringat kenangan masa kecik2 dulu..susah compare ngan skang tp rasa hidup lg bahagia..
unik lampu ni..baik akk smpn wat kenangan..jgn jual ;)
Salam ibu,
Masa kecil dulu di rumah saya memang pakai lampu ini selain pelita minyak tanah. Menarik n3 ini dan sangat menggamit memori. T.Kasih
masa kecik2 dulu,time arwah abah nak megepam lampu ni,kami adk beradik duk menyibuk sama...so sweet..huhuhu....
salam ibuintan..lampu gasolin..
akak masa dikampung tu la..lampu yang digunakan..lama jugak..tapi..arwah bapak yang pasangkan..masa nak padam ..baru padam kan sendiri..
Salam ibuintan...teringat kak Zai pada arwah abang bila ibuintan buat n3 ni sebab memasang lampu ni adalah tugas arwah abang kak Zai.
kak Zai.
alhamdulillah generasi skrg sgt bertuah tidak merasai kepayahan..baru takde line 3G kat kampong dah merengek walhal ibubapa dulu, siap tiada bekalan air takde merengek pun..apepun, syukur dengan kemakmuran yg dinikmati golongan muda skrg ^_^
Salam ibuintan
Selama 2 atau 3 tahun jugalah kak guna lampu gasolin ni.. masa tu tinggal di kampong Pandan, awal perkahwinan.
Nostalgia pulak nengokkan lampu tu di sini.
Masa tu masakpun guna dapur minyak tanah..
Masa di kampong dulu guna lampu ayan, selalu berjelaga di hidung kadang2 lupa nak lap masa mandi pagi, bila di sekolah kawan-kawan tegur.. malulah juga.
salam...
pernah juga merasa pakai lampu nie , bile baca entry nie terkenang pula zaman kecik2 dulu..
diana,
sayu dan mengamit memori kan..
memang IM ada yang tawarkan harga tinggi untuk lampu ni,
mimie, seronok waktu mengepamnya, memang nostalgik betul waktu tu..
Reen, time nak padamkan tu senang memang kita pun boleh buat
cik tom,
memang taknak jual, sebenarnya dulu ada dua tapi satu dah ada yang bawak lari, tau-tau dah ilang je...
cikgu mohamad,
sekali sekala suka juga pasang lampu ni, padam lampu lain pasang lampu ni saja tapi tak sama mcam dululah cahayanya..
kak long,
saya suka bau spiritnya, dan suka nengok serangga suka berterbangan disekelilingnya.... memang sweet skali
kak erna,
dulu kalau kenduri, pakat pinjam kat rumah2 lain kan, pasang atas rumah dan kat bawah khemah.. meriah sungguh
kak zai,
rasanya memasang lampu ni memang tugas semua abah, emak2 tak brapa reti agaknya, tambah nak letak spirit dan mengepamnya..
shah pun mungkin tak merasainya kan, lahir dalam generasi baru, semua dah ready dan moden
kak werdah,
hahaha... tang jelaga tu, saya pun pernah alami, saya tidur setiap malam mak pasang pelita, setiap pagi memang penuh jelaga kat hidung dan bantal skali.. sukar pulak tu nak cuci mesti guna sabun... itulah kenangan
amy,
zaman kecik2 yang penuh kenangan, wala susah tapi tetap seronok dan bahagia kan..
salam. sebelum ada letrik, kita bergelap. teringat dulu masa sekolah bila stadi guna pelita atau lampu stom kecik. Bila bangun pagi, lubang hidung penuh dengan jelaga..
Catat Ulasan