Followers

Isnin, 25 Oktober 2010

Selamat Bersara.



Hari terakhir teraju JPNS

SEREMBAN – Selepas 34 tahun terlibat dengan sektor pendidikan, akhirnya Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Abdullah Mohammad menamatkan kariernya, semalam.

Kira-kira 100 warga Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) menghadiri majlis ringkas sempena persaraan beliau itu selepas genap usia 58 tahun semalam.

Abdullah yang merupakan anak jati negeri ini berasal dari Kampung Air Mawang, Johol.

Bermula sebagai guru kemahiran hidup dan sudah berkhidmat di enam buah sekolah di negeri ini sebelum diserapkan ke Jabatan Pelajaran negeri.

Beliau pernah menjawat jawatan ketua sektor serta timbalan pengarah sebelum dilantik menjadi Pengarah Pelajaran negeri pada 19 November 2007.

Graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu mengambil tarikh persaraan selepas dua tahun menerajui JPNS sempena hari lahirnya pada 23 Oktober 1952 supaya ianya dapat dikenang sehingga akhir hayat.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Pengarah JPNS, Jamali Salam.
Sumber;  Sinar Harian

7 ulasan:

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam..adakah ibu akan mengambil tempatnya???

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

rasanya saya pun nak ikut bersara jugaklah kak...


dalam tempoh 3-4 tahun ni...

ibuintan berkata...[Reply]

shah.
oh itu tidak mungkin! teramat2 mustahil ianya kan berlaku

ibuintan berkata...[Reply]

Reen...
kalu boleh apa salahnya, akak tak boleh lagi tunggu lagi sepuluh tahun

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...[Reply]

selamat bersara dan selamat berkerja pada yg menganti yg kosong

imanshah berkata...[Reply]

pengarah pelajaran Perak juga baru bersara bulan ogos lepas..

selamat bersara ya dattuk

Insan Marhaen berkata...[Reply]

lambat sangat IM nak bersara ni.. teringin di rai macam tu...