Followers

Jumaat, 22 Oktober 2010

Sahlah sudah.

 Tengah hari semalam dengan rasminya abahintan menerima sepucuk surat rasmi dari sekolah Azim.   Surat meminta kerjasama abahintan, supaya datang ke sekolah berbincang tentang masalah disiplin Azim yang dikenakan tuduhan merokok di dalam kawasan sekolah, lebih tepat lagi di dalam kelas. Surat yang lebih kepada memberi amaran kali pertama.  Walaupun tidak berpuas hati namun kami  sepakat tidak memberitahu Azim tentang surat tersebut.

Pagi tadi sebelum ke pejabat, abahintan singgah dulu ke sekolah Azim.  Berjumpa dan berbincang dengan guru disiplin.  Guru disiplin kemudian memanggil kesemua murid yang dituduh termasuk Azim, seramai enam orang.  Kali ini abahintan pula yang menyoalsiasat mereka.  Dalam enam orang itu memang dua orang mengaku merokok dan memiliki rokok semasa mereka ditahan. Kejadian itu  berlaku di dalam kelas semasa waktu rehat.

Azim dan tiga orang lagi rakannya memang berada bersama di dalam kelas ketika itu kerana menyiapkan kerja yang diberi guru sebelum waktu rehat. Dengan pengakuan rakan-rakan Azim sebagai saksi, sahlah ini hanya satu salah faham sahaja.  Dengan ini secara tidak langsung surat amaran kali pertama  untuk Azim ditarik balik.

Alhamdulillah,  rasa lega setelah masalah ini mendapat penyelesaian  yang jelas.  Moga-moga  Azim menghabiskan waktu persekolahannya di peringkat menengah dengan rekod yang bersih, tanpa ada masalah disiplin. Semoga dia akan mengikut jejak Along yang bakal meninggalkan alam sekolah menengah dengan rekod disiplin yang bersih.

Harapnya selepas insiden ini, Azim akan lebih berhati-hati dalam memilih rakan dan juga boleh berfikir untuk membezakan baik dan buruk setiap tindakannya.

//Walaupun seorang perokok, banyak juga alasan yang negatif yang diberikan  oleh abahnya kepada Azim tentang rokok.  Habis camno tu !

19 ulasan:

diana berkata...[Reply]

mujur la dia tak salah..
kadang2 bile kita bergaul dengan orang yang salah
otomatik
orang akan kata kita juga salah..
ni mungkin pengajaran untuk azim..

sahromnasrudin berkata...[Reply]

alhamdulillah..sy bersyukur anak ibu tak terlibat...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...[Reply]

merokok membawa tanggjawab besar.. bagus ko azim
tapi kak tak ada salahnya nakal ..kerana nakal tanda bijak

ibuintan berkata...[Reply]

Diana,
betul tu, tu sebab ada peribahasa seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit..

ini memang pengajaran terbaik untuk Azim

ibuintan berkata...[Reply]

shah,
memang syukur sangat, kalau tidak terasa malu juga sebab di sekolah selalu menegur anak orang takut juga anak sendiri buat hal..

ibuintan berkata...[Reply]

Brutal,
nakal biarlah bertempat dan kena gayanya... tak semestinya bijak kan

kau pernah buat lah ni ye..

imanshah berkata...[Reply]

say no to rokok!!

Insan Marhaen berkata...[Reply]

jika berkawan dengan sipenjual minyak wangi akan dapatlah bau wangi.

kalau berkawan dengan sipenghisap rokok akan dapatlah bau rokok.

hati-hatilah. anak IM dulu mulanya cuma berkawan dengan perokok namun akhirnya....

kalau dia mula rajin membeli gula-gula hacks, elok CSI bilik mereka.

kak Erna berkata...[Reply]

salam ibuintan..alhamdulillah..azim bebas dari tuduhan..cuma kita kena tetap berhati2 dengan kawan2 nya..

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Salam Kak,

mesti lega selega-leganya kan kak..

azlina berkata...[Reply]

salam kak...

alhamdullah semuanya tlh selesai...kebenaran terbukti jua...syukur..

NENSA MOON berkata...[Reply]

Salam ibuintan,

Alhamdulillah akhirnya terjawab sudah... ternyata azim memang tidak merokok.
memang seharusnya anak2 kita ini pandai memilih kawan...

bisa tidur dengan lelap dong sekarang buintan... hehe..

happy weekend!
nensa

abu muaz berkata...[Reply]

zaman sekarang sangatlah sukar mengawal anak remaja.

kawan lebih dipercayai dari kita ibubapa.

ibuintan berkata...[Reply]

Iman,
yess itu yg sebaiknya

ibuintan berkata...[Reply]

IM.
memang betul tu, kena ambil berat dengan siapa dia berkawan.. takut pengaruh kawan lebih kuat

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,
memang betul tu tp disekolah yang kita tak nampak, yang tak dapat nak kawal tu...

ibuintan berkata...[Reply]

Reen n ina,
memang lega sangat namun kena lebih ambil berat selepas ini, perlu lebih banyak mengingatkan dirinya..

ibuintan berkata...[Reply]

Bu nensa,
hati dah senang sikit, namun perlu juga sentiasa memberi ingatan kepadanya supaya tidak tersasar dengan pengaruh negetif rakan-rakan

ibuintan berkata...[Reply]

abu muaz,
terima kasih sudi singgah dan memberi komen..

sememangnya betul begitu dan itulah yang kita takuti, takut pesanan kita diingkari hanya kerana pujukan teman