Followers

Ahad, 10 Oktober 2010

Selamat Pengantin Baru


10.10.10 suatu gandingan nombor yang cantik dipandang dan disebut. Maka itulah sebab agaknya ramai yang memilih hari ini sebagai tarikh untuk mengesahkan perhubungan dan mengikat hubungan.  Ramai pasangan yang bertunang dan juga bernikah pada hari ini.  Ramai jurunikah dan tok iman yang tak menang tangan menikahkan pasangan, mungkin mereka sibuk dari pagi hingga ke petang hari ni.

Semuanya memilih tarikh nikah hari ini supaya senang mengingatinya..mungkin begitulah.  Tapi rasanya untuk hari yang bersejarah seperti tarikh nikah,  bila-bila pun akan sentiasa diingati. Cuma janganlah ada yang menganggap hari ini sebagai tarikh keramat pula.

Hari ini ibuintan menerima beberapa jemputan ke majlis perkahwinan dan satu majlis pertunangan.  Rasanya hanya akan memenuhi dua undangan majlis perkahwinan saja.

7 ulasan:

imanshah berkata...[Reply]

saya tunggu 11.11.11

NENSA MOON berkata...[Reply]

Salam Bu Intan,
pakabar...?? Iya benar sekali memang tanggalnya keren sekali dan unik 10.10.10 , para penghulu dan juru nikah kebanjiran order dong..hehe..

Oya Bu Intan untuk sementara ini blog CATATANKU aku close, jadi sekarang aku aktif di blogku yang lain: THE NOTE...
Silahkan kalo mau mampir kesana... aku tunggu... postingannya hampir sama dengan CATATANKU..
Thanks.

nensa

ibuintan berkata...[Reply]

iman..
jangan lupa hantar kad undangan

ibuintan berkata...[Reply]

Bu Nensa..
insyaallah akan mampir ke sana

Insan Marhaen berkata...[Reply]

IM: terlupa tarikh kahwin, bila...

p/s: syyyy... jangan bagitahu ibu_suri ya!

kak Erna berkata...[Reply]

salam ibuintan..memang ada 2 jemputan ari nia..tapi tak dapat pergi kedua2nya..sebab..ada rancangan awal..balik kekampung..mengemas rumah..yang tinggal..kosong.

sahromnasrudin berkata...[Reply]

saya nak tunggu sape berani buat 13.13.13 huhuhuhu