Sebelum ini, murid ini nak bunuh diri kononnya. Pagi tadi, di masa dan hari yang sama juga (Rabu) dia buat hal lagi. Puncanya ditegur oleh gurunya yang sedang mengajar kerana menarik tudung rakan sekelas yang duduk dihadapannya.
Cikgunya hanya menegur sekali tetapi dengan tiba-tiba, dia naik hantu, capai semua benda yang ada di atas meja, baling. Baling buku, baling beg dan malah sanggup baling kerusi. Melayang beberapa buah beg sekolah rakannya, bertaburan buku-buku di atas lantai Semua rakan sekelas bertempiaran lari keluar.
Beberapa orang guru yang datang menolong juga disepak terajangnya. Dia juga bertindak menghantuk-hantukkan kepalanya berulang kali ke lantai. Kami terpaksa mengalas kepalanya dengan beg sekolah kerana takut ada kesan sampingan terhadap kepala murid tersebut.
Murid itu juga membaling kerusi ke arah kami,( guru-guru wanita seramai lima orang), namun nasib baik ibuintan sempat ditarik oleh seorang rakan. Kalau terkena balingan kerusi tadi mahu juga ibuintan pun naik angin sekali kalau tidak pun cedera ringan juga, maklumlah kerusi kayu yang dibalingnya pun patah kakinya.
Badannya yang bersaiz XXL untuk seorang budak berumur 10 tahun memang sukar dikawal. Puas memujuk dan memegang tangan namun masih bertindak ganas. Murid itu hanya berkelakuan ganas tetapi mulutnya tidak berkata-kata, matanya menunjukkan seolah-olah ada dendam dan tekanan yang ditanggungnya.
Seorang ustazah membacakan ayat Kursyi di kepalanya namun tidak juga berhasil. Sehinggalah seorang ustaz dan seorang guru lelaki datang memujuk namun dia masih juga bertindak sesuka hatinya. Setelah dipujuk berulang kali, ustaz dan cikgu lelaki tersebut terpaksa menyeret budak itu keluar dari kelas untuk di bawa ke bilik rehat dan ditenangkan.
Keadaan berlarutan selama setengah jam, sehingga pihak sekolah terpaksa memanggil penjagannya datang ke sekolah. Ibunya datang dan segera membawanya pulang.
//Murid ini telah dipanggil untuk sesi kaunseling namun tidak memberikan kerjasama. Pihak sekolah cuba untuk mengetahui punca atau tekanan yang dihadapinya namun belum berhasil.
Apakah punca yang menyebabkan kanak-kanak sekolah rendah juga terlalu buas, ganas dan sensitif sekarang ini?
20 ulasan:
wah dasyat juga ye penangan budak sekolah rendah..zaman kita dulu2 rasanya takde macam ni
teringat akhmal satu masa dulu. IM bergegas dari ofis ke sekolah bila cikgu menalipon dia mengamuk saambil menumbuk cermin tingkap.
keadaan sosial kehidupan yang tunggang langgang sekarang banyak mempengaruhi saikologi anak-anak...
kita perlu back to basic... agama!
iman,
tulah antara penangan budak sekolah rendah sekarang, sikit2 dah temper, bergaduh usah cakaplah...... macam bergusti lagaknya
IM,
memang betul tu, keadaan dalam keluarga amat mempengaruhi jiwa anak2...
kesian anak yang masih muda begini, sudah mengalami tekanan perasaan
haaiiii...tak tau la anak2 skrg...
tapi,kita belum tau apa punca nya...kan kak?
risau gak ni kaklong pun masih ada anak yg sebaya ni....
selalu risau....
salam ibu..konfem dia selalu layan citer film tamil..habaq mai dgn ibunya jgn bg layan film tue lagi..tak pasal2 ade kes banting menjalar ke pilah nnti huhuhuhuh
Mungkin ada sesuatu yang erpendam di jiwa anak itu. Kena ada orang yang dapat 'menggali' permasalahan yang sedang dihadapinya. Semoga masalahnya dapat segera dikenalpasti dah dapat diatasi.
Salam kak
ngeri sya baca en3 ni,
tp pandangan sya ye
jangan pandang remeh ugutan bunuh diri dari pelajar tu, dia mampu buat macam tu memang ada sesuatu dan tekanan dalam diri pelajar tu
perlu lebih perhatian dan kerjasama dari keluarganya memang sangat sangat membantu
percayalah masalah sebenar adalah berpunca dari dalam keluarga pelajar tersebut
perlu seseorang berbual untuk mendengar tekanan yg pelajar tersebut alami
kalaulah sya dapat membantu....
Anak umpama kain putih...ibubapa dan persekitaran yang mencoraknya..
Bukan si anak sahaja yang kena kaunseling..panggil ibubapanya sekali.
*** Dgn aksinya tu..dia cam minta perhatian.
mungkin tekanan jiwa laa...dari rumah barangkali..terbawa2 sampai ke sekolah.. org yg bertindak mcm nie.. hanya melepaskan geram melalui perbuatan.. tidak berkata2.. mgkin dia jenis yg pendiam dan menyimpan perasaan marah..jarang berkongsi..
kak long ,
memang sepatutnya sebagai seorang ibu kita sentiasa risaukan anak-anak kita, semoga anak-anak kita tidak berkelakuan seperti tu..
shahrom,
rasanya tak kot, pengaruh cerita katun power range mungkinlah.. kalau cerita tamil tu mulutnya bising sama..
kakcik,
kami pun meneka begitu juga, kami perasan dia macam berdendam dengan seseorang atau sesuatu... memang sedang diusahakan untuk menolongnya menyelesaikan masalahnya
sya,
itu yang ditakuti, setakat ini kami masih berusaha untuk mendekati diri dan keluarganya, cuba bertanya dan mengenalpasti penyebabnya,
masalah dalam keluarga memang tidak dapat dinafikan
kak wan,
nak panggil keluarga dan beri kaunseling pada keluarganya yang susah rasanya, ibu bapa biasanya berkongsi kisah anak mereka dengan pihak guru tapi bukan masalah kalau ianya berpunca dari rumahtangganya..
memang guru kaunseling pun dalam delima juga
cikmoon,
tu yang kesiannya masih muda dah alami tekanan jiwa, bayangkan keadaannya di masa depan...
murid ni tidaklah dalam kumpulan pendiam, dia bergaul dengan rakan-rakan, namun memang benar mungkin dia tidak mendapat perhatian dirumahnya
salam ibuintan..terkejut juga baca n3 ni..baru sepuluh tahun tu..tapi umur sepuluh tahun sekarang mungkin tak sama dengan umur sepuluh tahun dulu..
salam kembali kak erna,
betul tu, umur sepuluh tahun zaman kita jauh benar bezanya dengan umur sepuluh tahun skarang ni...
zaman ni banyak benar pendedahan dan cobaannya..
Kesiannya baru berumur 10 tahun dah mengalami tekanan.
kak Zai...mamasya.blogspot.com
Guna account anak sebab blog bermasaalah.
salam kak zai..
terima kasih sudi datang dan memberi komen..
walaupun masih budak, dia juga ada perasaan..
Catat Ulasan