Followers

Sabtu, 22 Mei 2010

Banyak nyamuk

Salam sejahtera,
Ibu, knapa banyak sangat nyamuk ni," getus Along.
Along balik dari asrama petang tadi, Along kebiasaannya tidak mahu tidur dalam bilik sendiri,  mesti tidur dengan Azim di ruang tamu. Tidur diruang tamu sebab layan tV dan ps2 dengan Azim, tidak tahu sampai pukul berapa. Itulah yang di lakukannya setiap kali balik dari asrama, lepas dendam dengan Tv dan Ps2, ditegur alasannya "lepas tensen".
Terjaga pukul 3.00 pagi, ibuintan dapati along sedang membuat air milo, 'Along tak tido lagi ke"tanya ibuintan
"dah, tapi Along terjaga balik, nyamuk banyak la, along tak boleh lelap" katanya.
                                                 Nyamuk aedes, kecil tetapi pembunuh utama.
Perasan juga kadang-kadang  tu banyak nyamuk,  mungkin sebab sekarang cuaca kejap panas dan kejap hujan, pembiakan nyamuk agresif sikit. Rumah ibuintan pula memang tidak ada stok ubat nyamuk(dibakar), tidak pernah beli, abahintan tidak suka cuma yang ada penyembur aerosol sahaja. "Along, nak tidor dalam bilik sembahyang la bu, along dah sembur tadi (aerosol)" katanya. Memang along tidur dalam bilik sembahyang, tinggalkan Azim sorang-sorang tidur di ruang tamu, Azim lena saja tak ada pulak nyamuk gigit. Nyamuk biasa takpe juga jangan nyamuk aedes, bahaya tu...Cegah aedes cegah denggi, sebab tu seminggu sekali mesti buat operasi cari dan buang air bertakung yang terdapat disekeliling rumah.
Wassallam.

6 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Petang semalam pun ada operasi menyembuir 'ubat nyamuk' di kawasan perumahan tempat kakcik tinggal. Selalunya, kalau ada operasi sebegitu, beerti ada orang yang dah jadi mangsa denggi...

ibuintan berkata...[Reply]

salam kakcik,
memang betul tu ada je kes denggi, maka adalah operasi sembur menyembur ubat nyamuk ni,
kat kg ni jaranglah operasi ni berlaku

Maiyah berkata...[Reply]

bahaya nyamuk.. krn sekor nyamuk bleh melumpuhkan anggota bdn kita.. mintak di jauhkan..

kak wan berkata...[Reply]

untuk elak banyak nyamuk ,sebelum maghrib je tutup semua tingkap dan pintu.
sesekali balik along derma darah kat nyamuk ye.

ibuintan berkata...[Reply]

memang betul maiyah,
anak buah suami meninggal sebab denggi berdarah

ibuintan berkata...[Reply]

itu sudah semestinya, wajib tutup tingkap sebelum maghrib,
derma kat nyamuk tu yang tak eloknye,
bahaya nyamuk tak kenang budi