Followers

Khamis, 13 Mei 2010

Ikan bakarku hangus terbakar, .gara-gara Piala Thomas

Petang semalam sibuk layan Piala Thomas. Sambil tu keluar masuk juga ke dapur, ke dapur dan ke depan TV berulangalik saja. Petang semalam Azim minta buatkan ikan bakar. Sejak keluar hospital, selera makan Azim berselera sekali, kemaruk makan agaknya maklumlah lima hari makan menu hospital, menu yang tak berapa kena dengan seleranya. Disebabkan tak konsetret, maka tidak perasan pembakar gunakan suhu tinggi. Dah perasan ikan sudah berbau wangi, tetapi masih tekun ngadap Datuk Lee Chong Wei. Akhirnya intan terjerit " Ibu, ikan dah hangus" Zuppp.. memang sah ikan dah terbakar hangus, tapi tidaklah hitam macam arang, boleh makan lagi, cuma kemanisan ikan dah hilang. Terpaksa tambah menu lain, "Maaflah azim.. nanti petang ini ibu akan buatkan lagi"
Yesssss, nasib baik Malaysia menang, boleh sampai semi-final, tahniah kepada pasukan Malaysia, Hafiz Hashim memang penyelamat semalam, dah cover kekalahan dengan Jepun sebelum ini. Go Malaysia Boleh.

Tiada ulasan: