Followers

Isnin, 31 Disember 2012

Selesai bab akhir, mula bab awal.

Beberapa jam lagi tahun 2013 bakal menjelma.  Selamat tinggal tahun 2012 dan selamat datang tahun baru 2013.  Moga kita semua terus dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayang daripadaNya.  Terus diberi kesihatan yang baik agar dapat meneruskan kehidupan dengan dengan baik dan sempurna.  Dapat beramal dan menambahkan amal sebagai bekalan. Juga dimurahi rezeki agar dapat dikongsi bersama. Dapat terus memberikan khidmat yang terbaik atas apa jua tugas yang diamanahkan kepada kita semua.

Allah berfirman, "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah ni'mat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih. (Ibrahim: 7)

Syukur, Ya Allah dalam setiap ujian kecil yang Kau berikan kepadaku di sepanjang tahun 2012 ini diakhirnya Kau berikan juga berita dan khabar gembira buat ku.  .... “aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakanku!”  


 Syukur juga majlis terakhir atau penutup kerja tahun ini pagi tadi berjalan dengan lancarnya.  Kerja terakhir untuk tahun 2012 tapi permulaan untuk tahun 2013.  Terima kasih kepada semua yang telah membantu dan bersama-sama menjayakannya. 



Pentadbir yang hadir untuk pengisian slot mereka.


Sebahagian ibubapa yang hadir sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh guru besar dan gpk2.

Sesi anak bapak duk tomonung!!



 Sesi menyarungkan tanda nama.

Anak yang sorang ni dari awal hingga akhir majlis ...lolap jo... jadi terpaksalah gb datang mengejutkan untuk menyarungkan tag namanya.


Anak-anak 'rebung' yang akan dilentur dengan sebaik mungkin supaya membesar menjadi 'buluh' yang memberi manfaat bukan saja kepada diri sendiri tetapi juga kepada keluarga, agama, bangsa dan negara mereka.  Ini saja yang hadir pada majlis pendaftaran mereka pagi tadi.  Masih suci, bersih, malu-malu, takut-takut... jumpa lagi ye anak-anak...  bermula hari Rabu nanti kita semua akan menjadi satu keluarga yang rapat.


Berita terakhir di hari terakhir tahun 2012



 Petang tadi ibuintan bersama suami serta Intan ke ajen insuran di Pilah untuk memperbaharui insuran dan cukai jalan si Putih di atas.  Tarikh akhirnya 4hb nanti. Lepas selesai urusan di sana, kami semua ke salah sebuah sekolah memandu untuk mendaftarkan Intan.  Dah bersemangat benar nak berlesen kereta. ' Nak jadi drebar ibu' katanya.  Selesai urusan mendaftarkan Intan, .. boleh tahan juga kosnya RM950 kalau tak lulus tambah lagi RM150... waa banyak juga habisnya untuk sepetang tadi je.

Dalam perjalanan balik kami singgah  untuk  tea-time abahintan pula.  Ni menu kegemarannya...  ' Char kue teow Penang' dan hanya ni je menu utama di kedai tu selain roti bakar.  Feberet abahintan ni tapi hari ni dia hilang selera.  Semasa menunggu hidangan ni sampai abahintan mendapat panggilan telefon dari rakan sepejabatnya... berubah muka abahintan serta merta, dari ceria kepada kelat. Menurut rakannya 'dia baru saja menerima faks yang mengatakan abahintan akan ditukarkan berkuatkuasa 2hb ni... hari Rabu nanti.  Dan yang mendukacitakan abahintan ialah jarak perjalanannya akan bertambah sekali ganda lagi dari tempat kerjanya sekarang.... makin jauh dari rumah kami tapi makin dekat dengan rumah maknya. Alasan pihak jabatan ialah abahintan dah berkhidmat lebih sepuluh tahun di tempatnya sekarang.  Komen Intan "eloklah dekat ngan umah uwan". Balas abahnya "masaelahnya abah duduk umah ibu.... jaaaaauh!. Akhirnya penutup akhir tahun abahintan menjadi satu delima baginya... sejak petang tadi juga rakan-rakan rapat dah mula menghubunginya minta abahintan membuat rayuan supaya pertukarannya dibatalkan.


Bagi ibuintan pula.... mungkin ada hikmah disebaliknya.


Selamat Tahun Baru 2013.... bye, in sha Allah.....jumpa lagi.. wassallam.





Ahad, 30 Disember 2012

Pengubat duka.

Terima kasih ... Zaza!



Bungkusan yang dinanti telah selamat ibuintan terima.  Sangat berpuashati dengan cara penghantara dan pembungkusannya.  Terima kasih banyak-banyak.  Walau pernah kecewa sebelum ini namun ianya tidak memadamkan minat untuk terus berurusan secara online. Kekecewaan sebelum ini bukan bersama Zaza tetapi berurusan bersama peniaga online yang lain.  Bersama Zaza, ini merupakan urusniaga kali ke dua.  Dua-dua amat berpuashati termasuk harganya juga.  Kiriman Zaza kali ini terlewat beberapa hari  kerana masalah banjir yang melanda di negerinya.  Terlewat sedikit tak mengapa asalkan dapatannya tidak mengecewakan.  Barang yang diterima dalam keadaan yang baik bukan hancur lebur seperti sebelum ini.

Si teratai biru yang manis jelita inilah yang ditunggu dan dinanti selama ini.  Harap dapat tekonya pula lepas ni.  Kalau ada sesapa yang ada dan dah taknak lagi koleksi si teratai biru seperti ini bolehlah roger2 ibuintan... harga kengkawan la ye!





Sabtu, 29 Disember 2012

Akhirnya selesai juga.

Sepanjang minggu ni juga setiap hari berada di sekolah.... Isnin dan Rabu bermesyuarat. 


Setelah lima hari mengerjakannya namun tidak juga siap ditambah pula dengan kisah 'ditegur' maka hari Khamis lalu dengan rasminya ibuintan terpaksa mengerah dan meminta bantuan tenaga dua anak bujang juga.  Selain masa makin suntuk kerja pula makin banyak, ibuintan juga masih terasa seram sejuk bila menjejakkan kaki ke dalam kelas ini.  Suasana yang sunyi sepi tu yang terasa seram sikit tu. Dari rumah lagi kami semua telah beringat dan berdoa minta perlindungan dariNya agar kami semua terlepas dari sebarang gangguan yang tidak diingini.  Syukur.... semuanya berjalan dengan baik.


Along dan Azim diminta menampal dan menghias papan kenyataan di bahagian belakang kelas.  Carta dan nota-nota lama dibuang dan  di ganti dengan yang baru. Nasib baik dua anak bujang ni datang menolong dengan suka hatinya.   Maka semalam dengan khidmat tiga kaki tangan maka kerja-kerja operasi menyusun atur kelas pun berjalan dengan lancar.

Ibunya  mengarah, menyusun, membantu dan memantau mana yang sesuai dan perlu mengikut kategorinya. Kalau tak dipantau mereka main tembak dan tampal saja sesuka hati mereka.


Dah siap bahagian mereka berdua, sempat pulak dua beradik ni mengerjakan lego yang ada di dalam kelas.  Tengok tu Azim sampai buka baju kepanasan.  Intan  dan ibunya masih sibuk menyusun atur barang-barang yang lain.  Mereka berdua dah boring la tu, takpun tak puas main masa kekecik dulu.

Inilah hasil gubahan lego yang disusun oleh Along dan Azim.  Hasil susunan murid tua.



Setelah enam hari dan diduga dengan badan yang tidak sihat, akhirnya kelas ini berjaya juga di kemas dan di susun atur semula.  Dah nampak rupa kelas yang sebenar.  Tinggal menunggu kedatangan ahli baru saja yang akan mendaftar pada 31hari bulan nanti.  Disini juga akan diadakan taklimat untuk murid dan penjaga tahun satu nanti.

Kalau ikutkan dalam kepala banyak juga yang nak dibuat lagi tapi kesuntukan masa.  Insyaallah akan ditambahbaik dari masa ke masa.  Nak mengouter langsir pun tak sempat.


Intan yang paling setia dan rajin menemankan ibunya selama enam hari menjalankan operasi mengemas dan mengecat bilik ini.  Terima kasih Intan!





Sebagai ganjaran atas bantuan mereka tiga beradik, malamnya ibuintan belanja makan-makan di sebuah restoren di bandar Bahau... tiada menu khas, memasing pilih ikut kehendak selera sendiri.

Semalam pula Jumaat dengan ditemani Intan juga...  ibuintan membuat pula operasi di bilik kedai buku sekolah.  Membungkus buku-buku mengikut pakej yang telah disediakan dalam list agar memudahkan proses penjualan hari Isnin nanti.




Selesai semua kerja-kerja pembungkusan menjelang tengah hari.  Nak minta bantuan AJK, masing-masing tak dapat dihubungi jadi terpaksalah buat sendiri.  Patah pinggang rasanya.... balik ke rumah terpaksa baring golek gelantang dulu depan tv... bak kata orang tetua 'luruskan pinggang dulu' baru masuk dapur pulak untuk masak makan tengah hari.  Dapatlah meluruskan pinggang dalam setengah jam.


.. nasib baik  makan lepas solat Jumaat, sempatlah masak kari kepala ikan merah

juga goreng tempe bersama togeh.... alhamdulillah!.


Hari ni dan esok juga masih ada jemputan kahwin... tengah pikir nak pergi ke tak? Dah naik penat lak rasanya asyik ke kenduri je!




Khamis, 27 Disember 2012

Kerja-kerja akhir tahun.

Assalamualaikum... moga sahabat maya semua berada dalam keadaan sihat dan gembira sentiasa.  Mohon maaf jika tidak terlihat kelibat ibuintan di blog sahabat.  Terima kasih bebanyak juga kepada sahabat yang meninggalkan komen di entri yang lepas. Selain menghadirkan diri ke majlis kenduri yang tak mengira hari akhir-akhir ni, ibuintan juga telah mula sibuk dengan kerja-kerja untuk sesi 2013 nanti.

Hari-hari terakhir menjelang akhir tahun dan tahun baru. Sibuknya bukan main lagi. Setiap hari ke sekolah, minggu terakhir ni dipenuhi dengan mesyuarat. Dah tak ada ruang untuk bersenang lenang lagi depan pc.  Tengah hari semalam sampai saja di rumah tiba-tiba muncul pula adik ipar sekeluarga.  Terus bertungtang pulak di dapur. Makan-makan, burak-burak sampailah ke petang.  Adik ipar balik selepas minum petang.  Kebetulan petang semalam ada buah cempedak yang masak, maka dapatlah mereka sekeluarga makan cempedak goreng.


Malam pula nak beronline, anak-anak dah konker pc.  Laptop masih belum dibaiki lagi.  Nak hantar repair tapi entah bila senangnya. Nampak gayanya petang ni wajib jugak hantar laptop ni ke kedai.  Kerja-kerja pengkeranian juga dah banyak ni.  Macam-macam yang nak ditaip dan disediakan dengan kadar segera. 


Hari ni berada di sekolah lagi.. sambung mesyuarat panitia lagi.  Dari sekolah nanti akan ke bandar, nak ke kedai buku ambil buku-buku latihan dan alat tulis yang telah diorder untuk kedai buku sekolah. Esok pula akan berada di kedai buku sekolah untuk kerja-kerja operasi di kedai buku pula.  Hari Isnin nanti operasi jualan di kedai buku bermula. Hari Isnin juga menerima kemasukan murid baru di tahun satu.  Sibuk berganda tu. Caca marba, macam-macam kerja ada.



Ahad, 23 Disember 2012

Musim orang berkenduri.

Alhamdulillah. Badan makin sihat, makin sembuh dari demam.  Semalam badan masih juga terasa sakit-sakit dan kepala masih terasa berat tapi tetap juga pergi mengikut abahintan  ke majlis kahwin anak rakan setempat kerjanya.  Ibuintan hendak sangat pergi ke majlis kenduri tu sebab keinginan hati untuk berjumpa bekas guru besar yang juga merupakan abang kepada tuan rumah.  Sudah hampir 15 tahun tidak berjumpa.  Syukur, akhirnya berjumpa juga semalam walaupun sekejap.

Cikgu Zainuddin  dan isterinya Cikgu Normah.. dua-duanya telah bersara. Moga Allah merahmati kehidupan ke dua insan yang amat baik hati dan bertimbangrasa ini.  Allah juga yang membalas segala budi baik cikgu Zainuddin selama beberapa tahun dia menjadi ketua kepada ibuintan dan rakan-rakan yang lain.

Hari ni ada satu lagi jemputan majlis perkahwinan. Esok pula ada  majlis kenduri akikah dan hari Selasa ada jemputan majlis perkahwinan lagi.  Gantung piuk untuk makan tengah hari tapi makan malam kena masak sendiri.  Nak buat macam mana dah masanya diorang berkenduri, dan kekadang ada masanya pulak kita menerima jemputan kenduri hampir setiap hari.  Tapi untuk esok majlis akikah tak dapat dihadiri kerana mesyuarat dari pagi hingga petang di sekolah.... katanya dalam surat jemputan... makan tengah hari disediakan. Sebelum ke sekolah esok wajib masak dulu untuk yang tidak bermesyuarat di rumah.



Jumaat, 21 Disember 2012

Pantang ditegur.



 Assalamualaikum Sahabat2 semua.... terima kasih bebanyak kepada sahabat2 yang sudi meninggalkan komen di entri yang lepas.  Tiada kesempatan langsung untuk menjenguk blog atau berintenet selepas entri itu diterbitkan.


Ayat akhir di entri yang lalu; (Rabu - 19 Dis)


Hari ini.
Ya... nak ke sekolah lah ni, nak menyusun atur semula kelas yang dah ditunggang-langgangkan hari tu.  Hari ini hari ke lima operasi pembersihan.


Maka ibuintan dengan ditemani Intan pun bergerak ke sekolah untuk menyambung kerja-kerja menyusun dan mengemaskan kelas yang telah diselongkar sebelum ini.  Kerja-kerja mengemas kali ini mengambil masa sedikit sebab ibuintan mengecat sekali bahagian dinding bawah dalam kelas.  Bahagian dinding kelas ini kotor dan berconteng-conteng. Banyak kesan tapak kasut.  Kebetulan juruteknik makmal komputer juga sedang mengecat bangunan makmal berkenaan.  Makmal komputer terletak betul-betul mengadap kelas ibuintan.  Jadi cat yang ibuintan gunakan untuk mengecat kelas ialah lebihan cat makmal komputer itu.  Disebabkan kerja-kerja mengecat itulah maka kerja mengemas mengambil masa berhari-hari.  Kelas ini sebelum ini dipegang oleh guru lain.  Mulai tahun depan kelas ini berada di bawah jagaan ibuintan pulak itulah yang menyebabkan ibuintan ingin mengubahnya dan menyusun atur serta menceriakannya mengikut selera sendiri.


Bilik kelas yang ibuintan dapat kali ini terletak jauh sedikit dihujung bangunan.  Bangunannya bangunan lama iaitu bangunan asal sekolah ini dahulu yang tidak dirobohkan sebab bangunan ini masih elok.  Tahun lepas sekolah ini mendapat dua blok bangunan baru, satu blok empat tingkat dan satu lagi dua tingkat.  Blok kelas ibuintan hanya ada tiga bilik sahaja dan terletak antara blok dua tingkat di hadapan dan blok empat tingkat di hujung belakang.  Semasa ibuintan dan Intan mengemas kelas  hari Rabu yang lepas hanya kami berdua yang ada di situ, juruteknik makmal komputer bercuti.  Suasana sunyi saja.



Intan memasang lagu dari henfonnya dan menyambungnya ke speaker komputer dalam kelas supaya kuat bunyinya.  Masa hari Rabu hari tu, bunyi speaker tu kejap kuat kejap perlahan macam ada orang yang mengawal volumenya, sedangkan hari-hari sebelumnya tidak begitu.  Pintu kelas di depan dan belakang juga kejap buka kejap tutup.  Sentiasa tutup buka, macam ada yang asyik keluar masuk, nak kata di tiup angin sedangkan angin langsung tak  bertiup masa tu hanya angin dari kipas angin saja di dalam kelas.  Takkan angin dari kipas angin tu boleh menggerakkan pintu tu, hari-hari sebelum ni tak pulak camtu.  Kes tutup buka pintu berlaku berulang-ulang kali sehingga akhirnya ibuintan terpaksa menggunakan kerusi untuk menyendal ke dua-dua pintu itu.


Selain kes tutup buka pintu dan bunyi speaker yang kejap kuat kejap perlahan, ada juga kes gambar yang ibuintan ambil semuanya gelap.  Ibuintan ambil gambar menggunakan tab, hari Rabu tu juga hanya gambar di bawah saja yang dapat di ambil.


Hanya gambar ni sja yang dapat di ambil yang lain dalam empat keping semuanya gelap gelita.  Tapi sayangnya bila melihat semuanya gelap ibuintan terus delete semuanya.  Nak kata tab tu rosak tak juga sebab  bila Intan  ambik gambar dia, boleh pulak.  Aduih hai musykil jugak jadinya.

Tepat pukul 12.30, bila Intan dah bising lapar, kami pun balik.  Cadang hati nak terus ke Kuala Pilah tapi nak menyinggah rumah jap ambil henbeg dan Intan nak tukar sandal.  Tapi sampai je di rumah, kepala ibuintan terus berdenyut-denyut dengan teramat sakitnya disertai badan yang panas dan seram sejuk.  Kaki terasa amat sejuk, langsung batal nak ke Kuala Pilah.  Bayangkan tengah hari tu ibuintan menggigil kesejukkan, sampai pakai setokin lagi.  Bahagian atas badan panas, bahagian bawah teramat sejuk.

Langsung tak boleh buat apa, terpaksa berbaring saja.  Intan yang terpaksa masak untuk makan tengah hari dan malam.  Ibuintan yang sihat sebelum tu tiba-tiba saja demam mengigil. Sampai ke malam dan sampai juga ke petang semalam.  Kejap panas dan tiba-tiba sejuk hingga menggigil.  Dalam perut pulak terasa ada macam benda bergerak, lepas tu terus sakit perut yang memulas-mulas. Makan paracetamol langsung tak jalan.  Selalunya kalau demam mahu juga berpeluh selepas makan paracetamol, ni langsung tiada kesan.

Bila ubat demam tak jalan,  ibuintan amalkan minum air sejuk ditambah  sebutir garam kasar  dan di bacakan  ayat ke 29 dari surah Yassin, seperti yang di ajar oleh seorang ustaz dahulu. Alhamdulillah dengan izinNya demam ibuintan makin baik, malam tadi dapat tidor dengan lena.  Badan pun tidak lagi panas dan seram sejuk.

Ni kejadian ke dua yang ibuintan alami selama hampir setahun bertugas di sekolah ni.  Sebelum ini , kalau tak silap bulan Jun yang lalu.. ibuintan menegur seorang kerani sebab setiap kali lalu di laluan tepi pejabatnya ibuintan akan terbau bau minyak angin yang kuat.  Ibuintan tanya kerani tu 'siapa yang guna minyak angin tu" tapi kerani tu senyap saja sambil tersenyum.  Selang tak sampai sepuluh minit lepas tu, semasa di bilik guru ibuintan hendak duduk di kerusi tiba-tiba ada semacam bunyi 'meletup' dipinggang ... terus ibuintan terjerit kesakitan.  Rakan guru Pn rozyla terus mengambil minyak angin dan melumurkan ke pinggang ibuintan. ... pelik sangat tanpa sebab musabab terus sakit pinggang.  Tiga hari ibuintan menanggungnya hinggakan hari ke tiga tu terpaksa mengambil cuti sakit.  Bayangkan terpaksa membongkokkan badan untuk mengurangkan sakitnya bila berjalan.  Doktor buat x-ray tapi tiada apa-apa yang kelihatan, semuanya okey.  Atas nasihat kerani tu (dah berkhidmat belasan tahun di sekolah ni) dia cadangkan ibuintan berjumpa seorang ustaz "minta air penawar" katanya.  Alhamdulillah dengan izinNya juga sakit pinggang ibuintan sembuh kembali.

  Selepas itu barulah kawan-kawan yang dah lama bertugas di sekolah ini mengatakan ada beberapa kawasan di sekolah ini agak 'keras'.  Ye lah... dengarnya dulu di sini kawasan tentera Jepun membunuh orang kampung yang menentang mereka.  Kawasan blok bangunan baru tu juga ialah kawasan kubur lama zaman Jepun. Biasanya setiap pagi semasa dalam perjalanan ke sekolah, sebaik sampai dipintu pagar sekolah, ibuintan akan membaca  ayat kursi, fatihah dan ayat ke 29 dari surah Yassin serta minta dilindungi dari sebarang gangguan tapi hari tu ibuintan terlupa untuk membacanya sebab asyik berborak dengan Intan.  Memang terlupa sungguh.  Dah nak terkena.  Suratan atau kebetulan tak tahulah juga.






maksud ayat ke 29.... (Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.





Rabu, 19 Disember 2012

Drama semalam yang kecoh.


Hari Jumaat minggu lepas terima sms dari Pembantu Tadbir sekolah memaklumkan hari Selasa (semalam) Mesyuarat Guru untuk sesi tahun hadapan. " Mesyuarat mula pukul 9 pagi tapi cikgu mesti datang setengah jam awal, pakaian rasmi." tulis sms yang diterima. "okey, mesej diterima dan faham"

Jadi pagi semalam seawal pukul lapan dah bersiap untuk ke sekolah dengan berpakaian rasmi. Baju kurung biasa je... tak pernah lak berangan nak datang sekolah berseluar pendek... kojo gilo tu! Disebabkan rumah taklah jauh dari sekolah, 4km je.. maka taklah keluar seawal pukul lapan tu. Jalan pun bukannya jem, jem pun setakat ngan lembu atau taik lembu je ... bab ni memang tensen jadinya kalau lalu jalan kampung di waktu pagi.  Setakat setahun berulang-alik ke sekolah setiap pagi dah pandai 'cilok mencilok,' dah mencari laluan yang tak ada 'jerangkap samar' tu... kalau terlanggar sikit... huh mak semerbak baunya.  orang-orang kampung ni, entah apa-apa.... bela lembu nak tapi jaga tak berapa nak... lembu banyak terbiar dan tidur atas jalan je.  ..

Tengok jam  lima minit lagi pukul lapan setengah.  Ambil beg tangan dan sandang kat bahu.  Pergi kat tempat sangkut kunci, tak ada.  Cari atas meja juga tak ada...  tanya anak-anak nampak tak kunci kete mak.  Tiga-tiga kata tak nampak.  Kerah suruh cari, tak jumpa jugak.  Telefon abahintan, dia kata 'kat rumah lah'.  Aduih.. darah dah mula naik. Jam dah 8.45 kunci kete tak jumpa lagi.  Mulut pun dah mula membising, yang jadi mangsa ialah Along sebab Along saja yang dah ada lesen dan ke hulu ke hilir dengan kete ibunya.

 "tolong, ibu dah lambek ni, meting dah nak mulo" tensen amek-amek ibunya dah tu.  Anak-anak pun dah tensen sama.  Akhirnya...

 'ibu dalam henbeg ibu tu tak de ke' tanya Azim.

 "takde, mana ada ibu simpan dalam henbeg, ibu dah lama tak bawak henbeg ni' kasar tul jawapan ibu Azim.

'ibu tengok ye la' kata Azim lagi.

Dengan panas hatinya (belagak tul ibu yang sorang ni)... aduiiih mati den, memang sah ada dalam beg tangan. Padahal beg tu dah berminit-minit dah tersangkut di bahu sendiri kenapalah boleh tak teringat nak tengok dalam henbeg tu.

Kena berdas-das... 'tu lah ibu, asyik nyalahkan Along' selamba je keluar dari mulut Along.  Dengan senyum-senyum malu ibunya pun 'okey, ibu salah, ibu minta maaf" terus start enjin dan pecut ke sekolah.  Kali ni dah tak peduli dah dengan taik lembu ke, lembu ke, kambing ke... pecut terus.  Nasib baik jalan clear, tak ada mangsa-mangsa yang perlu dielak... terus parking kete betul-betul depan bangunan bilik sidang.  Berlari naik tangga, nasib baik tingkat satu je. Taklah mencunggap. Sampai , ketuk pintu, masuk, beri salam dan duduk. Sempat je duduk, guru besar terus beri ucapan mulakan mesyuarat. Buat muka bodo je...la.  Tak tahulah dia cakap apa dalam hati.  Memang salah sendiri tapi yang penting sampai tepat waktunya mesyuarat bermula.  Datang setengah jam awal tu pun bukan buat apa-apa pun, ingatkan ada sarapan pagi dulu. Yang buat rasa bersalah dan malu tu sebab boss yang ini memang seorang yang amat menepati masa... tepat masa yang tertulis, apa-apa program mesti ON.

Balik dari mesyuarat nak je rasanya tanya siapa yang masukkan kunci dalam henbeg tu, Tapi malu pula... entah-entah diri sendiri yang masukkan. Jadi diamkan je lah.  Takut nanti abahintan lagi bising sebab dia pantang betul kunci diletak merata-rata.  Dia dah siapkan pemegang kunci di dua tempat... belakang pintu dan dalam bilik.  Mesti gantung antara dua tempat tu saja.  Kalau tak... siaplah dengar dia blablablabla


 Ni lah tempat yang sepatutnya... senang dilihat dan diambil.



Semalam juga, selepas mesyuarat.

"cikgu, kelas tu tunggang-langgang lagi nampaknye" tegur seseorang.

Hari ini.

Ya... nak ke sekolah lah ni, nak menyusun atur semula kelas yang dah ditunggang-langgangkan hari tu.  Hari ini hari ke lima operasi pembersihan.














Isnin, 17 Disember 2012

Makan dan makanan ....

Jom kita senyum lebar hari ni..... esok kalau boleh lagi lebaaaaaaaaaaaaaaaar!

Apa khabar semua? Moga semuanya sihat dan ceria hari ni.  Mulakan tugasan anda walau di mana anda berada dengan senyuman dan senyumlah dengan penuh keikhlasan.  Mungkin ada yang senyum pahit sebab kekeringan yang melampau.... nak buat camna kan, bak kata abahintan 'bukan setakat kemarau malah dah tandus' tapi sabarlah harapnya esok hujan lebat akan turun untuk menyuburkan 'poket' kembali.  Penantian yang panjang.



Mee Hoon Bakso... kredit pada abahintan.  Nilah sarapan kami sekeluarga pagi ni.  Abahintan dengan gigihnya memasak mee hoon bakso ni, terima kasih my suami ... sedap bangat!.  sok-sok buek lae yo! Ni lah antara faktor start entri ni suruh senyum lebar ni... senyum ado makno. Tapi senyuman tetap ikhlas tu. Senyum lebar abahintan sebelum ke pejabat tadi sebab semua memuji mee hoon baksonya sedap.



Sarapan pagi ni  selain mee hoon bakso, ada juga apam  yang dimakan bersama gula santan durian yang di masak petang semalam di rumah mak mertua.  Pagi semalam selepas menerima sms daripada adik ipar (entri semalam) kami terus balik rumah mak.  Sampai je di sana memang langkah kanan, semua telah siap di masak oleh adik ipar (Induk) dan seorang biras.  Tugas ibuintan hanya menolong menating dan menghidang saja.  Bila berkumpul reramai kami semua duduk bersila di atas tikar, makan sambil berborak-borak santai.  Ada juga snap gambar tapi kaum wanitanya tidak lengkap menutup aurat jadi taklah sedap hati nak masukkan gambar tu di sini, taknaklah kongsi dosa aurat tu.  Kita kongsi gambar makanan je la.

Selepas kenyang makan sebab cuaca panas dalam rumah, maklumlah rumah mak di kampung beratap zink maka bahang panasnya meruap-ruap dalam rumah walau kipas dah habis laju, kami berkumpul pulak bawah pokok rambutan... petik dan makan pulak buah rambutan. 


Budak berdua ni yang banyak makan buah rambutan sebenarnya, yang mak-mak dah tak larat, dah kenyang....


Lebih kurang pukul dua stengah, kami masuk dapur semula.  Ibuintan bersama biras membuat pula projek untuk minum petang.  Kami mengukus apam untuk di makan bersama gula santan durian yang telah dibuat oleh biras ibuintan di awal paginya.  Sebab tak jumpa talam yang sesuai, kami berdua mengukus apam dalam bekas plastik ni saja.  Dapat lima bekas plastik untuk adunan sekg tepung. 

Naik gebu apam ni walaupun diperap tak sampai setengah jam. Kemanisan apam ini dikurangkan kerana kami hanya tambah sedikit gula. Nak makan dengan gula santan durian... sah-sah dah sangat manis, tu yang apam tu dikurangkan gulanya.



Mewahnya menternak lemak... menu minum petang .. dah ada gula santan durian, nak jugak belah durian lagi.  Ye la.... kan sekarang masih musim durian.  Durian baru gugur tu dan durian sulung berbuah... kata tuannya , adik ipar juga (Ateh)....  datang menjinjing empat biji durian.  Rumahnya tidak jauh dari rumah mak mertua ibuintan.  Tapi sebab semuanya hanya makan apam bersama gula santan durian maka durian tu tidak berusik.  Isi durian tu akhirnya ibuintan masukkan dalam bekas dan bawa balik.  Malam tadi  dengan tambahan se biji durian lagi pemberian Ateh juga, semua isi durian ini telah selamat di buat tempoyak.








Ahad, 16 Disember 2012

Rezeki jangan ditolak.


Yess.... Induk ! memang adik ipar terbaik.  Di saat akak iparnye pusing-pusing dan pening-pening lalat memikiran menu untuk lunch ari ni.. masuk mesej ni.... yabedabeduuu...

 "intan, ajak abah balik umah uwan' kerah ibunya. 

 'knapa bu' tanya balik si Intan ni....

 'Induk ajak balik umah uwan, lunch kat sana so kite takyah masak. Kalau ibu yang ajak abah taknak, abah kate ade keje'
v
 v
v
v

'Okey bu... abah kata 'jom'.


Yesss.......... abah memang selalunya kalah dengan pujukan Intan.  Alaa... abahintan pun bukannya ada kerja serius pun, kerja jaga durian je... hahaha durian lak lom gugur lae so abahintan sibuk jaga durian dari kera dan tupai je.  Nasib la bang ye... balik kang ibu tolong halau tupai tu.



Sabtu, 15 Disember 2012

Bila musimnya.

Buah durian belanda ni masaknya bersaing dengan musim durian sekarang ni, maka memanglah buah durian belanda ni langsung tidak dipandang, masaknya juga di atas pokok tidak dipedulikan. Tau-tau saje dah terlalu masak ranum. Bila di belah isinya dah menjadi lembik.

Tak sorang pun yang berminat nak memakannya tambahan pula rasanya yang sedikit masam.  Ibuintan pun sekarang dah tak berapa suka dengan buah durian belanda ini sedangkan masa kecil dulu amat menggemarinya.  Buah durian ni ada dua jenis, yang ini ialah jenis yang masam walaupun telah masak.  Bila dah masam langsunglah tiada siapa yang nak. Akhirnya jadi makanan ayam saja. 


Buah yang sedang masak ranum juga di halaman rumah.  Sepokok lagi buahnya masih muda, nampak gayanya hingga awal tahun depan puas makan buah rambutan.  Tapi itupun kalau tak dicuri sang kera yang dah asyik mengintai-intai je sekarang ni.

Yang ini pulak belum masak lagi tapi dahannya sekah.  Kalau tak di dengki oleh sang kera, rasanya puas jugak makannya bila dah masak dan gugur nanti.  Isi buah yang muda ini ibuintan buat masak gulai lemak.  Lemak manis je rasanya. 

Buah cempedak ni pula dah sampai ke penghujung musimnya.  Tinggal beberapa biji saja lagi di atas pokok.  Tapi kali ni buahnya tidak berapa menjadi, kebanyakkan buahnya dirosakkan serangga perosak sebab buahnya tidak berbalut.  Buahnya menjadi bertompok hitam dan berulat. Yang ini pagi tadi gugurnya... dah selamat digoreng dan dimakan begitu saja. Manis isinya.









Khamis, 13 Disember 2012

Opps Bersih bermula.

Tahun 2013 bakal tiba.
Maka operasi pembersihan dan pengubahan wajah akan dilakukan.
Perlu bedak, tacup, ubah, susun, atur dan buang mana yang patut dan perlu.
Anak-anak baru akan masuk.
Moga anak-anak baru akan gembira dan ceria dengan persekitaran yang baru.





  Hari pertama dan ke dua yang di tunggang-langgangkan.....


.........  yang perlu dilupuskan








Pembantu yang sudi menghulurkan bantuan.


Hari ke tiga ... diteruskan dengan cat mengecat mana yang patut.
 Nasib baik pembantu masih sudi meneruskan bantuan.
Tahun baru wajah baru.