Followers

Rabu, 31 Oktober 2012

Tambah ilmu, tambah amal.




Assalamualaikum, 
Sejak semalam hingga lusa ..... Moral of the story... duduk diam-diam dalam dewan tu yo.  Tambah ilmu lagi. Belajar buat evidens banyak-banyak untuk  simpan dalam fail.    Bayangkan tahun depan ngajar empat subjek KSSR... ngajar, beri evidens, simpan evidens.  Bahan bukti  Band yang telah dicapai oleh pelajar untuk sepanjang tahun.  Simpan dalam fail murid serta sentiasa updated SPPBS.
  
           

Terbeban?  Taaklaa!!  Buktinya!!




Sistem no 1 di atas, dah beroperasi semula sejak semalam. Tapi walaupun baru di selenggara, malam semalam sejak pukul lapan setengah malam cuba masuk tapi masih error.   Bagi pengguna yang berada di bandar dengan kelajuan internet yang tinggi takde masalah rasanya tapi bagi yang berada jauh di hulu ni... inilah masalah besarnya.  Sistem 1 dan 3... memang bikin kepala ana banyak pusing. 


......... dialog seorang peserta kursus..." takpe, kita bangun dinihari...... kalau tak boleh juga login, kita login dengan Allah, kita buat tahajud"  .... Syukur.. itulah yang sebaiknya.





 

Sabtu, 27 Oktober 2012

Lawatan kerja tak boleh, lawatan sosial la gantinya.



Aduhh... bengang tul la jadinya.  Time cuti, time ada masa ni, time bersemangat nak masukan markah, time nilah jugak dia diselenggara.  Rasanya ni dah empat kali dah masuk ni.  Kalau tak silap sejak hari Rabu lepas lagi ni.  SU exam dah bising ingatkan 'jangan lupo SAPS, jangan lupo masukkan markah... jangan lupo itu, jangan lupo ini... tak lupo, tak hal macam nilah  akhirnya jadi lupo!  Dah hujung tahun, semua sekolah dah buat exam akhir tahun, masa dan ketika  sumo cikgu diwajibkan masukkan markah, time tu lah baru nak diselenggara, baru nak diupgrade.  Habis camno, tu yang lopeh ni jammed gilo tu.  Silap-silap dinihari gak yang boleh masukkan markah budak.  Harap ni biarlah selenggara yang high class betul, yang tidak akan ada masalah jammed dan server hung lagi.




 Sebab masalah di atas, so altenatifnya bagi mengisi ruang dan masa yang ada ni, ibuintan nak blog walking la.  Ibuintan pun dah lama jugak tak blogwalking ni, dah banyak sangat entri sahabat yang ibuintan tercicir.  Harap mereka masih mengingati ibuintan sebagaimana ibuintan sentiasa mengingati mereka.  Wah... hahaha okey jalan dulu ye.  Jumpa di laman Teman Tapi Mesra dulu sebelum ke laman2 yang lain.  Jumpa anda di sana.

  
          

Jumaat, 26 Oktober 2012

Lemak, lemak.... santan berlada.



Pagi semalam selepas subuh lagi adik ipar dah telefon.  Pertanyaan klise "akak balik umah mak tak, buek lomang".  Tu lah yang biasanya yang ditanya setiap hari menjelang raya.  Istilahnya hari mantai kalau kat negori sembilan ni.  Hari sibuk menjelang raya, sibuk menyiapkan juadah untuk  menyambut raya.  Kalau kat Pilah ni tentulah lomang, ghondang dan sup tulang yang wajip di masak pada hari tu.  Tu sebab daging camno mahal pun tetap habis terjual.

Ni gerai jualan daging pada malam mantai hari tu.  Malam Jumaat di salah satu gerai yang menjual daging kerbau dan lembu di simpang Tanjung jalan masuk ke kampung ibuintan.  Malam itu ada sembilan buah khemah yang di pasang khas untuk tempat jualan daging segar.  Hanya daging lembu dan kerbau saja yang dijual.  Ibuintan membeli dua kilo daging kerbau, sekilo daging lembu dan dua kilo tulang rusuk kerbau.  Daging kerbau berharga RM25 sekilo, daging lembu RM 23 sekilo sementara tulang pula RM23 sekilo..  mahal berbanding harga  di pasar.  Tapi dalam mengeluh harganya agak tinggi tetap jugak membeli di situ. Pelanggan jugak sentiasa datang silih berganti, bukan setakat penduduk setempat tetapi juga orang luar yang tahu tempat itu memang jadi tempat jualan daging semasa hari mantai.

Ibuintan sekeluarga lebih mengemari daging lembu berbanding daging kerbau.  Ibuintan membeli daging kerbau untuk dimasak rendang kerana memenuhi permintaan sahabat baik.. cikgu Ida.  Cikgu Ida yang asalnya dari sini tetapi kini tinggal dan mengajar di Kuantan menelefon pada minggu lepas meminta ibuintan memasakkan 2 kg  daging dan 2 ekor ayam untuk dibuat rendang...  Cikgu Ida tidak sempat untuk memasak rendang sebab bercuti 3D2N di Cameron Highland. Dia juga menempah lima batang lemang.  Lemangnya pula ibuintan tempahkan pada adik ipar.



Sebelum balik umah mak mertua, masakkan dulu rendang daging permintaan cikgu Ida. 2kg daging kerbau, ibuintan guna 7 biji kelapa untuk santan dan keriseknya.  See!! minyaknya, walaweh.. harap ckgu Ida puashati.

Selepas dah siap rendang, baru bertolak ke umah mak mertua pulak, pukul 10 setengah pagi semalam.  itu pun dah tiga empat kali adik ipar talipon... bilo balik, bilo balik!  Hahaha... ponting gak ghupo ea sey ni. Sampai kat umah mak mertua hanya biras.. isteri adik ipar dan dua ank keciknya yang dah sampai dan sedang menyediakan bahan untuk memasak rendang.


Untuk lemang, rendang daging dan ayam sebanyak 25 biji kelapa/nyio digunakan.  Semuanya nyio masak untuk rendang dan campuran nyio tua dan masak untuk lemang.  Formula orang tua khasnya mak mertuaku ... ialah bilangan kelapa mesti ganjil supaya sedap.  Tiga biji nyio masak digunakan untuk sekor ayam dan sekilo daging yang di masak rendang. Begitu juga tiga biji nyio untuk sekilo beras pulut untuk dibuat lemang.  Memang berlemak bersantan sungguh.


 Selagi mak selaku 'pegawai pemantau' jangan harap anak-anaknya atau menantunya nak masak guna santan yang sedia dijual... jangan harap.  Menantu, anak-anaknya serta cucu-cucu sila perah nyio sendiri ye!  Semalam tiga besen besar ni yang perlu dihadap... naik lenguh jugaklah tangan dibuatnya.  Tambahan semalam hanya ibuintan, sorang biras dan adik ipar yang bongsu saja yang berewang... yang laen tak balik.

Tu sebab khidmat anak adik ipar ni digunakan jugak untuk menumbuk kerisek.

Nabil memang rajin... seronok betul dia main batu lesung, kakaknya asyik bising 'malas la' 'penat la; tapi dia selamba je menumbuk sampai hancur.


                                       Sup tulang, sahlah berlemak-lemak.  Nasib baik ibuintan tak suka.

Rendang 5 ekor ayam bersama daun puding.  See the minyak very the begenang-genang.  Tu tinggal sikit, ibuintan dah buang bersenduk-senduk tu.  Bayangkan 5 kali 3 biji nyio,.. kalo ikut pengiraan mak mertua la, tapi semalam ibuintan jadi menantu antu jap, ibuintan engkar dan hanya masukkan sebelas biji nyio je... ghisau mengenangkan terlalu berminyak dan bersantan sangat...........lemak tersangat lemak ni.  Yang suka makan anak-anak  je, mak mertua bukan makan pun ayam ni so takyah la ikut selero dio... ye tak!


Ni ghuponya daun puding pada yang belum kenal.  Orang negori suko masak rendang campurkan dengan daun ni sekali.. Daunnya tidak kelat atau pahit.  Rasa berlemak je.  Lemak lagi!!  Tapi sangat best bila dijoinkan bersama ayam atau daging dan dibuat rendang hingga kering.


Barisan lemang yang ayu dan tinggi lampai.  Dua baris atau langgai.  Adalah dalam 32 batang.  Bayangkan santan dalamnya, memang sah sangat berlemak lagi.  Dan memang tidak dapat dinafikan lemang hasil tunjuk ajar dan pemantauan mak mertua memang sangat terbaik.  Memang sangat lembut, padat dan tentunya sangat lemak berkrim.  Memang terbaik dari segi rasa dan rupanya.


Yang ni walau camna berlemak pun sepotong dua tetap juga dimakan. Makan dengan rendang... judu yang sangat ngam.  Kalau arwah abah dulu makan lemang dengan sup satu kemestian baginya.  Rendam lemang dalam kuah sup atau air rebusan tulang.. sambil makan lemang hirup sup juga.






Rendang ayam dan daging untuk cikgu Ida beserta lima batang lemang.  Selepas selesai memasak rendang dan lemang, ibuintan balik semula ke rumah.  Ckgu Ida dan suami singgah dari Cameron pada pukul enam petang semalam untuk menjemput lemang dan rendangnya. Tersenyum lebar ckgu Ida.. tak payah merendang lagi, badan pun dah penat.


Pagi ni... antara menu raya selain lemang dan rendang yang semuanya bersantan berlemak, ibuintan jugak hidangkan jagung rebus dan sayur campur goreng.  Ihsan dan pemberian cikgu Ida .... hasil dari ladang di Cameron Highlands.


Terima kasih... orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.













            

Selamat Hari Raya Aidil Adha.



Selamat Hari Raya Aidiladha 1433 Hijrah kepada semua rakan-rakan pembaca. Mohon maaf diatas kesalahan dan kesilapan yang dilakukan sama ada secara sengaja ataupun tidak disengajakan.
 

 














  

Rabu, 24 Oktober 2012

Sesi menambah hitamkan kulit tiba lagi.

       cp from fb


Assalamualaikum.... moga ceria dan gembira dengan aktiviti yang dilakukan.

Syukur... selepas selesai program perkhemahan unit berunifom, kini tiba pula giliran sukan tahunan sekolah untuk sesi 2012 ini.  Hari kejadiannya dijangka pada 31hb nanti iaitu hari Rabu depan.  Disebabkan Isnin cuti peristiwa (perkhemahan) maka pemilihan peserta dan latihan sukan pun bermula pagi semalam.  Sebab bilangan murid tidak ramai, maka hanya terdapat tiga rumah sukan sahaja yang bertanding. Hanya acara padang dan sukaneka sahaja yang akan dijalankan.  Hanya pemilihan dan latihan untuk acara padang iaitu lompat tinggi, lontar peluru, lompat jauh serta larian 80m dan 100 m saja.

Bermula seawal pukul lapan pagi lagi dengan matahari tengah naik memang panas dan perit juga untuk menghabiskan pemilihan sehingga pukul 10 setengah pagi. Nak buek camno terpaksa jugalah berpanas bersama anak-anak murid.

Kulit yang dah sojak lahir ni itam, nampak gayanya bertambah itamlah ni.... seitam bayang2 ibuintan yang panjang galah ni... time ni baru pukul sembilan lebih ni.  Takkan nak berpayung lak kan... apo kes!!  Tak pasal2 kono kutuk dalam fb sekolah oleh penjaga murid.  Buek malu yo.  So altenatifnya membelakangkan matahari je la sepanjang berada di padang tu.












Macam-macam gaya dan aksi yang bebudak ni buat.





Wah besemangat... anak-anak Pra sekolah pun seronok mencuba... saja beri mereka peluang.








Macam-macam gelagat anak-anak ni, mereka seronok je.


Nasib baik di hujung padang ada pokok mangga, pokok mangga ni dalam kawasan pagar sekolah maka adalah tempat berteduh. Dapatlah lari lari sekejap ke bawah pokok ini.


Pe lagi, sekarang kan musim buah mangga. Sambil berteduh sambil mengutip buah mangga yang gugur.  Nilah hasil kutipan pagi tadi yang diketuai oleh cikgu Faizal.  Dibawa ke bilik guru dan dikorbankan bersama-sama.



Lemak manis.... sangat sedap.  Warna pun cantik... mengiurkan.  Harap-harap esok ada lagi yang gugur walaupun buahnya dah hujung-hujung sekarang ni.  Dah hampir habis la tu.  Tapi dahan yang masuk ke kawasan rumah sebelah pagar masih banyak.


Eh... sokgi cuti.  Cuti yang telah diganti seawal bulan April yang lalu. Sokgi akan berangkat ke umah mak mertua... bakar lemang dan merendang di sana.. jumpa lagi, wassallam.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL-ADHA.


Selasa, 23 Oktober 2012

Sesi tayangan tertunda.

                                         
Assalamualaikum.... moga semuanya sihat dan dalam naungan dan lindunganNya sentiasa.

Syukur... dah hampir ke penghujung tahun 2012.  Hanya beberapa hari sja lagi sesi persekolahan tahun ini akan berakhir.  Hampir setahun juga ibuintan berada di sekolah baru ini.  Syukur .. semuanya berjalan lancar dan ibuintan juga sangat bersyukur kerana membuat pilihan tepat berpindah ke sini.  Semuanya menerima ibuintan dengan baik.  Baik rakan sekerja, kakitangan sokongan, anak-anak didik dan tak kurang juga ibu bapa penjaga... mereka dapat menerima ibuintan seadanya. Alhamdulillah... kerana komunitinya yang tidak ramai maka setiap aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar kerana di sini semangat kerjasama dan permuafakatannya sangat tinggi.  Semua berganding bahu dalam menjayakan semua aktiviti dan menjayakan misi.


Hujung minggu lepas, kami selesai menganjurkan aktiviti perkhemahan unit berunifom... pengakap dan tunas puteri.  Dua hari satu malam.  Bermula pagi Sabtu hingga tengah hari Ahad.  Syukur sesangat bila cuaca juga melancarkan perjalanan program ini.  Kami guru-guru pada awalnya sangat gusar apabila hampir setiap petang dan malam sepanjang minggu lepas  hujan turun dengan lebat.  Risau  aktiviti tidak dapat dijalankan jika hujan hinggakan kami terpaksa merancang plan B pula untuk mengganti aktiviti luar yang dirancang.


Cuaca yang cerah sepanjang hari tidak mengganggu aktiviti pertandingan menyediakan makan malam ala-kadar, koloborasi peserta perkhemahan dengan ibu bapa mereka.



Seronok nengok gelagat ibu dan anak-anak.... macam main masak-masak pun ado gak!




Bila ibu bapa diberitahu bahawa makan malam peserta adalah berdasarkan aktiviti ini maka sambutan ibu bapa sangat baik.  Mereka datang menolong peserta memasak sekaligus bertanding juga... mereka takut juga agaknya anak mereka kelaparan malam nanti.  Maklumlah masak pun guna kayu api je...


Maunya ibu bapak tak risau... buatnya api tak nyala2 jugak, sampai ke malam la tak masak, takut anak-anak  mereka tak makan.




Berebut nak menghias tu.... hehehe  ... copek kak hakim dah datang tu!








Masa satu setengah jam diberi, pukul lima hingga enam setengah.  Masakan ala kadar berasaskan sardin, telur dan ikan bilis sebagai bahan utama tapi bila dah ibubapa join sama maka ala kadar pun menjadi ala ala-carte.... gempak habis,  Pening jugak la para juri nak beri markah.   Hiasan tak kalah... pengaruh program master-chef la ni!





Selesai je hakim membuat pemarkahan ... po tunggu lae, kito makannnn....  kojap solosaiiiiiii
Sumo tumpang sekaki termasuk la cikgu2 nyo sokali...


Ibuintan aim goreng pucuk ubi ngan ikan bilis tu... dalam piring kecil warna putih di tengah2 tu, memang tersangat sedap........,pedas,garing dan rangup... dibawa dari rumah oleh seorang penjaga.


Ibuintan teruja dengan aktiviti ni sebab aktiviti ni je yang ibuintan dapat join sama sebab tugasan ibuintan sepanjang perkhemahan ini ialah jaga makan minum semua yang terlibat. Ketua chef la konon-kononnya, kami sengaja tidak menempah makanan sebab kami inginkan suasana perkhemahan itu dirasai bersama... bergotong-royong menyediakan makanan untuk sepanjang aktiviti ini berlangsung.