Petang ada rewang rumah jiran sebelah. Lepas Isyak buat majlis bacaan Yassin dan doa kesyukuran. Jiran akan menunaikan umrah pada minggu hadapan. Ramai ahli masjid yang hadir.
Sudah tiga malam berturut-turut menghadirkan diri ke kenduri rumah jiran. Malam pertama dan kedua, kenduri tahlil dan aruah, dan malam ketiga pula kenduri yang berlangsung semalam.
Semenjak duduk di kampung semula, dan semenjak dah menjadi ketua dan ibu rumah, kami suami isteri tidak dapat alasan lagi untuk tidak hadir atau tidak memenuhi jemputan saudara mara atau jiran sekampung. Dulu aruah emak atau abah yang menunaikan semua jemputan kenduri kendara ni. Mereka telah tiada dan kamilah yang mengambilalih peranan tu sekarang.
Aruah emak dan abah dulu, memang sudah berpesan, walau macam mana sibuk pun, jika jiran ada hal dan membuat majlis dan mereka menjemput, tidak dapat semua salah seorang mesti hadir. Menunaikan jemputan dan pelawaan jiran tu kewajipan utama dalam bermasyarakat katanya. Hak hidup berjiran mesti diutamakan.
Walaupun ada masanya malas juga dan ada juga kerana terpaksa, namun mesti juga hadir dan tunjukkan muka. Musim cuti sekolah bermula hujung minggu hadapan, tetapi setiap hari hujung minggu telah dipenuhi dengan jemputan kahwin. Diari dah berderet dengan tarikh kenduri. Kenduri kahwin tentunya.
Ada yang bertembung dua atau tiga majlis dalam satu hari. Ibuintan membuat perkiraan yang dulu menjemput dan jiran sekampung diutamakan, yang jauh dipertimbangkan.
Hari ini 29 Mei. ibuintan ke majlis kahwin di rumah abang (Kandak Jamlus) di Kelang. Anak lelaki sulung abang melangsungkan perkahwinan.. Kami pergi sekeluarga tetapi tanpa Along, Along tidak balik dari asrama. Kami pergi pagi dan balik petang, tidak bermalam sebab esok ada jemputan lagi di rumah jiran. Majlis kahwin juga.
Makan free tapi jangan lupa dalam salam ada nilainya.
Wassallam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan